June 28, 2014

MACAM MANA NAK BERHUBUNG?


Hi, Assalammualaikum..

Amboi susah sangat kan nak tengok tehaa update entri. 1 week 1 entri, perhh.. sudah cukup sudah sikap ini. arhh.. silalah pergi jauh-jauh sikap malas ini. Buka blog, tapi bila dah buka untuk taip entri... *lost*

Then hold dulu.. biar sahaja terbuka. Manalah tahu tetiba ada terdetik rasa rajin nak menaip. Hah! hampeh.. semuanya palsu belaka *tension*

Tehaa memang boleh dikatakan dalam seminggu mungkin hanya 2/3hari sahaja tidak buka laptop. Hari lain pasti buka laptop, sebab nak tengok email.. siapkan assignment. Kalau takbuka itu, maksudnya memang penat betul lah kan. hahaha

So, blog pun tehaa akan buka juga.. sebab nak login email gmail. Then bila buka, ada komen. Tehaa akan terjah satu-persatu blog korang.. Janganlah korang ingat tehaa, tak balas pun komen. Publish je. 

Hah! please buang jauh-jauh persepi itu. Tehaa memang tak balas. tapi tehaa akan klik nama korang then lepak dan tengok entri korang. "kalau" rajin tehaa komen "kalau" takrajin.. tehaa dah habis baca then follow\.

Korang datang blog tehaa, then confirm tehaa datang balik blog korang. Orang kata apa "GIVE AND TAKE" kan? So Lepas ini, jangan risau kalau tehaa tak balas komen korang. Kalau korang komen contohnya "PERTANYAAN" atau "BUAT TEMPAHAN" atau "MINTA SPONSOR", tehaa akan balas. 

Tapi kalau nak lebih senang terus je Email atau Private Message di Facebook/FanPages atau Twitter. Mana nak dapat link-link itu? Dekat bahagian tepi blog (sidebar) tehaa dah letak semuanya.

Oklah. see you next post.bye
 photo signature_zpsda3435b3.png

June 22, 2014

MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU


Hai, Assalamualaikum...

*GAMBAR DIATAS DITEMUI DI LAMAN MR. GOOGLE*

PERHATIAN! ENTRI INI PENUH DENGAN GAMBAR, TERIMA KASIH :D
Sebelum apa-apa, tehaa bagi amaran dahuLu. Yelah, nanti ada pula yang komen "amboi tehaa, gambar saja penuh dan bla bla bla..........." *malaslayan*

Sedia maklum, minggu lepas tehaa ke Terengganu, tehaa ada singgah ke luangkan 1jam sebelum ayah terpaksa kerja balik di MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU ini. Yes! memang cantik.. seriously!!

Taknak cerita panjang, korang tengok sendiri beberapa gambar yang tehaa dan adik tehaa tangkapkan sebagai kenangan kami disana...
























Huh! memang banyak lagi gambar pemandangan dari luar. Masa tehaa masuk dalam masjid, dia ada letak tali merahputih. dia renovate apa taktahu lah.. tapi memang cantik sangat! Tehaa teruja sangat. Korang yang tak pernah pergi, memang patut pergi. 


Lagi satu, ada satu tempat..Nama tempat itu "TAMAN TAMADUN ISLAM" tapi kalau nak masuk kena bayar. Berapa RM? itu tidak pasti, tapi ayah tehaa cakap dalam RM20 untuk dewasa. kalau nak jalan dalam itu, boleh sewa basikal atau naik bas ala-ala keretapi.  Korang pergi google TAMAN TAMADUN ISLAM, KUALA TERENGGANU. 



Seronoklah kat situ, tapi sayangnya.. tehaa tak dapat masuk situ, sebab ayah dah nak hantar pemain bola ke stadium. Minggu lepas kan, Selangor PKNS lawan T-TEAM, sebab tehaa ke Terengganu pun sebab jadi penonton :D


Oklah.see you next post. bye!
 photo signature_zpsda3435b3.png