December 31, 2011

no word (:


Hai semua, entri malam ini agak jiwang sedikit.Tak jiwang sangat (:


Ok! Dulu tehaa pernah tolak dia mentah-mentah sebab tehaa anggap dia sebagai seorang abang.Tehaa tahu masa itu dia ada makwe dan dia ada problem, so tehaa biarkan dia selesaikan cara baik.

Hampir 1/2 tahun kami tak berhubung hingga 1 hari tehaa tekad nak cari dia.Tak tahu kenapa, alasan apa yang tehaa nak bagi tehaa memang taktahu!TAPI demi TUHAN tehaa rindu sangat dengan dia! 

Kerinduan itu sehingga tehaa buat satu entri PASAL DIA!!.

BTW now "kalau KAU baca", aku nak cakap dgn kau yg :
"tehaa RINDU gila kat kau" #SUMPAH! Rindu nak borak dengan kau! Rindu nak baling pen dari atas ke bawah! Rindu dengar kau membebel!! Rindu dengar kau marah aku !! Rindu kau belanja aku!! HAHA :D
And gambar kau banyak dalam pendrive tehaa, taktahu nak wat pe.Stalker je hari-hari (:
Bila nak datang Kelana Impian lagi.Nak borak dengan kau!!ermm..


#Ok! No komen (:

December 29, 2011

Pemenang GA For Newbies | End Year 2011

Inilah saat yang di tunggu-tunggu oleh semua kan? Kepada semua sponsor dan contestant TERIMA KASIH sekali lagi kerana telah menjayakan GA ini :)


Sebelum itu tengok nombor anda terlebih dahulu CHECK KEDUDUKAN

Pemenang-Pemenangnya adalah :

1- Header simple (2 Pemenang) - TehaaNFM


Berhubung  di FB TehaaNFM

2- Copyright banner (3 Pemenang) - TehaaNFM


Berhubung di FB TehaaNFM

3- Header like Aina Hanani (2 Pemenang) - Aina Hanani


Berhubung di FB Aina Hanani.

4- cursor nama (1 pemenang) - Aina Hanani
    

Berhubung di FB Aina Hanani.

5- Header (5 Pemenang) - Miraa Hussin


Berhubung di FB Miraa Hussin

6- Doodles (2 Pemenang) - Huda Raihana


Berhubung di FB Huda Rihana

7- Header (5 Pemenang) - Wada Yoora


Berhubung di FB Wada Yoora
------------------------------------------------------------------------------------------------

Taniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak bertuah, boleh cuba pada GA akan datang.Insyaallah :)

Sekiranya berhubung dengan Sponsor sila nyatakan :
Saya (Nama dan Link blog) pemenang dari contest GA FOR NEWBIES|END YEAR 2011.
Ini akan memudahkan sponsor-sponsor kita :) 


#ATTENTION! SILA berhubungan dengan SEMUA sponsor SEBELUM 07/01/2012



GA For Newbies | End Year 2011

GA TELAH TAMAT!
Terima Kasih kpd semua peserta dan sponsor :)



Untuk copy banner sila tekan CTRL+C
GiveAway ini specials untuk newbies dalam dunia blog ini. Tehaa tak ada larh pro sangat, cuma tehaa nak membantu newbies sahaja.
  • Follow : Kalau taknak follow  TehaaNFM, xpe! BUT sila follow sponsor-sponor ye.tenkiu :D
  • Like  Fan Pages : Anda WAJIB like fan pages tehaa sebab semua yang berkaitan akan di update disitu.
  • Buat Entri dengan Tajuk "GA For Newbies|End Year 2011" , letakkan banner GA ini dan tag kepada 2 orang newbies dalam dunia blog.*Pastikan Mereka tahu, ye?
  • Letak link entri anda di comment, post ini.
*fan pages telah diubah, tp 2-2 fan pages akan di update (;
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Hadiah yang bakal menanti anda : 

1) 2 Header simple (2 Pemenang) - TehaaNFM

2) 3 Copyright banner (3 Pemenang) - TehaaNFM

3) 2 Header like Aina Hanani (2 Pemenang) - 
Aina Hanani
    
4) 1 cursor nama (1 pemenang) - Aina Hanani

5) 5 Header (5 Pemenang) - Miraa Hussin

6) 2 Doodles (2 Pemenang) - Huda Raihana

7) 5 Header (5 Pemenang) - Wada Yoora
TOTAL PEMENANG : 20 Pemenang !
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemilihan Pemenang berdasarkan Random.org 
Terima Kasih kepada sponsor. pada sesiapa yang nak sponsor, sila maklumkan di Facebook Tehaa dan pada newbies mari meriahkan GA ini. Ia mungkin akan mencomelkan blog anda semua kan?Serius, tehaa tak tipu kalau anda DAPATKAN INI memang best larh. 

