April 14, 2015

TUTORIAL CHECK TRACKING NUMBER (POSLAJU).

Hai, Assalammualaikum..

Sesiapa yang baca blog tehaa, mesti dah tahu tehaa memang ada jual online. Dekat instagram namanya @beautifulblossomwhite . So harini nak pendekkan cerita sebab ini adalah tutorial.. taknak lah cerita panjang-panjang, nanti bosan. So terus tengok step di bawah.

1. Tracking number
     - Tracking number ini adalah nombor bungkusan barang anda. Mana nak dapat tracking number? tracking number ini, boleh minta dekat orang yang awak beli barang itu, 
*Contoh tracking number EP 62 347 468 5MY 

2. Buka laman web poslaju > www.poslaju.com.my

3. Klik TRACK&TRACE

4. Masukkan no tracking number anda.
    - Cara isi tracking number adalah JANGAN JARAKKAN number tersebut.
      *contohnya EP623474685MY

5. Tekan "TRACK"

 



SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS INI.
  1. Gambar pertama, itulah adalah cara anda masukkan tracking number dan tekan track.
  2. Gambar kedua, kalau tengok kat bahagian bawah "track" ada kotak kan? itu adalah tarikh, lokasi dan proses penghantaran barang anda. 
  3. Gambar ketiga, nampak tak kotak yang atas sekali itu bagitahu yang korang dah terima barang. Delivered(nama anda) //  Contoh : DeliveredNURIZZATI.

Faham tak? senang sahaja kan? 
Nowdays, semuanya hujung jari sahaja janji ada smartphone dan data handphone atau wifi. Okay? :D


SEKIAN, BYE.
XOXO

April 13, 2015

TABIAT BILA TENGOK WAYANG.

 Hai, Assalammualaikum..


Sekarang cerita apa yang sedang hangat diperkatakan? ermm.. pastinya semua orang tahu Fast and Furious 7 adalah salah satu daripadanya. Selain itu, Cinderella, HOME dan banyak lagi. Semua cerita ini, memang sangat hangatlah diperkatakan sekarang ini. Even kalau pergi makan dengan kawan-kawan mesti tanya "eh, bila nak pergi tengok cerita dan bla bla bla" 


Buat masa ini, tehaa dah tengok cerita Cinderella dan hari sabtu lepas tehaa baru sahaja tengok Fast and Furious 7(FF7). huh! Mulanya member tehaa cakap, kalau pergi tengok FF7 confirm kau menangis teresak-esak.. *gelakbesar* takpercaya langsung. Then pergilah tengok hari sabtu malam itu, at last scene yang "One Last Ride" itu.. *menangis* lepas itu, macam ok sikit. Sekali bila time flashback balik FF1-FF7 *menangis lagi* sedihnya ~~~

Alang-alang dah bercerita pasal movie kat pawagam, apa habit atau tabiat korang bila waktu sebelum, semasa dan selepas tengok wayang. Mesti setiap orang berbeza-beza.. Yelah, personaliti orang pun taksama setiap seorang. Takkan lah habit boleh sama kan? hehehe

Kalau tehaa, kalau niat nak pergi tengok wayang.. sampai sahaja mall mesti terus ke wayang untuk dapatkan tiket. Serius! 

Sebelum : lepas itu.. tengoklah pukul berapa start, kalau dalam 1 ke 2 jam lagi baru boleh ke tempat mana nak pergi. pergi makan ke. pergi MPH or Popular ke. ataupun window shopping kat kedai-kedai baju. Kalau lagi setengah jam or 45min, lebih baik stay dekat kawasan wayang sahaja lah.. nak beli makan pun, pergilah beli popcorn.. dekat sikit. Sebab panggung kan buka 10min sebelum start.. takpe masuk awal daripada terlepas scene pertama kan? 

Semasa : Hah! ini waktu kemuncak. TOLONGLAHHHH jangan kacau tehaa pada waktu cerita sedang berjalan, sekali sahaja tehaa terlepas atau bercakap dengan orang sebelah sampai habis cerita lah tehaa tak focus, sebab tertanya-tanya scene yang terlepas itu. Kadang-kadang tehaa makan popcorn, tapi kalau before masuk panggung dah makan.. memang taklah beli popcorn kan. *membazir* 

Selepas : Bila habis sahaja cerita, tehaa jenis duduklah dulu. Bukanlah habis sahaja cerita, tehaa terus bangun. Ramai sangat nak turun, so rilek lah sekejap. Jangan lama sangat lepak kat situ nanti kena halau dengan orang kerja kat situ *gelak* Then bila keluar, satu tempat wajib pergi adalah TANDAS. hahahaha.. itu memang wajib sangat bila dah keluar panggung. Yela, masa movie tayang.. aku focus. memang tak bangun lah dari seat itu kan? Hahaha

So, apa habit korang? hehehehe.. 

Sekian. bye..
XOXO