March 26, 2015

TIPS BILA DAPAT GAJI

Hai, Assalammualaikum..


Baru balik kerja.
Penat. Seriously memang penat plus panas terik. macam mana nak buat kan? Memang tak tahan betul panasnya. Tadi naik motor, sebaik rumah dekat sahaja dengan sekolah. Kalau jauh, confirm lah aku bawa kereta kan? Hehehe

Semalam gaji kan? 😏
Hah! tehaa tahu dahh.. takyah sorok-sorok. ramai yang dah tahu sebab kebanyakkannya gaji 25 haribulan. Sekarang ini, bukan nak cerita pasal berapa banyak gaji korang dapat! Tapi nak share macam mana, nak belanjakan duit itu. Hello? tehaa bukan one of expert person kalau bab duit, tapi alhamdullilah.. walaupun sometimes ada yang duit kering before cukup bulan tapi Alhamdullilah.. pembayaran lanjar. Cuma ikat perut je.

Kalau tehaa, tehaa terus calculate.. means tehaa dari jumlah gaji, terus tolak apa yang nak ditolak termasuk saving. Hah! Satu syarat kena follow dulu, korang kena buat SEBELUM dapat gaji. sebab apa? Sebab, kalau dah dapat duit for sure! tak ingat apa.. kan? for sure lah 😏

Contoh :
           GAJI : RM300
(-)  Saving  : RM  30
(-) parents : RM  100
(-)  bill        : RM  50
(-)  xxx       : RM   20
                  ------------------
Balance     : RM100
                   -----------------

* RM100 dalam "Balance" boleh lah korang buat belanja lahh 😉😉



Tips tehaa itu boleh guna gak la rasanya... tapi sekarang tehaa tengah study buku atas ini. Tehaa dapat dekat mana tak ingat la. Buku ini dari Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit(AKPK), siapa yang ada buku ini, janganlah simpan dalam almari jee.. cuba baca dan dalami betul-betul tau.. nanti boleh praktik kan ia 👌👏

Korang share la pula, cara saving dalam ruangan komen bawah ini.. mana tahu boleh tukar caranya kan 😉

SEKIAN,
xoxo

March 25, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-2

Assalammualaikum semua,

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH 😊👏

March 24, 2015

CERITA KACANG GAJUS


Hai Assalammualaikum,


Harini nak kongsi pasal kacang gajus? Siapa pernah makan? . Tehaa pernah makan yang beli kat kedai, senang.. kan? Harini bukan nak pasal how to beli kacang gajus kat kedai..*sumbat earhp* <--- bosanlah kalau cerita macam itu. Hahaha

harini nak cerita sikit pengalaman makan gayus yang dibakar.. hahaha. Serious awesome, kena ketuk dengan lesung. Takle gigit tau. Gigi kuat sebab pakai ubat gigi jenama apapun tklepas hoi *jangan buat iklan ubat gigi pulak ye* kena ketuk juga pakai lesung batu.

Cer tengok gambar bawah ni ⇩

Nampak tak batu lesung kat sebelah atas papan pemotong. Oh ye! btw, gambar biji hitam itu adalah biji gayus yang sudah dibakar. Hah! jangan tanya 'how to bakar biji gayus' pula dah ye.. ini diimport dari Melaka (kampung). Saya tahu makan je *jeling dinding* 

Seronoknya. makan gini sebab apa tau, sebab kalau terkuat korang ketuk.. habis. Habis kacang hancur berkecai. Hahaha. Kalau korang ketuk slow2, dapat bentuk kacang yang cantik. Tapi, jangan tertipu... kalau kacang itu warna coklat keperangan.. hah! Try la makan.. pasti pahit. Itu namanya hangus. Hahahaha.. Tehaa banyak kali kena.

Lagi satu kalau makan ni, jenis cekau je. Sambil tengok tv, cekau satu dari dalam plastik pastu ketuk kuat2.. fuhh! Terabur habuk. Sebab korang ketuk arang. Hahaha.. *gelak jahat*

• cekau: main ambil je tanpa tengok apa yang                             di ambil.

Seronok lah, kalau lepak ramai-ramai dengan family kan.. lagi-lagi yang jenis ada halaman especially kawasan kampung kan. Bakar sama-sama, pastu makan sesama. Perhh! Terboik. 😊

Hah! jangan yang duduk bandar dok pi bakar kat halaman lak. Hahahaha. Kalau korang beli kat kedai, rasanya diorang bakar pakai oven.. so temp dia sama, takdelah yang terlampau hangit kan. 

Ok Lah.. ini jelah nak cerita. Bye.

sekian.
Xoxo.