Anda juga rajin-rajin larh LIKE fan pages Sponsor ye? XD
Selamat Berjaya Semua :D

End Year Mega Giveaway



Akan ditutup pada bila-bila masa :) cepat2! join nak join klik sahaja banner tue !

GOOD LUCK SEMUA ~



Senarai Peserta GA For Newbies | End Year 2011


Alhamdullilah, GA For Newbies telah berjalan dengan lancar.Tehaa nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sponsor  GA For Newbies  dan terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua contestant.

Sini ada senarai-senarai peserta tekan (CTRL+F/CTRL+F3) cari nama blog anda :

22- RAWRR:>
32- //Dream

#Attention! If tiada nama dan link anda, sila inform tehaa secapat mungkin ye? Random.org akan dijalankan pada malam INI(8:00PM).HARAP MAKLUM (:


December 26, 2011

Gastrik --'


Hye semua.Ok, semalam gastrik tehaa datang semula ==' setelah sekian lama gastrik ini tidak kembali akhirnya dia tunjukkan diri.


Sakitnya Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya.Pada awalnya tehaa ingat disebabkan makan lambat, tehaa pun makanlah.Then petang pula lebih menyakitkan sampai ke malam.


Bila berjalan rasa seperti nak pengsan pun ada.Malam itu juga ayah tehaa nak bawa ke klinik, sementara otw ke sana ayah tehaa telefon klinik panel.Unfortunately, panggilan telefon tidak dijawab.Means klinik panel tutup kerana Christmas.


Ayah tehaa bawa terus ke Hospital Assunta.Sampai sana daftar, tunggu dan tunggu memang itu lebih menyakitkan."Takpe tehaa, sabar..kau dah sampai hospital tahan sekejap sahaja" ermm...


Masuk dalam bilik doktor, dia suruh baring dan check apa yang patut.Dah sudah, dia tanya macam-macam.Dia cakap mungkin food poisoning ataupun gastrik.Then dia cakap dia akan bagi suntikan.


Walaweih, kena suntikan? redha jela.Lepas kena suntik, lalok terus.Perut sakit+mata berpinar-pinar."Rileks tehaa, kalau tak kau kena tahan hospital" 

Masa ayah pergi ambil ubat tehaa duduk di kerusi.Perut makin sakit sehinggakan tehaa terjatuh dari kerusi untuk menahan sakit.Nurse di kaunter pendaftaran bawa tehaa ke Bed in Emergency Ward dia suruh tehaa rest kat situ dalam 10min.

Masa itu, airmata sahaja yang menahan kesakitan.Terlelap tehaa tak sampai 10min, teringat tehaa di hospital.Terus panggil nurse, cakap tehaa dah ok dan nak balik.Nurse suruh tunggu doktor, tehaa kata tak perlu.



Then ayah ambil ubat, kami pun balik around 10PM.Terima Kasih ayah :D


December 23, 2011

Azam 2012 tagged by @Sya







Dengan lafaz   Ø¨ِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم 

Tehaa mahu senaraikan semua Azam 2012 tehaa :
  1. Tehaa nak dapatkan Nikon d5100 <-- nak kerja hardworking!
  2. Tehaa nak bantu family.
  3. Tehaa nak jumpa dia,SUMPAH rindu gila.
  4. Tehaa nak teruskan usaha dalam dunia blog.
  5. Tehaa nak KURUS! yeah, absolutely.. (x

WHAT!! 
GILA! boleh jadi penulis NAMA ALBUM artis terkenal?!

Azam pertama, memang tehaa dalam lama mahukannya.Maklum larh, keluarga tak kaya mana.So kena tunggu duit sendiri larh.Azam kedua, itu memang tehaa akan utama kan! Paling tidak tehaa dapat bantu sikit demi sedikit right?

