April 12, 2015

REVIEW PADAT DAN BERMANFAAT.


Hai, Assalammualaikum.. 

Semalam pergi lah buka laman web En. Nuffnang.. kononnya nak tengok berapa ramai visitor blog dan hasilnya Alhamdullilah. Ada beberapa visitor yang kerap juga datang terima kasih ye. Semalam tehaa tengok juga kebanyakkan diorang cari apa dekat blog tehaa ini?

huh! 1st ranking adalah KENALI WARNA URINE anda. Macam kelakar kan? yes! teringat masa buat review tentang urine.. Ya Allah, peningnya nak faham. *dizzy* mahu tak nya.. kebanyakkan yang cerita pasal warna urine ini, ditulis di dalam BI. *berpeluh* Bila nak faham satu-satu. 

So, bila banyak visitor ke post itu.. syukurlah sangat even tak seberapa pun tehaa punya review dalam BM itu.. sebabnya tehaa taip pun apa yang tehaa faham tanpa ubah sangat fakta. Hasilnya, ringkas dan tepat.  

Cerita pasal review ini memang tehaa dah lama tak buat tentang review ini, bagi tehaa kalau kita nak review sesuatu.. kita kena kaji dan faham apa yang kita nak review. Bila kita faham, surely! orang baca pun akan faham. Kalau tehaa, apa yang review.. seringkas yang boleh tehaa akan taip. 

Bukan semua orang akan rajin baca satu per satu. So as long as kita boleh pendek kan tanpa buang segala fakta.. WHY NOT pendekkan review itu, kan? Pendek bukan bermaksud "shortform" pendek itu bermaksud ringkaskan review tersebut.

So, kepada blogger yang nak try buat review. Sila cuba taip review tersebut secara ringkas dan mudah difahami, Ok? :D

Ok. bye.
XOXO

April 10, 2015

SIDE INCOME ITU PENTING

Hai. Assalammualaikum semua.


susah betul nak dapat cpuv daripada encik nuffnang ni kan? ermm.. takpe berusaha. Itu penting. hari-hari update, insha Allah.. semuanya ok 😘 

Nowdays, kita takboleh harap satu sahaja pekerjaan.. atleast ada satu yang boleh dapatkan income. Takbanyak. Bukan income yang ratus-ratus atau ribu-ribu per week ataupun per month. Maksud income disini, atleast tampung seminggu punya belanja ataupun atleast duit minyak/duit tol.. contohnya per week tu maybe boleh dapat RM50😉

Hah! Banyakkan 'atau' 'atau' dan 'atau' lagi.. ini sebabnya nak bagi faham. Maaflah ye.. 😊


Ok! Mybe pendapat korang.. alah setakat RM50 lepas apa je sekarang. yes! memang betul pun.. kadang-kadang RM50 sekeping taknampak pun, hilang je dalam masa sehari(belanja). Tapi ingat tak tehaa dah buat entri TIPS BILA DAPAT GAJI. Baca tak? ermm.. pi baca sekarang. RM50 pun korang akan rasa syukur Alhamdullilah😊

Eh! per week RM50 kalau darab dengan 3 week? dah dapat RM150.. rasanya kalau tehaa RM150 dah cukup sangat untuk breakfast and lunch dalam masa 3 minggu itu.. Sebabnya adakala breakfast bawa bekal, membeli waktu lunch sahaja. jimat kan? 💁

TAK SEMPAT? 
Ala breakfast apa sampai tak sempat. Ambil roti, sapu kaya, masuk dalam bekas.. bawa. Senang. Simple. Jimat. 

JANGAN SAMPAI SKIP BREAKFAST. OKAY👆
Breakfast bagi tenaga, kalau tak breakfast macam mana nak buat kerja? Kan. 


Oklah, sekian. 
Bye .