July 16, 2012

Diperlakukan sebegitu :\


Hai..


Tehaa harap semua sihat-sihat ye? Hari ini agak quiet busy, tapi still boleh update entri. Disebabkan semalam tak dapat update entri, tehaa curi-curi masa untuk update waktu ini.

Beberapa hari lepas, semua orang tahu keputusan kemasukkan ke IPTA telah di umumkan tetapi tehaa tidak dapat masuk mana-mana IPTA, memang sangat sedih! Dalam masa yang sama tehaa ada dapat tawaran sambung belajar di IPTS.

Tapi macam ada yang tak merestui tehaa pergi IPTS, ermmm ~

Memanglah tehaa akan rugi umur kalau sambung DIP balik, sebab tehaa tak dapat nak sambung DEG macam nak buat.Menyesal pun tak guna! Selalu tehaa pujuk hati tehaa supaya jangan terpengaruh.

Yela, tehaa manusia juga. 
Tehaa mestilah terasa, kadang-kadang bila tak boleh tahan.. tehaa akan menangis sendiri.Walaupun kadang-kadang apa yang orang kata itu benar belaka. 

Tehaa tetap akan menangis. Menangis kerana sedih bila apa yang tehaa semua tak boleh pakai, apa kata kalau nak bagitahu sesuatu bagitahu cara elok.. takde lah terasa sangat kan?Ini tidak, cakap kuat-kuat biar semua orang dengar.Tehaa tak suka :'(

Ok2. Enough! tak mahu cerita sedih-sedih lagi..hehe :)

Btw, jom follow @TehaaNFM kat twitter.Tehaa suka lepak situ :)
Da follow tak mahu sombong-sombong tau! tehaa akan balas semua tweet anda, Insyaallah :D

Ok bye, jumpa di twitter.