Azam ketiga, tehaa nak jumpa dia! Mungkin dia tak jauh, tapi dia takkan jumpa dengan tehaa sampai tehaa habis Exam STPM tempoh hari.But now dah habis, cuma dia agak sibuk dan mungkin awal tahun baru jumpa.It's ok dear ~

Azam keempat, tehaa nak lebih mahir dalam bidang ini dan mungkin tehaa boleh buat blogshop tehaa sendiri.Azam yang kelima, oh so blusher..tehaa nak kurus tak mahu kurus sangat, sikit jadi larh.HAHA :D




Ok, siap! tenkiu for tagged @Adik Sya








Buat Shoutbox[Cbox] | Tutorial


Semua orang tahu tentang pembayaran shoutbox[shoutmix] kepada penggunanya pada tahun hadapan(2012).


This my old shoutbox[shoutmix].Nampak tak, tehaa ada higlight "Shoutbox expiring.." so tehaa rasa tehaa kena ubah dengan kadar segara.

Setelah mengodek-godek, tehaa jumpa shoutbox yang menerima perkhidmatan secara percuma iaitu Shoutbox[Cbox].Tehaa ajar cara-cara nak dapatkannya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Pergi Ke Shoutbox[Cbox] > Get your own free Cbox now!
2- Sign Up > Tick(/) I have read and do agree.... > Create my cbox
3- Klik pada Look & Feel > Layout Option > Save
4- Klik Publish then akan keluar Code Generator


5- Boleh edit Step 1 dan 2 > Copy code yang berada bawah step 3
Now, awak boleh buka blog awak (x
6- Klik Layout > Add a gadget > HTML/Javascript > paste code tadi > Save

then get your new shoutbox ! Sangat Mudah, dan jangan lupa sesuatu tentang ini!! :D


Say hello to my new shoutbox ok (:



December 22, 2011

Sya, happy anniversary !



Speacials review buat Adik Sya yang kini umur blognya sudah menjangkaui satu tahun.Bravo, bravo Adik Sya.Teruskan usaha anda dalam bidang berblogging xD


Actually, tehaa takde ada apa nak bagi kat Adik Sya.Tapi tehaa ada banner birthday!


 http://i1101.photobucket.com/albums/g432/fahtehaa/anigifsya-1.gif

I know, it's not beautiful! kalau SUDI ambil, ambil larh.Memang buat khas untuk anda pun (x

Cara Membuang Virus Spammer Facebook



Pernah ke tidak anda lihat ayat-ayat di atas di wall kawan-kawan atau wall anda sendiri. Itu adalah spammer, spam memang tidak begitu bahaya berbandimg virus.TAPI ia sangat menyemakkan mata.

FYI,Spammer akan tersebar dengan sendirinya tanpa pengetahuan tuan punya nama dan di tag dengan sendirinya kepada kawan-kawan kita.



Tengok betapa tensionnya kawan tehaa ini?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara nak buangnya :
1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda. 
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings. 
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting. 
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps. 
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas adalah yang terbaru) 
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut. 
7) Klik Remove. 
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.
Credit to : PetuaKitaSemua

Atau pergi sahaja di SINI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu sahaja tehaa dapat bantu, tehaa tak tahu macam mana nak buang virus spammer ini.Sebab tak pernah klik pun.

Sesiapa yang belum KLIK, jangan larh gatal tangan KLIK!



December 21, 2011

Duit Malaysia Terbaru | Wordless Wednesday


BNM Duit baru 300x273 DUIT BARU MALAYSIA AKAN DIKELUARKAN PADA JULAI 2012

Amboi akak comel ini jadi model duit baru la (:

Ok, tehaa nak cakap duit RM20 itu, sangat cantik warnanya !

Wang Kertas RM20 Baru
Wang Kertas RM20 Baru



Tempahan Dibuka




Ok, sesiapa yang ingin membuat tempahan,boleh melihat CARA PENEMPAHAN terlebih dahulu.Sebelum itu,Tehaa harap dapat Klik Iklan bawah ini terlebih dahulu ye? :)





Jenis Tempahan yang boleh dibuat melaui pakej dibawah :


Pakej A = Mengikut harga ditetapkan



1- Full Edit Minima / Blogskin / Washed Denim template : RM10 TANPA header
  • Arrange Gadget sidebar
2- Header Simple(Transparent/Non-transparent)***
  • Text Only : RM4
  • Text + Picture : RM6
  • Animated : RM10  *max 5 blinkies/Slide  **NEW**

    3- Copyrighted banner(Footer/Watermark)***
    • Text Only : RM4
    • Text + Picture : RM6
    4- Cover Facebook Timeline : RM5 **NEW**
    • Text Only : RM5
    • Text + Pic : RM10

    5- Banner

    • Non-Animated : RM5 
    • Animated : RM10    *max 5 blinkies/Slide 
        6- Cursor : RM3
        • Text Only


        *** : Price for each one!

        Untuk yang nak tehaa edit blog mereka menggunakan pakej, boleh rujuk di AAartDesign. Sekiranya gambar bawah ini tidak jelas, anda boleh lihat di sini --> O21TM






        ----------------------------------------------------------



        #ATTENTION
        Penempahan mestilah mengikut CARA PENEMPAHAN yang telah ditetapkan!!


