July 28, 2012

senarai peserta SEGMEN OK TAK?


Hai..
Sorry late update senarai peserta SEGMEN OK TAK?! Oklah, tehaa seronok sangat sebab kira ada ramailah juga yang join, kan? walaupun tak seramai yang join segmen @Ben ashaari dengan @Lyssa Faizureen, tehaa tetap seronok... ngee ~

Kenapa tehaa update lambat?
Maaf sangat-sangat, tadi tehaa gi beli barang untuk persiapan pendaftaran kemasukkan @UNiSEL esok. Yeah! study back!! 


Cer Klik sikit :D #terima kasih!


Eh! mana senarai peserta, tehaa ini dari tadi merepek merapan je kerjanya kan? senarai nama tak bagi-bagi! Tajuk senarai nama segmen lak tu... 

Don't worry, 
Senarai nama akan ada! Tehaa takkan tak keluarkan cuma anda perlu buat satu kerja sikit.. Gi kat navigation tehaa, cari "SEGMEN" klik situ.. mesti ada :D

So, 
jemput-jemput semua singgah ke blog kawan-kawan blog yang lain. Jangan lupa bagi komen and follow sekali :D

Ok.bye.. 

July 27, 2012

Segmen OK TAK?! | By TehaaNFM





Hai..
Jom join Segmen :)

Untuk join senang sahaja :
  • Follow and Like fan page tehaa (kat sidebar ada)
  • Klik IKLAN iniIKLAN ini dan beberapa iklan churpp2 di atas :)
  • Buat 1 entri letak banner dan tajuknya : Segmen OK TAK?|by TehaaNFM
  • Ceritakan tema blog, wrna blog dan kenapa anda memilihnya.
  • Akhir entri, anda kena tulis.. "...........OK TAK?!"
  • Letak LINK ENTRI sahaja. (link entri SAHAJA akan di publish!)
  • TARIKH TUTUP segmen : 27/07/2012 jam 8malam
Lepas tarikh tutup tehaa akan kumpulkan semua link dan publish.Link anda akan ada di page tehaa ruangan segmen!

Hope ramai yang sudi join :)
CONTOH DIBAWAH~
------------------------------------------------------------------------

Tema blog tehaa : Simple! 
Warna blog tehaa : Biru!

Kenapa tehaa pilih tema dan warna itu? : 
Sebab warna biru sangat menenangkan dan tehaa rasa patut disesuaikan dengan sesuatu yang simple! Supaya blog nampak lebih SUPER COOL~

Biru yang tehaa gunakan pun tak terlalu pekat, sehingga menyakitkan mata kan? Background pun warna lembut je. hehe?! 

Pendapat anda, blog tehaa ni OK TAK?!

July 26, 2012

Ini cerita MEDICAL CHECK UP ;|



Hai..
Gambar di atas, tiada kena mengena hanya rekaan semata-mata di ambil dari pakcik google  ;D Ada cerita yang menarik yang tehaa nak story dekat anda semua *Berdasarkan pengalaman.

Disebabkan tehaa akan masuk @UNiSEL hari sabtu ini(28/07/2012) so tehaa kena rush buat medical check up, isi and sediakan borang-borang yang diperlukan pada hari pendaftaran. #Alhamdullilah, borang-borang sudah siap diisi dan disediakan.


Now tehaa nak cerita pengalaman pertama buat medical check up!

Hari Selasa(24/07/2012), 
Tehaa pergi Klinik Kerajaan, masuk je.. tehaa terus tanya "boleh buat medical check up tak?" then dia kata boleh, dia tengok borang and suruh bayar RM20. Oklah kan? kalau swasta rasanya lebih mahal. Tehaa sampai sana pada jam 10.30AM dan nombor giliran tehaa 1145<-- Ingat lagi :) Medical check up yang tehaa buat : 
  1. Mata.
  2. Ujian air kencing.
  3. Berat, tinggi,gula dalam badan, nadi dan tekanan darah.
  4. X-ray.
  5. Jumpa doktor.
Semuanya habis jam 12:30PM... malangnya, ujian air kencing kotor*malu siot*. Doktor kata mungkin sebab berpuasa, air masak kurang.<--memang pun! dan kena datang balik hari Khamis(26/07/2012) untuk buat Ujian air kencing semula.


