November 15, 2016

PJJ study or Working?

Assalammualaikum..
Hi.
Semalam #supermoon, siapa tengok supermoon semalam? Area rumah tehaa.. awan tebal macam nak hujan tapi tak hujan pun. So memang taknampak apa lah kan? Takde rezeki...

Harini kerja seperti biasa tetiba rajin pulak nak update blog pagi-pagi ini before pergi kerja. Alamaklum lah.. kerja masuk pukul 9pagi, gerak naik motor. So takde menghadap jem teruk sangat 😌

Sebenarnya tehaa nak sambung belajar (Degree) tapi nak buat sambil berkerja (PJJ), susah tak? Aihh 😪 Taktahu lah.. ada yang kata susah tehaa nak kerja semua. Assignment lagi, Test lagi, Quiz.. kerja lagi! Bila fikir balik.. betul juga. Plus tehaa ni bukan lah dalam golongan bijak pandai.. kalau study, study gila-gila baru boleh exam 😂

So apa pendapat korang?
sambung belajar (PJJ) or kerja sahaja sampai kahwen ☺️
Sebab kahwen taktahu bila kan.. hahahaha😂

xoxo,
-tehaalarh-

November 13, 2016

Permulaan Baru.




Assalammualaikum..

Hai.

Harini menaip entri sambil tengok GV3, korang sokong siapa? Tehaa? Pastilah sokong semua.. hahaha 😅 semua penyanyi terbaik kot 😝



Oklah.. harini update sebab nak bagitahu semua, kalau korang macam terlebih rajin then usha-usha entri lama tehaa.. tetiba macam pelik, kenapa gambar takde kan?

So maaflah ye 😌



Tehaa memang baru sahaja bersihkan semua gambar-gambar lama.

Ala.. biasalah semua orang nak buat perubahan. So perubahan pertama tehaa adalah bersihkan dahulu gambar yang nampak aurat-aurat semua 👌🏼



Harap semua faham ye? ☺️



Andai kalau korang jumpa gambar-gambar yang tak menutup aurat, let me know okay 👌🏼



Terima kasih



xoxo,

tehaalarh

June 15, 2016

Hi Korea

Assalammualaikum..
Hai.
Harini nak cerita macam tercetusnya trip #fftakesKorea, hahaha.. maaflah. Walaupun agak lambat entri ni dibuat. TAPI inshaallah dapat membantu semua orang.


Okay #fftakesKorea sebenarnya tetiba je.
ehem.. maklumlah mood travel membuak-buak then terus ajak member 'Jom, Gi Korea!' then member pun ON je.. so terus beli tiket. Hah! But kami bukan orang senang. automatik beli.. kami pun tunggu AA buat promo *bisik*


Kitaorang rancang bulan 11/2015 but bulan 12/2015 still AA takbuat apa-apa promo.. sebabnya kitaorg syak AA akan buat promo for new year ke, kan? malangnya tidak sama sekali..kecewa sungguh masa itu. Dek kerana perasaan yang memang nak travel punya pasal, gigih setiap minggu check email dari AA kot2 ada murah kan. Akhirnya hujung bulan 1 dapatlah rembat tiket 'agaklah' murah..kalau last minute gini kan? Last minute lah, orang nak pergi bulan 5/2016..tiket beli bulan 1/2016.

Harga tiket AA pergi balik = RM951.00 (TERMASUK INSURANCE & BEG 20KG) Alhamdullilah dapat murah. 20KG tu kami bahagi 2.. maksudnya pergi nama tehaa balik nama member (timbang sekali) faham kan?

Tiket pergi 22/05/2016, 01:00am 
Tiket balik 28/05/2016, 16:20pm
Yes! kami akan berada di sana selama 1 minggu..


1 minggu before flight kitaorg da standby makan seperti maggi lah yang paling senang dibawa. tapi bukan semua maggi lah.. ada yeos kari ayam, tuna dan coklat. Total makanan kami bawa dari Malaysia = RM60 *banyakkan?*

Now, cerita pasal tempat tinggal (homestay). Homestay banyak, sangat banyak pilihan.. ada murah, ada murah.. depends. TAPI kami pilih yang kami selesa dan homestay kami adalah FNGUESTHOUSE. Alhamdullilah segala kemudahan semua terbaik.. sebagai muslim memang takyah risau lah semua perlatan masak, korang boleh cuci biasa then masak.

Total 7d 6n = RM1,140 (2 orang) so bahagi 2, sorang hanya RM570. Jangan risau half payment je sebelum pergi sana, next payment lagi bila dah sampai sana. Before ke sana tukar dulu lagi half payment kepada won okay.. sebab tak terima RM dah.. faham kan? Hehehe


Macam panjang story harini.
Okaylah.. nanti sambung lagi. Bye.

xoxo, 
tehaalarh

January 16, 2016

2016

Hi, Assalamualaikum..

Long time no see , kan? Biasalah busy melampau tahap taktahu nak cakap macam mana lagi #alasanje *buatmuka*

Oklah, dah 2016.. mesti ramai bagitahu azam tahun baru apa? So azam tahun baru tehaa, ermm RAJIN UPDATE BLOG.. hahaha ツ
Kotla dengan kerajinan update blog hari-hari guna handphone ini, tetiba ada duit terbang jatuh boleh repair laptop.. yang sekian lama menyepi, kan?

Sebab banyak nak kongsi pengalaman dengan readers ini.. hah! Salah satunya #TravelTips , kalau tengok gambar pun pasti tahu kemana tehaa akan travel kan? Travel kali ini versi Redah Kasi Sesat.. hahahaha. So means NO AGENT, NO TOUR GUIDE, NO SPONSORSHIP..

Tidaklah travel berseorangan tapi berdua TEHAA DAN KAWAN TEHAA (Ms.P).. so nanti tehaa update letak Ms.P korang jangan tanya lak siapa dia. Dia kawan sekelas, serumah dan sebilik masa tehaa belajar di UNISEL.

Actually lambat lagi (bulan 5), tapi tehaa akan berusaha update persiapan dari bulan 1 sampai lah hari kejadian? Ok kan? Memang ramai blogger dah pergi sendiri then mereka cerita trip dan bajet mereka tapi tehaa nak update sikit, kotla boleh beri semagat KE KOREA tanpa Agent kan? ツ

Oklah nanti bersambung ye..

xoxo,
tehaalarh
(MALAYSIA)

January 15, 2016