        First Come, First Served :D




        PEMBAYARAN :
        Sekiranya pembayaran 
        • <RM10(KURANG) : Pembayaran melalui topup maxis.
        • >RM10(LEBIH)     : Pembayaran melalui wang pos.

        2012 No Shoutbox Anymore


        Title like so cruel right! OhMy No Shoutbox Anymore?WTFish


        Takyah baca, confirm tak nampak --'

        Sesungguhnya memang ramai sudah tahu tentang masalah shoutbox ini.Oh yeah! Tehaa memang baru nak update.Dah lama tahu, cuma tehaa update ini bukan untuk bagitahu tentang shoutbox.
        Tehaa just wanted all my followers know, that i will not using a shoutbox for next year(2012) except has another company shoutbox wanted give free service for shoutbox. 
        HAHA :D

        Kedekut betul tehaa ini, bayar shoutbox pun tak boleh.Memang tak boleh, sebab tehaa belum kerja --'

        Kalau tehaa ambil macam WEBSITE ini mesti tak rugi kan? KLIK untuk nak dapatkan WEBSITE SENDIRI dengan mudah!!


        December 20, 2011

        Perubahan Mendadak Fan Page Blog




        Gambar atas ini adalah fan pages lama tehaa.If anda search di facebook, fan pages ini masih lagi hidup.Sebab tehaa belum padam lagi.Tehaa akan padam pages ini as soon as possible.

        Kenapa tehaa tukar fan pages? Sebab ada someone yang tidak bertanggungjawab telah menjahanamkan fan pages tehaa.Anda tengok macam takde apa-apa kan? Sebab tehaa dah padam.

        Tehaa pun dah buat fan page baru Affection Tale.Yes! 100% tehaa lakukan perubahan pada blog tehaa.

        Tehaa nak minta maaf kepada peserta GA For Newbies dan Sponor-sponor GA For Newbies sebab terpaksa buat perubahan mendadak ini.Tapi tehaa telah maklumkan kepada semua peserta dan sponosor.


        Tehaa terpaksa melakukan perubahan ini, walaupun tehaa tahu jumlah yang like fan pages Affection Tale akan kurang.Takpe larh :) 


        p/s : siapa yang rasa pernah LIKE fan pages lama tehaa, Like larh fan pages baru tehaa juga.tenkiu ~

        Buta BUKAN HALANGAN berfacebook ! | Review


        Hai semalam tehaa dengar cerita pasal kawan tehaa dapat berjumpa dengan seorang wartawan Sinar Harian.Wah, dah glamour kawan tehaa ini.Dia merupakan kawan jauh tehaa sebab dia duduk kat Kedah, so kawan jauh larh kan?

        Tehaa kenal dia sebagai seorang dj di FortuneFM.Mesti ramai yang radio apa itu, kalau nak tahu lebih lanjut - SILA ke FortuneFM, tehaa dah tulis di situ.Dia dikenali sebangai Dj Pen atau lebih mesra dengan abe pen (;




        -------------------------------------------------------------------------------------------

        BALING- Walaupun cacat penglihatan sejak kecil, tidak menghalang Azman Rejab,35, ‘berfacebook’ bagi mengisi masa lapangnya berkenalan dengan lebih ramai  pengguna seterusnya bertukar buah fikiran.
        Kemudahan komputer yang membolehkan setiap perkataan yang ditulisnya berbunyi membuatkan Azman begitu yakin ketika melayari laman sosial nombor 1 dunia  ini.
        Azman yang tinggal di Kampung Bawah Gunung Baling berkata, selain berfacebook, dia turut aktif dalam suntingan audio yang menjadi pendapatan sampinganya  sehingga kini.