Hari Khamis(26/07/2012),
Disebabkan tehaa ada hal pada tengahhari sehingga petang, tehaa terpaksa pergi klinik seawal jam 8.30AM, walaupun buat ujian air kencing sahaja, LAMANYA! sempat tehaa tengok ada pakcik mengamuk bila keluar bilik doktor #entahpasalapa keluar-2 dari bilik doktor tolak meja! TAPI #Alhamdullilah semuanya ok! :)

Tehaa nak pesan dengan anda semua, kencing kotor memang BAHAYA.. takut effect dengan buah pinggang! Sebab lepas tehaa tahu air kencing tehaa kotor, tehaa search kat pakcik google memang ramai yang cakap macam itu.Sebab itu tehaa kongsi ini, tanpa ragu walapun malu sikit :P

Ayah tehaa pesan sebelum nak gi check air kencing tu.. minum air masak banyak-banyak, Ya Allah.. naik kembung perut ini.Rasanya lebih 8gelas/hari~

Ibu tehaa kata minum air bali.. so tehaa terpaksa MINUM AIR BARLI dan AIR MASAK sebanyak-banyaknya untuk hadapi hari Khamis itu.Tapi hasilnya.. #Alhamdullilah

Oklah.Dah panjang sangat ni :)

P/s: Sebelum gi buat Ujian Air Kencing, kena minum banyak-banyak air putih ini.. hehe :)D

July 25, 2012

Ikon Reply To Comment | Freebies



Hai..
Hari ini, tehaa nak bagi freebies.Biasalah kan? siapkan selepas sahur sementara menunggu azan subuh.Selepas azan subuh, baru upload..hehe


Ni simple jela, kalau anda nak buat yang super awesome.







Ok! nak ambik :
RIGHT KLIK > COPY IMAGE URL

Nak letak macam mana? : Ikut Tutorial | Reply To Komen 

Ok. da siap, ucap terima kasih dengan klik iklan ini ---> KLIK JER~

July 24, 2012

Reply to Comment | Tutorial


Hai..

Lamanya tak update blog ini kan? eleh, baru 3 hari watlek jela.. hehe :)

Ok, straight to the point. Jangan stress, stress ok!

1- Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Template

2- CTRL+F3 , cari code bawah ini :
<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>
3- Copy code bawah ini dan paste DIBAWAH code yang anda cari di step ke-2 :
*Code letak ayat sahaja!
<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR BLOG ID&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to Comment]</a></span>

*Code letak jadi gambar! (Gambar di edit TERLEBIH dahulu)
<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR BLOG ID&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'> <img alt='Reply To This Comment' src='URL GAMBAR ANDA'/>  </a></span>
4- Solve the puzzle :
    TEHAA : ID BLOG ANDA (cara ambil DISINI)
    TEHAA : TUKAR AYAT YANG ANDA SUKA :)
    TEHAA : URL IMAGE ANDA (Reply to comment|Freebies)


5- Done it!

SEMOGA BERJAYA!

July 22, 2012

Ehemm..Entri kita SAMALAH ! | Kopi Pasta ke?



Hai, 
So macam mana, puasa kedua? ada ke yang dah ponteng? ish! tak baik ponteng-ponteng tau, kalau budak-budak bawah 6 tahun takpe lah juga :)

Hari puasa yang kedua, 
Tehaa terkejut apabila membaca satu entri yang sama tehaa buat, pelik juga kan? Tehaa terus cari entri tehaa.Aik?!

Macam sama! Tapi....................
Ouh! dia ada ubah, takde lah copy 100% TAPI still entri tehaa kan?

COP! mybe itu idea dia and kebetulan je sama?
- Setahu tehaa idea manusia ni, lain-lain.Tak mungkin ayatnya lebih kurang! dan tak mungkin dimana berhenti, bahagian mana dalam kurungan akan sama..BETUL TAK?

Tehaa kot, copy pasta dia?
- Excuse me Tehaa buat entri itu pada 04/07/2012 dan tehaa ada mention dalam entri tersebut.

Takpe lah! 
Tehaa tak marah, cuma nak bagitahu.. sebelum buat "kopi pasta" bagitahu kat komen entri tersebut.Contohnya :
Tehaa, FA ambik entri ini tapi FA tukar sikit-sikit ye?
Serius! tehaa takkan marah orang macam tu, ambiklah! 
Ini tidak, ada someone bagitahu tehaa entri tehaa dengan si FA ni lebih kurang.Dia bagi link entri tehaa terus baca.



