July 17, 2012

Tengok Anak Bulan





Tarikh dan tempat tengok anak bulan puasa 19 Julai 2012

Kenyataan rasmi dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,memaklumkan bahawa tarikh dan lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan pada hari Khamis ini
Dalam pada itu sebanyak 30 lokasi di seluruh negara sudah ditetapkan bagi tujuan pencerapan tersebut antaranya seperti senarai dibawah;

Lokasi untuk melihat anak bulan Ramadhan 1433 di Malaysia 19 Julai 2012

Johor
Pontian Kecil

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
Teluk Kemang, Port Dickson

Selangor
Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor

Perak
Pantai Pasir Panjang, Manjong

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar

Terengganu
Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan
Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu

Pahang
Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan

Perlis
Kuala Sungai Baru

W.P Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

W.P Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu

Sabah
Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah

Dalam perkembangan lain,majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

Seterusnya penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang akan disiarkan menerusi radio dan televisyen...

6 comments:

Cik Rongoks said...

yeah..dh tak lama nk puasa ^^

TehaaNFM said...

@Cik Rongoksyeah!! hehehe :)

Trah Zain said...

wah, esok dah tgk anak bulan? xsabar nya nak pose.. n
n__n

TehaaNFM said...

@Trah ZainTak sabar kan? hehehe :)

♥★ * m!L0 * ★♥ said...

mcm nk join je g tengok anak bulan. hihi. tak sabarnya nk puasa :D nk tarawih.

Princess Syazliyana said...

selamat berpuasa tehaa :)