        Azman mengayuh basikal sambil dikawal oleh anak lelakinya.
        “Pekerjaan utama saya adalah urutan refleksologi. Namun, saya gemar melakukan akviti dalam talian bagi membolehkan saya berinteraksi dengan lebih ramai orang  termasuk dari uar negara.
        “Walaupun saya tidak nampak, saya boleh bercakap dengan rakan-rakan menggunakan aplikasi dalam talian ini. Lebih menarik, saya turut dapat berinteraksi dengan  rakan-rakan yang berkeadaan seperti saya,” katanya.
        Berikutan mendapat pelbagai ilmu dan maklumat, Azman tekad membina blog dan membeli aplikasi Juruhebah  untuk membolehkan dia bersiaran langsung bersama pengguna internet yang menyalari laman blognya.
        “Saya tidak melihat kepada kekurangan diri dan akan sentiasa berusaha untuk memastikan saya juga mampu hidup seperti manusia lain,” katanya kepaada Sinar  Harian.
        Menurutnya, dia pernah menjadi juruhebah majlis perkahwinan tetapi berhenti selepas tidak mendapat pulangan yang sepatutnya dari pihak penganjur.
        “Saya hanya dapat sehelai kain pelekat semasa mengacarakan sesuatu majlis perkahwinan. Bukan saya tak bersyukur, tapi, saya pun ada anak bini. Sehubungan itu, saya lebih selesa mengacara di dalam talian kerana secara tidak langsung dapat menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada Sinar Harian.
        Berpegang kepada prinsip hidup ” Kalau tidak boleh senangkan diri, jangan susahkan orang’ menjadikan Azman begitu cekal dalam menjalani kehidupannya bersama keluarga.

        Azman sedang berinteraksi dengan rakan-rakanya menerusi laman sosial
        “Saya suka mencabar diri saya sendiri. Kalau orang lain boleh buat, mengapa saya tidak boleh. Walaupun saya buta, saya tidak mahu jadikan ia asalan kerana ia akan membuatkan kita menjadi kecewa. Jadi, saya kuatkan semangat lakukan apa sahaja yang diingini.
        “Orang kata, orang buta tidak boleh naik basikal. Saya boleh naik, dan kayuh sampai ke pekan Baling. Tiada rahsia, cuma saya yang mengayuh manakala anak saya  mengawal steering. Jadi, saya tetap boleh naik basikal dan merasai kenikmatan mengayuh basikal,” katanya.
        Katanya, bukan sahaja orang buta, tetapi sesiapa sahaja yang mengalami kecacatan fizikal tidak perlu berasa rendah diri dan perlu bangkit meneruskan kehidupan.
        “Allah itu maha kaya, setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Perasaan malu dan takut adalah benteng yang perlu dibuang. Sekiranya benteng ini dipecahkan, saya yakin, kita akan dapat menikmati sesuatu yang baru,” katanya.
        credit to : BalingToday
        ----------------------------------------------------------------------------------------------------
        Seronok berkawan dengan Dj pen(Azman) sebab dia seorang yang happening dan suka buat lawak.Kami(Peminat2 dan Semua Dj FortuneFM) selalu berinteraksi antara satu sama lain di Skype FortuneFM.
        Kalau ada sesiapa yang mahu dengar dj Pen(Azman) menDJ sila ke FortuneFM (:

        December 18, 2011

        Budak Si Hantu Durian


        Sekarang musim durian ke?erkk..banyak betul durian yang dijual.Kalau nak cerita pasal durian, tehaa bukan hantu kepada buah ini.Adik tehaa yang paling bongsu, dia memang Ketua hantu segala hantu durian.HAHA :D

        Baru 3hari lepas, ayah tehaa bawa balik 4biji durian sebelum balik ke kampung.Tadi dalam perjalanan pulang ke rumah, dia pujuk rayu ayah tehaa supaya beli durian lagI.Pada mulanya ayah tehaa malas nak layan, sebab asyik durian sahaja.

        Akhirnya ayah tehaa beli juga.Sampai kedai itu, ayah tehaa dan dia turun sekali.Sesudah beli, tehaa ingat beli dalam 4biji sahaja.Rupa-rupanya sampai 6biji Durian.Walaweih..mahu nak muntah tehaa dibuatnya.

        Tehaa paling tak suka bau durian, perhh.. Macam apa je bau durian tu! 

        Sampai rumah sahaja dia suruh ayah tehaa bukakan durian dan di pun melatak durian itu dengan family yang lain.




        Tengoklah bukan main lagi dia kalau dapat durian, tak tahu nak cakap apa.Layan sahaja larh.hihi (; 


        Kalau BELI INI, lagi TERBAIK daripada durian.HAHA :D