Link entri dia tehaa takkan mention, tapi tehaa bagi printsecreen entri dia versi HITAM PUTIH so orang takkan dpt cam blog sape? <-- tehaa xde niat nak aibkan orang~

ini entri si FA

ini entri Tehaa, nak lebih jelas --> SINI

Tapi tadi tehaa dah komen dekat entri dia :


Harap dia faham.Ok.Bye :)

July 21, 2012

LOVE BLOGGING cursor | Freebies




Hai,..
Baru je update tadi kan? dah bagi freebies lak.. Tengah free macam ni lah jadinya.Ini adalah Keyword yang ada untuk bulan lepas., so tehaa bagilah freebies untuk anda ye?

Maaflah cursor tehaa buat tak berapa cantik, tapi comel kot <-- perasan!







Nak ambik? 
Right Klik > Copy Image URL

CARA MASUKKAN >DISINI<

Dah Ambik klik ni--> IKLAN INI <-- sebagai tanda TERIMA KASIH :)

OK.bye~

Unisel July Intake? | Jom kenal-kenal



Hai..

Tadi buka facebook, ramai betul online pukul 5 pagi..hahaha :D
Biasalah kan? lepas sahur, sementara tunggu azan subuh layan lah facebook kan? Ermm.. Tadi anda semua sahur apa? wah, mesti sedap~

Apapun SELAMAT BERPUASA.. jangan cuba curi-curi makan or minum ye? hehe :)

Ok2! 
Tehaa dah buat keputusan tehaa akan masuk ke Unisel Shah Alam dan tehaa akan daftar kan diri di Unisel.Sape Unisel Shah Alam, July Intake.. sila komen :)

Pendaftaran 28/082012 ,
Hari dah 21/07/2012 maknanya tehaa akan pergi lagi 7 hari.. ouh! counting a day by day. Tehaa stay hostel or tidak? Jawapannya belum pasti! Sebab kemungkinan besar tehaa akan berulang dari rumah ke kolej.

Sebab rumah tak jauh sangat pun, naik motor je.. apadahal kan?

Tehaa masuk Faculty of Business, so sesiapa yang satu falkulti dengan tehaa.Tegur-tegurlah ye? Tehaa ok2 je..hehe :)

Hari ini, nak keluar cari barang yang perlu. 
Kalau duduk hostel, lagi banyak keperluan kan? kita tengok jela! Actually ayah tehaa suruh stay hostel tapi ibu tehaa suruh stay kat rumah.Tapi tehaa pulak jenis tak kisah sebab dekat kan? Ulang-alik lagi bagus..hahaha :D

So sesiapa yang masuk Unisel Shah Alam, July Intake... Komenlah ye? and add facebook Cik Fatin(Fahtehaa Maarif II) kita boleh kenal2 :D

Ok.bye.

July 18, 2012

July 17, 2012

Tengok Anak Bulan





Tarikh dan tempat tengok anak bulan puasa 19 Julai 2012

Kenyataan rasmi dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,memaklumkan bahawa tarikh dan lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan pada hari Khamis ini
Dalam pada itu sebanyak 30 lokasi di seluruh negara sudah ditetapkan bagi tujuan pencerapan tersebut antaranya seperti senarai dibawah;

Lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan 1433 di Malaysia 19 Julai 2012

Johor
Pontian Kecil

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
Teluk Kemang, Port Dickson

Selangor
Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor

Perak
Pantai Pasir Panjang, Manjong

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar

Terengganu
Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan
Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu

Pahang
Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan

Perlis
Kuala Sungai Baru

W.P Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

W.P Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu

Sabah
Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah

Dalam perkembangan lain,majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

Seterusnya penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang akan disiarkan menerusi radio dan televisyen...

July 16, 2012

Diperlakukan sebegitu :\


Hai..


Tehaa harap semua sihat-sihat ye? Hari ini agak quiet busy, tapi still boleh update entri. Disebabkan semalam tak dapat update entri, tehaa curi-curi masa untuk update waktu ini.

Beberapa hari lepas, semua orang tahu keputusan kemasukkan ke IPTA telah di umumkan tetapi tehaa tidak dapat masuk mana-mana IPTA, memang sangat sedih! Dalam masa yang sama tehaa ada dapat tawaran sambung belajar di IPTS.

