January 8, 2012

homework(s)! done it?




Wahai adik-adik sekalian, kerja sekolah dah siap? Tahun lepas adalah awal sesi persekolah yang paling memenatkan..

Kerja sekolah bertimbun-timbun dah macam gunung, kadang-kadang rasa malas gila nak buat.Terlalu banyak, mula-mula teha ingat tehaa sorang sahaja yang malas buat kerja rupa-rupanya majoriti satu kelas malas.

Sehingga tehaa kena motivasikan diri untuk siapkan kerja sekolah.Ish! teruk kan? 

Memori masa sekolah, adalah paling indah! sebab dapat jumpa kawan-kawan, cikgu.Dulu tehaa seorang budak yang malas, degil dan jahat tapi KADANG-KADANG baik.HAHA :D

Masa on facebook, ramai yang budak sekolah tulis :
  • Alamak homework belum siap!
  • Saya nk siapkan homework! Jgn kacau.
  • I hate Homework(s)
Tehaa baca status diaorang then senyum sorang-sorang.It's not funny but its normal if you are a student!! Tehaa pernah alami dan merasainya.Kadang-kadang tehaa terpaksa buat deal dengan diri sendiri.
Contohnya : 
  • "Tehaa, kau tak boleh makan selagi homework tak siap!"
  • "Tehaa, kau jangan turun main netball kalau homework tak siap!"
  • "Jap lagi ada cerita best, jangan tengok kalau homework tak siap!"
  • "Tehaa, jangan tidur malam ini kalau tak siap homework!"
Itu larh yang ayat tehaa selalu guna.Sampai macam itu sekali tehaa bermotivasikan diri TAPI itu semua berbaloi sebab tehaa akan buat sehingga homework siap.

Mungkin ada setengah orang akan siapkan homework sebab takut dimarah ke kan? tehaa pun ada juga macam itu, tapi guru-guru tehaa sporting.Disebabkan mereka sporting larh, kita kena buat homework..kan?

So, adik-adik yang tak siap lagi homework pergi siapkan cepat ye? nanti baru boleh online berapa lama adik nak online :)


Memory first week on new year 2012


Hola? eh! memang lama tak meng-update blog tehaa ini.Buktinya, hari dah hari ke-8 dalam tahun baru(2012) tapi entri tehaa sikit saja kan? 3 entri je kot TERMASUK entri ini.HAHA :D



Entri ini tehaa nak cerita pengalaman pertama tehaa bekerja sementara dengan makcik tehaa, just ganti guru yang cuti bersalin larh. Seronok memang seronok, penat pun memang penat.Ermm..tak tahu nak cakap macam mana.hihi

Pada hari pertama budak-budak masuk sesi persekolahan, memang penat sikit. Tehaa kena handle budak yang menangis sebab taknak sekolah.Normal larh kan? first time jumpa ramai kawan.Lagi-lagi budak yang berumur 5tahun.

Tapi yang peliknya, ada budak yang ok nak pergi sekolah TAPI mak ayah yang taknak tinggalkan kawasan sekolah.Aduhai, mak ayah yang tidak senang hati pulak.TERBALIK pula..hehe
One thing i never forget from my life is they call me "CIKGU" 
Itu membuatkan saya tersenyum secara tiba-tiba :) Untuk mendapatkan kata-kata keramat seperti "CIKGU" itu memang susah kan? 

Second day, memang ohsem!! sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.Mengajar mereka mengunting kertas, gam kertas, menwarna sesuatu gambar. Itu sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat macam cara tehaa kecik2 dulu pengang gunting.hehe :)

Ok, itu sahaja nak cerita. Bila dah kerja mula larh asyik kira cuti sahaja.HAHA :D kbai.