August 23, 2015

CONVOCATION PART 1: SAVE-A-DATE


Assalammualaikum.. hye? 

Haritu tehaa ada cerita pengalaman "PENGALAMAN SEMASA DIPLOMA" thats means as student, right? So harini tehaa dan seterusnya tehaa akan update proses sepanjang nak ke CONVOCATION DAYS *claps* *prouds* 
                           
                         
KONVOKESYEN? SERIOUSLY... seronoknya! dah nak konvo cepat sangat masa berlalu. Atas ini adalah konvokesyen tehaa akan hadir, tarikh seperti tertera 24-26 Oktober 2015. Tehaa dapat tahu pun minggu lepas, sebabnya tiba-tiba ada group whatsapp "KONVOSYEN KE-10" *jumping* *jumping*

So sekarang dah bulan 8. Convocation will be held on month of October. Kalau nak ditambah tolak bahagi darab ada lagi 1 bulan je.. sebabnya bulan 8, ada lagi seminggu sahaja.  Konvo memang tak berlangsung awal bulan 10 ianya pada akhir bulan 10. Tapi baju, kasut, nak bayar yuran konvo, nak ambik jubah.. 

its takes time! seriously. please jangan sesekali ambil sambil lewa tentang hal begini. nanti kelam kabut masa hari kejadian. Orang kata sediakan pajung sebelum hujan. Duit semua kena simpan untuk konvo. Janganlah berjoli sakan sampai nanti satu tahap nak bayar yuran konvo pun takde. takdapat konvo. 

Date itu tehaa memang dah pesan awal-awal kat parents tehaa, "ayah, ibu.. jangan pergi mana-mana 24 sampai 26 oktober 2015 ini along konvo" kena bagitahu awal-awal. nanti takut tak dapat cuti. Kira macam "SAVE A DATE" lahh ala-ala nak buat kenduri besar-besar. ehem. belum ada lagi nak buat majlis. hahaha 

You know what? Tehaa akan berusaha juga untuk update proses konvo ini.. cuma tehaa belum confirm nak cerita straight-A-to-Z dalam satu entri atau satu entri untuk satu proses. Itu belum decide lagi. So tunggu ~~

Bye :D

August 5, 2015

PENGALAMAN DIPLOMA

Hai, Assalammualaikum..

30 minute lagi. Ok! Saja cuba update blog around 30min dalam masa office break. Mana tahu menjadi.. bolehlah update 2 entri satu hari. *berangan*

Pengalaman sambung belajar(diploma)?
Tetiba nak kongsi macam kisah tehaa sambung belajar ini. Semua tahu, yang tehaa sambung belajar di UNISEL Shah Alam. Well known! Now saya sekarang EX-STUDENT for UNISEL SHAH ALAM *proud* *clap*  seronok tak? Mesti lah sangat seronok.. ada kawan baru. Hehehe.


Ok! Sekarang bukan cerita pasal kawan. Nak share macam mana tehaa harungi selama 2 tahun setengah bulan. Masa tehaa daftar diri,  pada bulan July.. jadi first semester tehaa adalah semester panjang. Selama 2 tahun setengah bulan tehaa ada 6 semester panjang dan 2 semester pendek. Seronok. 

Nak masuk satu semester ke satu semester. Tapi kebiasaannya korang akan rasa perit dengan 4 perkara :
(1) dateline assignment
(2) Quiz 
(3) Test
(4) Duit


Wahh! Mungkin ada penambahan lain.. tapi bagi tehaa 4 perkara atas memang perjuagaan dia habis-habisan.. stress setiap kali. Dah lah duduk rumah sewa. Bayangkanlah macamne nak study.. kalau asyik terfikir duit. Kan? Hahaha. Tapi orang pernah kata.. jangan kata kita takde duit sebab kata itu satu doa. Bayangkan kalau betul-betul takde duit.. tak ke lagi stress dibuatnya kan?

Kalau bab dateline assignment tu pandai2 lah.. janganlah buat kerja last minute kan? Lagi susah kan.. test dan quiz kebiasaanya memang mengejut! Pandailah nak hidup.. hahahaha

Faham-faham sahaja lah kan?

Cukuplah rasanya cerita bab ini. Ada apa-apa nak tanya.. boleh sahaja tanya. Saya ok. Hehe. Bye.