Tapi macam ada yang tak merestui tehaa pergi IPTS, ermmm ~

Memanglah tehaa akan rugi umur kalau sambung DIP balik, sebab tehaa tak dapat nak sambung DEG macam nak buat.Menyesal pun tak guna! Selalu tehaa pujuk hati tehaa supaya jangan terpengaruh.

Yela, tehaa manusia juga. 
Tehaa mestilah terasa, kadang-kadang bila tak boleh tahan.. tehaa akan menangis sendiri.Walaupun kadang-kadang apa yang orang kata itu benar belaka. 

Tehaa tetap akan menangis. Menangis kerana sedih bila apa yang tehaa semua tak boleh pakai, apa kata kalau nak bagitahu sesuatu bagitahu cara elok.. takde lah terasa sangat kan?Ini tidak, cakap kuat-kuat biar semua orang dengar.Tehaa tak suka :'(

Ok2. Enough! tak mahu cerita sedih-sedih lagi..hehe :)

Btw, jom follow @TehaaNFM kat twitter.Tehaa suka lepak situ :)
Da follow tak mahu sombong-sombong tau! tehaa akan balas semua tweet anda, Insyaallah :D

Ok bye, jumpa di twitter.

July 14, 2012

Dah nak puasa :)



Hai..

Macam mana persiapan anda menjelang bulan puasa ini?! mesti ada yang tak sabar nak puasa kan? Samalah macam adik tehaa, diaorang tak sabar nak puasa sebab nak raya..bila raya yang seronok. Duit raya :)

Apa rancangan anda.. cerita la sikit :)

Cerita sedih hari ini, tehaa tak dapat tawaran sambung mana-mana IPTA.. sedih :( 
Tapi tehaa dah buat rayuan, keputusan rayuan itu tak tahu bila.Yang pasti tehaa dapat tawaran sambung belajar di IPTS cuma tehaa dalam proses nak tukar course.

Harap-harap orang itu bagi tukar course~

Btw, tehaa ada buat satu tawaran SIAPA CEPAT DIA DAPAT dekat fanpages TehaaNFM[blogspot] :
  1. Pergi ke  fanpages TehaaNFM[blogspot]
  2. Komen di status yang tehaa update > STATUS YANG DI UPDATE!
HANYA 5 ORANG SAHAJA!

Ni contoh statusnya :
klik utk besar~

Tehaa dalam proses buat header untuk bulan puasa :)

Ok semua :)

July 12, 2012

Kucing tidur ? Air Liur?


Hai..

Macam lawak sahaja tajuk post kali kan? errmm.. memang lawak dan menyeramkan bagi tehaa.. agak tension dengan kucing ini.Nasib tehaa ini baik, kalau tak memang kena pukullah kucing tu.. huh~

Begini ceritanya...

Setiap pagi pukul 10 atau 11 pagi tehaa akan keluar ke rumah nenek tehaa untuk siapkan adik-adik tehaa ke sekolah kebangsaan(pagi ke sekolah agama).So tehaa keluar saja dari lif tengok ada kucing tido atas motor, takpe lagi rupa-rupanya dia buat air liur sekali da~


Tehaa pun halau cara lembut dan jarak agak jauh."miau.. miau.. turunla" ceh! macam dia faham kan? hehe.. tapi dia taknak turun(sebab dia takfaham kotw --') Tehaa pun start enjin motor..

Tengok gambar atas! Ingatkan dia nak turun, rupanya dia main agah-agah pulak.. aduhai, macam mana nak suruh dia turun nie. Kebetulan ada security guard lalu, tehaa panggil tapi tak dengar kot.. sebab jauh. 

Last-last nampak aunty kedai gunting rambut, tehaa agak rapat juga dengan dia. Depan kedai dia banyak sangat kucing..and dia suka bagi kucing friekies. Tehaa pun minta tolong aunty tu.

Dia umpan kucing itu turun dengan friekies dia lah.


Akhir sekali, kucing itu turun juga --'


P/s: Tehaa admit! tehaa memang takut "sikit" dgn kucing.Kalau kucing tu tidur, tehaa berani pengang tapi kalau tak tidur..Tehaa takkan dekat ~

July 11, 2012

Perlu ke?


Hai..
Actually tehaa nak merajuk dengan semua orang hari ini..huhu, sedih ~
Sebab tehaa buat segmen pertama tehaa, tapi seorang saja yang join..sedih wei, sedih...