March 22, 2015

Instagram : @beautifulblossomwhite

HAI, ASSALAMMUALAIKUM...

Happy sunday semua, hope weekend korang seronok lagi daripada tehaa.. hahaha. Esok, jangan jadi 'monday blues' sangat ye.. Haha. Rilek la.

Semalam, tehaa ada post entri pasal PPM KONTRAK kan.. ish! Menyampah tau.. bukan menyampah kerja itu tapi menyampah sebab sebenarnya itu entri tehaa draft(hold) kan dulu.. yela, kot kot isnin ada meeting. Tak sempat lak nak update kan.. kalau nak update malam, malas lak nanti. Semalam gi publish pulak *stressssss!!!* 😤

Takpelah.. nak buat macamne kan. Dia saja lah suruh tehaa update, rajin sikit. Barulah nampak. Apa yang dibuat. Hehehe *ayat pasrah* Sebenarnya, harini nak cerita pasal Insta Shop tehaa..

kenapa dengan insta shop tehaa? Ok!
First, dah tukar nama.
Second, tehaa akan update koleksi tudung baru.
Third, Harga lumayan.

Kenapa tehaa tukar nama, sebab dulu nak focus on tudung or seledang sahaja. But now, ada rezeki.. tehaa try jual baju, dress, tops and beberapa produk keluaran DE VENUS. So, korang boleh pergi ke instagram kami @beautifulblossomwhite atau singkatan kami BBW.  Opss! Kenapa KAMI? Sebab ada tiga orang owner of BBW. So, panggil kami Cik BBW. Hehehe.. sebabnya semua belum getting married 😚😊

Yang untuk koleksi baru dan harga, korang kena tengok sendiri.. macam mana. Lepas itu kalau nak order boleh whatsapp terus kami. No telefon ada di BIO Instagram kami. 👌

Apa tunggu lagi, pergi follow cepat instagram kami dan cik BBW akan update bila-bila masa sahaja.

Instagram : @beautifulblossomwhite

Sekian.
Xoxo.

March 20, 2015

PENGALAMAN PPM KONTRAK

HAI, ASSALAMMUALAIKUM..

Harini entri tehaa nak share about pengalaman tehaa jadi PPM PraSekolah. Seronok? Mestilah seronok. Orang kata, jangan memilih kerja sangat.. nanti menganggur. So, apa tehaa dapat.. tehaa cekup je. Tapi sedihnya bila dah cekup, berduyunduyun call masuk kata nak kerja tak. But tehaa dah kerja. So, terpaksa habiskan kontrak dulu 😊

APA ITU PPM?
PPM bermaksud Pembantu Pengurusan Murid. Kalau korang ada adik-adik umur 5 dan 6 tahun, mesti ada pergi tadika.. most of tadika confirm ramai pernah dengar TADIKA KEMAS. So kalau kat tadika kemas, ada seorang makcik yang akan masak kan, 2 orang cikgu akan mengajar dan hanya 1 kelas sahaja= 2sesi(pagipetang). Untuk PraSekolah, kebanyakkannya akan berada di dalam kawasan sekolah rendah. Dan mempunyai min 2 kelas dan ke atas. Setiap kelas akan ada PPM sendiri. 💁

Contoh, 1 kelas= 1 cikgu dan 1 PPM.

Rutin harian PPM setiap pagi adalah bagi breakfast around 7am to 7.15am dan masak makanan berat untuk murid-murid makan around 9am, such as Nasi, bihun goreng, etc... around 10am murid-murid dah habis makan then kemas semua, around 10:30am PPM kena masuk kelas and tolong cikgu. Tolong cikgu dari segi mengawal murid or tolong murid itu supaya lebih mahir dalam memahami apa yang di ajar. 😆

One more things, murid semua akan panggil PPM as "Cikgu". So dont worry murid takkan panggil korang aunty or makcik.. sebab korang kena masak. Hahaha 😂 Tapi ada juga bagusnya tehaa jadi PPM kontrak ini, even sementara.. tehaa seronok. tehaa boleh belajar.
How to improve skill memasak tehaa.. hihi.
How to comunicate with setence murid yg problem bila datang sekolah asyiklah menangis.
How to attract murid yang malas buat kerja supaya buat kerja sampai siap.

There are more pengalaman bila tehaa jadi PPM. Seronok bekerja dengan cikgu-cikgu, kerani sekolah, akak PPM senior.

So.. korang if dapat kerja as PPM PraSekolah, just grab and try. Ianya seronok. Trust me 👍

CERITA WEEKENDS

HAI, ASSALAMMUALAIKUM....

