March 12, 2017

TRAVEL 2017 #getawayfhtaa



Hai
Assalamualaikum semua..

Topik harini agak menariklah, senarai negara dan negeri yang SisT travel untuk tahun 2017 ini.Nak share serba sedikit macam SisT atur semuanya. 

Tahun lepas seperti semua tahu (kalau baca blog SisT lahh) SisT ke Korea bersama kawan Diploma  SisT, then balik dari Korea SisT travel to Cameron Highlands pulak bersama rakan-rakan office pula :)

So kiranya tahun lepas, SisT pergi tempat yang berdingin sejuk lah kan? Berbeza dengan tahun ni.. SisT pergi tempat yang agak panas HAHAHAHA 😂 tempat yang orang pergi nak sunburn kan diri lah katanya 😝 SisT pergi Pulau. Yess!! Pulau 🏝 

Pulau mana?

2/3/2017 haritu SisT flight dari KLIA 2 ke Krabi 🛫
Yessss.. it's Krabi guys! Best gila weiii. SisT memang nak repeat lah pergi sini. Seronok gila. Sebab SisT dekat Krabi tak lama pun. 2 hari je. 2/3 sampai 3/3 lepas tu 4/3 pepagi buta dah gi airport Krabi, flight ke Bangkok. So memang 2 hari tu, hanya dapat sekali je berjalan naik boat.. itu pun kami decide to go 4 island trip. Tapi memang best 👍🏼 

Puasss sangat! Walaupun takdapat nak cover semua pelusuk Krabi tu kan.. its okay. I will repeat soon ☺️ Then flight ke Bangkok, dekat Bangkok kami ada kat sana sampai 6/3 memang lama gak la.. berjalan jela. Sebab kami tak amik tourist guide pakai redah je. So agak susah untuk cari makan dan transport. Eh tapi jangan risau transport dia kami guna BTS lajuuu 👍🏼 MRT dia pun sama laju, so mmg elok bebeno cuma dari hotel kami jalan agak jauh gak la. Eh takde lah jauh sangat.. okay2 je 😅

Next pulau?

Dalam Malaysia lah ofcourse 😍
SisT takmampu weii kalau setahun keluar Malaysia je.. HAHAHAHA dengan kewangan yang agak tak seberapa sihat ini kan? Sedih je rasa. Kemana? Pulau tu ada kat Terengganu ☺️
Cuba teka pulau apa yang SisT akan jelajah? HAHAHAHA sebab yang dalam Malaysia ini, SisT belum sampai ke sana lagi walaupun tiket semua dah settle.. rasanya better takyah inform dalam ini dulu. Bila dah balik nanti SisT cerita semuanya okay 👌🏼

Bajet ke KL-Krabi-Bangkok-KL dan Ke pulau di Terengganu tu.

Still counting days to Next Trip ☺️ 

Xoxo,
SisT

January 9, 2017

HAPPY NEW YEAR 2017!




Hai.

Assalammualaikum...


Hah nampak baru nak wish tahun baru.. hahahaha padahal dah berapa minggu masuk tahun baru ini. Maaflah, Bukan busy, Tapi sebab blog ini, ada problem sikit so memang takde mood nak update apa-apa di samping kemalasan melampau. huh! itu jujur. HAHAHAHA



APA AZAM TAHUN BARU?

Sama macam tahun lepas ke? Jangan lah begitu. 


So sempena tahun baru ini kan? Nak buat perubahan sikit lah untuk blog ini. SisT is my username for semua post yang akan ditaip. So means lepas ini, takyah taip panjang-panjang nama i.. taip Sis T je. Okay? DEAL!

Apa rancangan SisT untuk tahun ini (2017)?

 (1) Travel!

       Yesss! travel itu penting... Kemana SisT pergi tahun ini? Itu biarlah rahsia buat sementara waktu. SisT going flow je sampai lah tarikh nak travel itu.. wahh seronoknya! taksabar nak bercuti *joget* Penatlah asyik kerja je kan? travel ini, adalah one of my rewards for my self.. so taksalah kan?

(2) Positive person
     Inshaallah untuk tahun ini, SisT cuba berpandangan positif dengan setiap apa yang terjadi.. Semoga SisT sentiasa kuat dan tabah untuk hadapi semua dugaan dan di permudahkan untuk menjadi lebih baik ke arah kebaikan. Doakan ye? Aminn.. Inshaallah.

(3) Cari Seseorang.
     Disebabkan pada tahun 2017 ini, SisT sudah 25tahun.. SisT berharaplah sangat dapat menamatkan zaman bujang ini secepat mungkin, walaupun sekarang memang SisT takde sesiapa yang istimewa. *sedih* HAHAHAHA 

 (4) Aktif blogging.
      HAH! ini tiap tahun berazam, sejak mula kerja dulu. Tapi disebabkan kepenatan melampau selalu SisT lupakan hasrat untuk membuat post terbaru dan akhirnya blog kembali usang. Kalau tengok kat sidebar bahagian flasback, 2016 adalah paling malas update blog. Maafkan SisT, inshaallah SisT CUBA TERBAIK untuk update blog ini. Okay?

Lamanya tak update blog sepanjang cerita harini.
Nanti ada masa, kita cerita lagi ye? esok SisT kerja hooiiii.. cuti dua hari takcukup lah. Penat takhabis hilang lagi. HAHAHAHAHA

Oklah. Bye.

xoxo,
SisT