Sampai hati anda semua tak join segmen pertama tehaa, tehaa siap lanjutkan tarikh segmen itu tau. Yang membuatkan tehaa pelik, tehaa ada invite someone blogger ini.. pastu dia cakap "Insyaallah".Tehaa tak kisahlah sangat, tetiba dia chat balik dia tanya "Nak tengok senarai hadiah?"

Aik? 
yang tehaa anjurkan Segmen, bukan Giveaway lah.Setiap segmen perlu ada HADIAH ke?! sila jelaskan kepada tehaa.

Tapi kalau anda join segmen tehaa, tehaa akan masukkan tempat segmen khas. Cer tengok bahagian tepi, ada page untuk Segmen kan? so kalau anda join segmen tehaa, tehaa akan buat masukkan dalam satu entri.

kiranya tehaa akan kongsi link entri blog anda dan secara tidak langsung segmen yang tehaa buat macam kongsi pengetahuan tehaa dengan sesiapa yang join.Don't worry, tehaa akan taipkan entri segmen itu terlebih dahulu. So perlu ke hadiah lagi?!


July 9, 2012

10 jenis permainan yang pernah saya main waktu kecil


Hai..
Tehaa nak buat segmen buat pertama kalinya.Segmen ini akan berakhir pada 09/07/2012 jam 11malam ini DILANJUTKAN pada 10/07/2012 jam 9Malam.Kenapa tak lama? sebab tehaa akan letak senarai yang join segmen ini dalam satu entri. 

Macam mana nak join?
  1. Senaraikan 10 jenis permainan yang anda pernah main waktu itu dan ceritakan cara permainan itu atau kenangan pahit/manis untuk kenangan itu.[Nak letak gambar pun takpe]
  2. Highlight Nama Permainan.
  3. Tak perlu letak banner atau header dalam blog anda, cuma link entri ini SAHAJA!
  4. Letakkan link anda di ruangan komen.HANYA LINK ENTRI!!
Senangkan?!contohnya seperti bawah ini~
--------------------------------------------
10 Jenis Permainan yang saya waktu saya kecil :
  1. One Happy Family Card: yeah! seronok sangat bila dapat main kad itu.. Selalu main kad itu time cuti sekolah, lagi-lagi bila jalan jauh-jauh(pergi holiday) main kad tu dalam kereta.Pernah sampai gaduh-gaduh sebab kalah..haha :D
  2. Baling Selipar(jatuhkan tin): Ala, yang macam cerita upin ipin tu.. seronok sangat main itu.Masa tu kalau nak balas dendam kena cari selipar keras sikit, baru sedap baling.Tapi bila baling terkena makcik or pakcik, kena marah je :(
  3. Masak-masak: haha.. biasalah kan tehaa perempuan.Tapi kitaorang takmain air longkang tau, ambik air kat dapur pastu amik beras.Tumbuk-tumbuk kat atas bukit, seronok woo..masa time tu lepak kat rumah makcik, main masak-masak dengan sedara.mengeratkan silatulrahim..hehe :)
  4. Anak patung kertas: Sekarang memang takde jual*rasanya* TAPI masa tehaa kecik mainan itu famous sangat.Patung kertas itu memang dari kertas dan kita boleh tukar-tukarkan baju.Kebanyakan anak patung kertas itu "sexy and comel", pernah berebut dengan adik sampai koyak patung tu, sedih je :|
  5. Police&Thief: Ini memang permainan sampai ke hari ada kan?tapi tak glamour macam dulu rasanya.Tehaa ingat lagi bila nak main semua cakap "aku nak jadi polis", last-last kena latalilat.Yang jadi thief tue, memang penat dan tehaa selalu jadi thief..haha --''
  6. Tingting: Pernah dengan tak? Tehaa suka main kat kampung, sebab kampung tak banyak kereta.So bila nak main, tak terganggu sangat.Permainan ini seronok sebab kita belajar stabilkan diri sambil berjalan.Sape tak pandai, kalahlah :)
  7. Batu Seremban: Ini permainan yang super awesome! Tehaa suka sangat.Sampai ke satu tahap bila semua dah pandai, buat peraturan baru "Sama game kena guna tangan sebelah lagi" means kalau biasa guna kanan kena guna kiri lak dan sebaliknya..Tehaa taksuka syarat itu, sebab tehaa tak reti :{
  8. Tutup tin: Permainan ini mengunakan tutup tin botol kaca yang ada jual kebanyakkan di kampung.Permainan ini menggunakan 5tutup tin dan kita kena timbang dan tembak tutup tin antara satu sama lain.#BEST~
  9. Syep Tiang: Tau tak? permainan ini ada 5 orang, 4 orang di tiang dan seorang lagi duduk tengah-tengah antara 4 orang itu(kira macam monyetlah) pastu kena rampas tiang di antara 4 orang.fahamkan? :) 
  10. Lompat Longkang: Pernah dengar tak? Permainan ini nak main seorang-seorang pun boleh.Cara dia, pergi kat longkang kecik(TAK DALAM) lompat masukkan kedua-dua kaki ke bawah dan lompat angkat kaki ke atas semula..ulang banyak kali + dengan lagu.TAK DIGALAKKAN MAIN <-- Tehaa pernah jatuh tersungkur :(