Harini jumaat, so what plans for your weekends? Huhuhu.. kenduri kahwin. kenduri kahwin. and kenduri kahwin. So bila nak tukar jadi kenduri saya pula.. eh eh... maksud tehaa kenduri kahwin awak. Adoi. Jangan fikir bukan-bukan. Hahahaha 😂

Tehaa takde apa-apa plans.. cuma as usually pagi after subuh and ptg after asar, it's mybe jogging time. Haha. Even notla 100% jogging tak stop. Stamina tak cukup lagi. Penat 😢 but tryla.. if train body ni, boleh je jadi 100% jogging, ye dok? Kita kena kuat 💪💪

Ingat tk? Entri cabaran 3 bulan? Hah! Thats one of salah satu sebab tehaa working hard, its not just about "NAK KURUS" tapi adalah sebab NAK SIHAT.. like others. kalau kurus itu, kira bonus lahh.. hahaha. Teringin nak jadi macam sekolah dolodolo, masuk marathon. merentas desa. Sekarang takde dah semua itu. Ikut effort diri sendiri. Kalau buat, ada hasil. Kalau takbuat, takde lah hasil... kan?

Kalau cite weekends tehaa, memang lah agak bosan.. sebab tehaa bukan jenis suka buang masa kat mall even takde duit 'kononnya' window shopping. Daripada berjalan penatkan diri.. baik duduk rumah, kan? Tak panas. Boleh jaga kulit.. boleh cantik. Hahahaha 😚 so kalau macam tehaa keluar pun maybe dengan family. Itu pun macam ttiba ayah kata 'jom jalan' so jalan lahh.. hehehe

Serious talk. Tehaa memang susah nak keluar even dengan member tehaa. Nak keluar? Boleh! Tapi bukan tibatiba.. set masa. set tempat. Simple. 💁

As conclusion, weekend tehaa most of time with family la. Family First 👆 So weekends korang macam ne? Marilah kongsi sikit 😏

*ermm macam panjang sangat menulis*

SEKIAN.
xoxo.

March 19, 2015

MULA DARI BAWAH SEMULA.

Hai. Asslammualaikum....
Seminggu cuti sekolah dah nak habis, sekarang budak-budak sekolah mesti tak keruan konon nak habiskan betul-betul waktu cuti sekolah ni kan.. hahaha 
Entri ini, tehaa buat nak inform kat korang semua.. yang fanpages blog ini akan di buang, so toksah susah kan diri nak like lagi, okay?
Kenapa nak buang?
Actually, fanpages itu tak sempat ber-update. So, if sesiapa nak bertanya or buat tempahan or review or iklan or nak bagi invitation.. boleh direct terus Email or Private Message di facebook or Twitter.
MANA NAK DAPAT DETAILS CONTACT?
Sila double triples check bahagian sidebar tehaa, ada kotak.. "CONTACT".  Korang klik saja mana-mana tempat korang rasa senang nak contact dengan tehaa. TAPI better korang contact via email. Sebab email senang sikit kan 
BLOG PUN AKAN DI BUANG?
What??!! Ohno!!!! Saya takkan buang blog ini, hanya fanpages sahaja akan dibuang dan mybe blog akan di update secara kerap. INSYAALLAH. bermula dari bawah means kena rajin update macam dolodolo kan? Hahaha.
Sebelum apa-apa, tehaa nak bagi WARNING! blog ini, blog personal.. so most of entri memang taip macam diari je..
JANGAN MERUNGUT OK? 
SEKIAN.
XOXO.

March 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-1

HAI SEMUA, ASSALAMMUALAIKUM...


sila terjah instagram tehaa untuk banyak lagi gambar #nfmd3200. Link insta amik bahagian tepi. SEKIAN.
XOXO,

March 13, 2015

TARGET 3 BULAN

Hai Assalammualaikum...

Kalau diikutkan memang sudah sekian lama blog ini tiada apa-apa sebarang update. Maaf. Tehaa sampai dicop sebagai salah seorang silence blogger... hahaha.

Tapi takpe, tehaa faham.. yelah. Susah betul nak tengok tehaa update kan? ☺

Ok! Sekarang back to topic. Apa target tehaa? Ermm. For your information (bagi sesiapa yang taktahu lahh), birthday adalah 18/6. Hah! So, targetnya adalah buat diri sendiri.

Ermm.. previous update, tehaa kan dah inform. Hah! Ke ada yang takbaca ini? 😏😏 baik ngaku! Pastu pergi tengok sebelum ini punya post dengan tajuk "6 MONTH CHALLENGING".

Sudah terang lagi bersuluh kan? 😃
Wish me luck semua.

xoxo,
tehaalarh.