jom ! duduk sini , hari nie tehaa nak cerita tentang
BANTAL BUSUK ~!
actually , nie yang tehaa nampak !
kanak-2 dikeliling tehaa (saudaramara)
ADA bantal busuk ,
and tehaa pun ada . erkkk ~
MALU nye,,,,,, TAPII ,
tabiat nie ok kerw atau xelok?
PUNCA:
* Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak
dari Institut Pendidikan Universiti Islam
Antarabangsa,
Dr. Mastura Badzis berkata tingkah laku yang
bergantung kepada sesuatu benda
dan tidak mahu berenggang dengannya
dipanggil clinging behaviour ,
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja,
sesetengah
kanak-kanak menjadikan ssuatu objek selesa mereka.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah
dan berlaku kepada kanak-kanak
yang kurang stimulasi
dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan
diri mereka.
perlakuan menggentel bantal
atau kain ini
seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan kpd mreka.
Dek keasyikan menggentel bantal tadi
membuatkan mata mereka mudah terlelap ia
berulang-ulang
sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
SELAMAT :
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung
kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of
secure).
mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu
akan muncul kembali
dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang
menjadi peneman mereka.
sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau
dengan tabiat
mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat
sementara.
ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini
ketika umur mereka mencecah tiga tahun.
JIKA dibiarkan
perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
BANTAL BUSUK HINGGA DEWASA:
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini
disebabkan ibu
bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak
yang mahukan bantal busuk
sentiasa ada bersama.
SO , moral of the story ,
tett !! tett !! tett!! :)
TEPUK DADA , TANYA SELERA ~
p/s : koang ada bantal busuk x? HEHE ~
credit by : some1
tenkiubyebye , goodbye :)
No comments:
Post a Comment