July 8, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.





Majlis Perkahwinan Ella&Azhar Ghazali



Ella & Azhar Ghazali menjalankan pertunangan dan akad nikah serentak.Tetapi mereka terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum dengan majlis akad nikah yang akan dijalankan oleh Tuan Haji Baharudin Hj Abu Bakar.


Walaupun berlaku masalah bekalan elektrik di rumah pengantin perempuan, Alhamdulillah...majlis akad nikah berjalan dengan lancar Dengan hanya sekali lafaz, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali nilai dengan mas kahwin RM50,300. Tahniah buat kedua dua mereka!


Tehaa bagi beberapa gambar untuk anda lihat(Full kredit:RotiKaya)





Double klik utk besar ye? :D

July 7, 2012

webcam toy | Review



Hai...
Nak tahu tak? gambar atas ini, BUKAN DI EDIT! cuma tehaa letak watermark sahaja. Disebabkan kebosanan melampau, tehaa ajak adik tehaa capture gambar<-- ITU HOBI KAMI :D Adik tehaa yang last(dlm gambar), dia memang kaki bergambar = dengan tehaa..hahahaha.

Tehaa dah lama download, simpan saja dalam google chrome.Seronok, memang seronok.. ada funny face tau, salah satu contoh macam bawah ini.


Hahaha.. sila ketawa perlahan-perlahan ye? Banyak lagi tau,. anda kena cuba sendiri :D

Ni untuk pengguna Google Chrome tau! Cara-cara nak install :
1- Pergi Sini -->  WEBCAM TOY
2- Klik ADD TO CHOROME
3-Gunakan sepuas2nya :D

Confirm anda akan tergelak sendiri. 

Kepada yang tak suka gambar-gambar macam ini, sebab tak cantik bila masuk FB kan? TAKPE! jangan risau,.. sebab ia bukan sahaja toy face sahaja.Dia ada juga yang jenis, buat anda memang nampak cool yo!

Takyah edit bagai, terus dapat fuyooo~

Contohnya seperti gambar bawah ini, takde edit.Letak watermark sahaja :D
Ok, kepada pengguna Google Chorome selamat mencuba.
















July 6, 2012

Firefox tak terima timeline facebook


Hai..

Terkejut tak?! Itu masalah yang tehaa alami sekarang. Plus geram.. ok?! 


Tehaa dah try dan try banyak kali untuk reload, tapi still tak boleh! dia taknak bagi apa-apa perubahan. Tehaa guna google chorome sahajalah. 


Tensionnya tehaa, actually firefox itu tehaa nak uruskan untuk @blogshop and email tehaa.google chrome for facebook and blog.Aduh! memang tension kalau ada problem macam itu.


FYI,
@Blogshop tehaa page dia dengan facebook Cik Fatin [Fahtehaa Maarif II] and page @TehaaNFM[blogspot] dengan facebook lagi satu.


Tak percaya? bawah ini, tehaa ada printscreen :



Dikeluar itu sahaja. aduhai, sabarlah wahai hati ~

Ini mungkin tehaa punya firefox sahaja yang problem, kalau anda punya firefox ok., then oklah kan? 


Apa masalahnya ye? apa solusinya? tolong kongsi dengan tehaa.


ok.Salam jumaat semua :D

July 5, 2012

Roti Canai buatan sendiri




Hai..
Hah! siapa suka makan roti canai? Seriusly, tehaa minat sangat roti canai lagi-lagi bila time panas membara ouh roti canai ku.. hahaha.

Tehaa tengok tempat juga nak order roti canai, kalau tempat tebar dia clean and clear daripada rubbish.Confirm! tehaa akan order, dulu tehaa suka order roti banjir. Ala roti canai tapi dia dah potong pastu simbah kuah atas roti itu...

