April 27, 2015

WEEKEND TANPA TV.


Hai, Assalammualaikum..

Apa pula tehaa ini, cerita pasal weekend.. masa semua orang tengah mood Monday Blues. Hahaha... Ok! Ini cerita throwback lah.. weekend lepas. 

BOSAN kot! 
Astro takboleh on langsung. Stress. Sebenarnya memang dah kena hari khamis lepas. Lepas Itu terus call astro. Operator tu mula-mula bagi instruction, kot-kot boleh betulkan sendiri sambil dengar arahan. Tapi takboleh juga. So kena tunggu untuk buka report. biasalah lepas itu kena tunggu 24hours technician datang rumah check atau betulkan apa yang rosak. Satu hari khamis itu memang tak tengok tv la -.-'

Lepas solat jumaat, technician datang rumah. Betulkan. Dia betulkan wayar satelit belakang dekoder, ala yang warna putih.. wayar itu tebal sikit. Lepas dia betulkan. elok! Wahh! Seronoknyaa.. malam boleh tengok Running Man. Fast Five. 

Hari sabtu pagi, nak buka tv.. tetiba on astro. Tak boleh! Duhai... jangan lah. Off kan balik suis. On balik. Sama sahaja. Then aku call astro balik. Ulang balik benda sama. Atlast dia cakap report lama tak tutup lagi. So nak buka report baru mmg lambat sangat. 

Thats means SABTU AHAD. memang takdelah tv.  Dan tersangatlah bosan. In fact, whole family tehaa memang duduk dalam bilik sahaja lah. Ayah ibu tehaa layan game and movie dalam hp masing-masing. Tehaa dan adik beradik lain sama lah. Yang dua orang takde handphone tu, buka laptop layan movie.

nasib tehaa memang jenis simpan movie dalam hp. Movie yang tehaa selalu repeat tengok lah. Dan takpernah bosan.

           

Ini antara movie dalam handphone tehaa. Memang berulanglah movie ini selama 2 hari berturut-turut. Hahaha. But now, astro dah ok. technician kata kena thunderstrom. Yelah lately kan hujan ribut kan..

Oklah. Sekian. Bye :*

April 19, 2015

IBU SEHARI.

hai, assalammualaikum semua..

Happy weekend!! :)

Harini nak ber-throwback sikit. tentang apa? Tentang semalam.. semalam tehaa jadi ibu sehari *tepuk tangan* wahh! Penatnya.. confirm. Baru tahu kan betapa susahnya.

Sebenarnya, tehaa bawa adik tehaa jalan-jalan. Pergi tengok wayang. Haritu dah berjanji so kena lah tunaikan.. nanti tak bawa asyik minta je. Huh! Malas dengar bising. 

kononnya nak pergi the whole family, ayah ibu adik2.. ayah terpaksa bawa ibu dengan makcik pergi tengok nenek saudara tehaa yang sakit kat Lumut. So, tehaa keluar dengan adik-adik sahaja lah.. 

Semalam tengok cerita HOME. meh! sini tehaa cerita dari mula. Sebelum tehaa pergi confirm tengok ada lagi ke tidak cerita HOME itu, sebab dah lama kan..  
takut dah takde pulak cerita itu.  

Sampai situ, sekali tengok ernm.. movie pukul 11:20am dan 5:40pm. Tengok jam 11:40am... whatthe *menangis* adik-adik nak tengok juga cerita HOME. Then tehaa kata beli tapi balik dulu dalam pukul 4pm, kita datang balik. Diorang taknak pula itu -.-" 

So, jadi stay kat mall sampai pukul 5:40pm. Korang rasa? Memang macam hado lah merayau satu mall dari pukil 11:40pm sampai 5pm. Memula lepak kat Popular, lepas jalan-jalan tengok live MMA kat hall Mall itu. Lepas itu, pergi masuk surau untuk solat Zohor dan asar. Ok! Masa itu dah pukul 3:50pm, stay je kat surau sementara tunggu asar. kan? Then akhirnya jam menunjukkan 5:15pm setelah penat menunggu. 

5:30pm baru nak beli popcorn. Masuk wayang. Habis wayang. terus balik. Huh! Penat sangat rasanya.. betapa bangga boleh duduk beberapa jam kat mall. Hahaha

Oklah. Untuk rating cerita HOME tehaa 4/5 star. tak rugi kalau korang pergi dengan adik-adik or anak-anak or anak-anak buah.. tak kisah pergi dengan siapa pun.. memang seronok la. Gelak paling besar bila boov menari. Hah? Taktau kan siapa boov? Pergilah tengok. Hehehe .

Oklah. Sekian, bye.