May 28, 2015

LIDAH BUAYA @ ALOE VERA


Hai Assalammualaikum,

Haritu tehaa ada update gambar lidah buaya kan? harini nak bagitahu apa kelebihan lidah buaya tersebut.. ehemm. percaya tak, lidah buaya yang usually tehaa guna ada lidah yang tehaa petik sendiri dari pasu. maksudnya taman sendiri lah.. eh2, bukan tehaa yang tanam tapi nenek yang taman.

MANFAATNYA....................................

Lidah buaya yang kaya manfaat

Ala.. taknak lah cerita panjang-panjang. kalau korang nak tahu. google je. mesti ramai dah update pasal khasiat lidah buaya ini. Lagipun lidah buaya ini, dah ada pun di pasaran. guardian, watson.. banyaklah. Tapi teha tak pernah beli, memang ambil pati dari pokok sendiri.

best sangat if korang pakai lidah buaya ini. kalau tak percaya, pergi ambil kat pasu rumah korang.. kalau takde, cuba minta sikit kat jiran, satu jadi la.. nak cuba saja kan? tips nak petik lidah buaya, petik paling bawah sekali usually kena potong pakai pisau la.. pakai tangan tak pernah cuba lagi. hahaha

Potong yang paling bawah sebab itu paling tua. kalau kena muka yang berjerawat, puas nak menahan gatal.. hahaha. ok! back to story.. 
  1. Potong paling bawah.
  2. Basuh. (kotor dengan tanah kan)
  3. Potong mana-mana bahagian kulit, Jangan tebal sangat, potong macam potong buah.
  4. Basuh muka, lap sikit, biar lembab-lembab je muka tu.
  5. Tepek kat muka. tekan-tekan sikit, biar lendir lidah buaya keluar. hahaha
  6. Baring, lepak depan tv. = biarkan dalam 30min
WARNING!!
Jangan nak gatal tangan pergi garu muka ye? even, korang baru lepas basuh tangan pun. aku tak kira.. jangan usik!!  sebab kuman. Kalau tak percaya, tengok iklan pencuci tangan, kebanyakkannya gerenti 99%. then mana lagi 1%? still kat tangan kan? hehehe.. so jangan usik! faham?

Lagi nak cerita apa ye?

Oh ye? repeat lah buat perkara yang sama, hari-hari.. barulah ok, elok, cantik wajah korang. and last one, nak jimat, lidah buaya kan panjang, potong suku setiap kali nak pakai, then balut dengan surat khabar, simpan dalam peti. 

PLEASE!! kalau dah balut dengan surat khabar, nak guna esoknya, potong sikit.. baru potong suku sebab lendir yang depan itu mybe dah bercampur dengan ink newspaper. takut bahaya lak kan?

Semoga menjadi cantik semua,
kbai... 

May 13, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-5


Hai, Assalammualaikum...



Apa ni? Hah..atas ini adalah Lidah Buaya. Nak tahu apa ceritanya.. esok tehaa post.

May 4, 2015

ANGKUT BARANG PINDAH PULA.

Hai, Assalammualaikum, semua..



HAPPY HOLIDAY!!! 

wahh. Seronok kan.. Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin cuti. Mestilah seronok.. dan tehaa tahu mesti yang berharap, banyakkan lah holiday begini. 4 hari deret. Hahaha. Seriously talk! 


Apa korang buat masa cuti 4hari? Takkan duduk kat rumah, lepak depan tv, pegang remote, tukar channel sahaja? Sama macam tehaa buat? Hehehe.. itu barulah cuti. Rehat. Kalau berjalan takcuti lah namanya. Kan?



Tapi tehaa bukan 24hrs depan tv. Bila petang. Tehaa merayau dengan family. Dinner kat luar. Hello hola. Jalan tak jem tau.. hai warga KL, kamu semua kemana? Hahahaha. Mesti ramai balik kampung kan?



Tehaa sekeluarga tak boleh balik kampung. Hari ahad(semalam) ada job. Ayah minta tolong angkat barang kawan dia nak pindah. Wahh! Tehaa angkat barang. Please lah percaya. walaupun tehaa angkat then letak kat troli then angkut dalam lori. Hahahaha



Alhamdullilah. Dapatlah sikit duit buat job itu. Pemurah sangat bos ayah itu. *tumbs up* berbaloi sangat bila peluh-peluh menitik semalam. Yes. Tehaa takde adik beradik lelaki. Lelaki dalam rumah, ayah seorang sahaja. Yang lain perempuan. So kerja angkat barang pindah ini, small matter. Memang dah biasa. Walaupun tehaa tak boleh tunduk then angkat barang berat. 



Tehaa tolong apa yang boleh lah. Angkat barang yang paras pinggang tehaa boleh. Kalau dari lantai. Suruh orang pass kan. Baru boleh. lagipun troli ada. Orang letak dlm troli byk2. tehaa tolak. Susun dalam lori. Senang je kan? 



So, cuti korang kemana?



Sekian, bye..

Xoxo