Tapi sekarang tehaa tak suka banjir-banjir atau roti telur. Tehaa suka roti canai biasa, tehaa makan kosong macam itu sahaja.Takyah cicah-cicah! #TERBAIK tak? Kalau orang itu, bagi kuah sekali tehaa tak usik sikit pun tau.

Disebabkan perangai pelik tapi benar tehaa ini, tehaa decide nak cuba buat roti canai sendiri.Belum sempat tehaa uli tepung, hati tehaa berkata "kau beli saja roti canai ready-to-goreng kat kedai!" 

Macam pelik bunyinya kan?! memang pelik sebab ayat sendiri-sendiri.. haha :D
So, tehaa pergi kedai cari roti canai ready-to-goreng. Tehaa grab dan terus bayar <-- Nampak tak, perangai buruk bila lapar.

ini roti canai yang tehaa beli,Kawanku Roti Paratha buatan Malaysia.

Tehaa buat tutorial buat roti canai ready-to-goreng :p
  1. Ambil kuali letak di atas dapur.
  2. Buka api, takyah pakai minyak.
  3. Biarkan kuali panas SEKEJAP! 
  4. letak roti canai ready-to-goreng, terbalik-balikkan.
  5. Angkat letak dalam piring/pinggan(nampak masak).
  6. siap unuk makan. #yummy ~
Yang step No.4 tu, tak lama.
Kalau anda nak tahu masak roti canai ready-to-goreng lagi senang daripada masak manggi tau!

Ok.Selamat Menjamu Selera :D

July 4, 2012

Dieya Collection's | Blogshop Review




Woww! gorgeous~

Cantikkan gambar yang tehaa lampirkan.Ini adalah salah satu koleksi yang ada di Dieya Collection's. Kalau anda nak tahu, tehaa adalah salah satu pencinta jam tangan.So kalau soal design, tehaa memang utamakan!

Ini jam for couple(RM80-RM300), design yang dia ada Fuhh!! #TERBAIK~


Ini kalau tehaa cakap 2 in 1 sebab apa? 
Sebab boleh jadi rantai dan boleh juga jadi pendrive. wah! seronok, seronok~ 
Nak bawa pergi kelas, sangkut sahaja di leher.Design pun cantik kalau buat rantai kan? so Apa Salahnya..hehe :D

Kepada pencinta/pengumpul purse atau wallet, jangan lepaskan peluang anda untuk membeli salah satu design purse atau wallet yang ada di Dieya Collection's.Pasti anda akan berpuas hati bukan sahaja cantik tapi juga trendy. Harga memang berpatutan dari RM50-RM60 dan free postage u' olls! :)


Cuba teka apa ini?!
Hah! ini bantal bukan sebarang bantal tau. Kalau dulu, lepas ibu tehaa bersalin Tehaa kena tolong nenek buat tungku untuk ibu.Dulu tehaa cakap "Bakar Batu" biasalah masa itu budak-budak lagi kan? TAPI tak payah bakar-bakar batu lagi, dah moden sekarang PAKAI CHARGE je.. Yes! Ini tungku yang digunakan perempuan ketika berpantang.

Actually ada dua jenis (PERBEZAANNYA) :
  1. Biasa : RM40
  2. Bermagnet : RM50
Dieya Collection's juga menjual pelbagai koleksi handbag yang berlainan corak dan sangat trendy.Seriusly, bila anda lihat design yang ada di Dieya Collection's anda pasti rambang mata.Memang cantik sangat, yang look like korean pun ada tau! Harga pun tak berapa sangat mahal.

Selain dari Jam, Handbag, wallet, Tungku Dieya Collection's ada juga menjual baju kurung, blouse, tudung bawal juga. Siapa nak cari baju raya? moh ler jenguk ke Dieya Collection's anda pasti tersenyum.

If sesiapa yang berminat nak menjadi agen topup, boleh juga berurusan dengan Dieya Collection's sebab apa? Sebab hanya RM10 diperlukan untuk pendaftaran! bukan itu sahaja, ada juga pakej-pakej menarik yang anda akan miliki.


Untuk pembelian atau pertanyaan, boleh terus ke :

So, apa tunggu lagi jom kita shopping di Dieya Collection's.Anda takkan menyesal berurusan dengan Dieya Collection's