July 26, 2012

Ini cerita MEDICAL CHECK UP ;|



Hai..
Gambar di atas, tiada kena mengena hanya rekaan semata-mata di ambil dari pakcik google  ;D Ada cerita yang menarik yang tehaa nak story dekat anda semua *Berdasarkan pengalaman.

Disebabkan tehaa akan masuk @UNiSEL hari sabtu ini(28/07/2012) so tehaa kena rush buat medical check up, isi and sediakan borang-borang yang diperlukan pada hari pendaftaran. #Alhamdullilah, borang-borang sudah siap diisi dan disediakan.


Now tehaa nak cerita pengalaman pertama buat medical check up!

Hari Selasa(24/07/2012), 
Tehaa pergi Klinik Kerajaan, masuk je.. tehaa terus tanya "boleh buat medical check up tak?" then dia kata boleh, dia tengok borang and suruh bayar RM20. Oklah kan? kalau swasta rasanya lebih mahal. Tehaa sampai sana pada jam 10.30AM dan nombor giliran tehaa 1145<-- Ingat lagi :) Medical check up yang tehaa buat : 
  1. Mata.
  2. Ujian air kencing.
  3. Berat, tinggi,gula dalam badan, nadi dan tekanan darah.
  4. X-ray.
  5. Jumpa doktor.
Semuanya habis jam 12:30PM... malangnya, ujian air kencing kotor*malu siot*. Doktor kata mungkin sebab berpuasa, air masak kurang.<--memang pun! dan kena datang balik hari Khamis(26/07/2012) untuk buat Ujian air kencing semula.


Hari Khamis(26/07/2012),
Disebabkan tehaa ada hal pada tengahhari sehingga petang, tehaa terpaksa pergi klinik seawal jam 8.30AM, walaupun buat ujian air kencing sahaja, LAMANYA! sempat tehaa tengok ada pakcik mengamuk bila keluar bilik doktor #entahpasalapa keluar-2 dari bilik doktor tolak meja! TAPI #Alhamdullilah semuanya ok! :)

Tehaa nak pesan dengan anda semua, kencing kotor memang BAHAYA.. takut effect dengan buah pinggang! Sebab lepas tehaa tahu air kencing tehaa kotor, tehaa search kat pakcik google memang ramai yang cakap macam itu.Sebab itu tehaa kongsi ini, tanpa ragu walapun malu sikit :P

Ayah tehaa pesan sebelum nak gi check air kencing tu.. minum air masak banyak-banyak, Ya Allah.. naik kembung perut ini.Rasanya lebih 8gelas/hari~

Ibu tehaa kata minum air bali.. so tehaa terpaksa MINUM AIR BARLI dan AIR MASAK sebanyak-banyaknya untuk hadapi hari Khamis itu.Tapi hasilnya.. #Alhamdullilah

Oklah.Dah panjang sangat ni :)

P/s: Sebelum gi buat Ujian Air Kencing, kena minum banyak-banyak air putih ini.. hehe :)D

17 comments:

kindergartenlibrary said...

ala , biasala . nak baik kan ? :)

Cik T said...

@Nelly The Strangetakde sape xnk baik, so kerna terpksa :)

Unknown said...

Teringat pulak masa buat medical check up dulu, ehehe. ;)

Cik T said...

@KechikumAhehe :) selamat mengingati semula :)

jal said...

hahah sama lah Jal pon semalam buat medical checkup doktor kata nampak sngat kurang minum air masak hahaha buat malu seyh

Cik T said...

@jal malu kan? hehe :)

IntaNBerliaN said...

as salam..

nama teeha, Nurul Fahtehaa kan?
akak dah terima emel teeha...

tp insyaAllah ari selasa ni akak pos yer.. sbb skrg ni akak kat kg, opah akak meninggal..

nanti dah pos akak inform teeha yer..

Cik T said...

@IntaNBerliaNOk kak :) tq~

Momo said...

pernah kene marah dengan nurse tanpa sebab time medic check up..macam bangang je..huhu..

Amirah. said...

oh mcm tu . hehe thanks share info berguna . hek

Cik T said...

@Momouik? kena marah tnpa sbb , pelik tu~

Cik T said...

@Princess Syazliyanasama2 :)

aswadz said...

kena minum air byk sket. tp jgn minum air paip lak time mandi. hahaha...

Cik T said...

@aswadzhaha :) xkn la air mndi ~

Anonymous said...

I give rise to look on behalf of such a article on behalf of a sustained era, credit a percentage.

♥★ * m!L0 * ★♥ said...

medical check up paling best. heee. farah click semua iklan tehaa sebab farah tak sempat join tehaa punya segmen

Syazhr said...

Air kencing kotor ? Ada eh ?