January 3, 2013

Jurugambar maut, rakam gambar kereta Ferrari Justin Bieber


Mesti semua orang terkejut kan? itulah yang terjadi di Los Angeles.. Jom baca kisah selanjutnya~

BUNGA diletakkan di tepi lebuh raya dekat Los Angeles, hari ini yang juga lokasi yang mengorbankan seorang jurugambar ketika cuba mengambil gambar Ferrari milik Justin Bieber.

BUNGA diletakkan di tepi lebuh raya dekat Los Angeles, hari ini yang juga lokasi yang mengorbankan seorang jurugambar ketika cuba mengambil gambar Ferrari milik Justin Bieber.

----------------------------------

LOS ANGELES: Seorang jurugambar maut ketika cuba mengambil gambar kereta Ferrari milik bintang pop Amerika Syarikat (AS), Justin Bieber di lebuh raya di sini, semalam.

Ketika kejadian, Bieber tiada di dalam kereta berkenaan. Namun jurugambar yang berusia 29 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital sejurus selepas kejadian bagaimanapun tidak diumumkan. 

“Semoga tragedi ini akan membuka mata untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan langkah lain yang perlu diambil bagi melindungi nyawa dan keselamatan selebriti, pegawai polis, orang awam yang tidak berdosa serta jurugambar itu sendiri,” kata Bieber dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Muzik Island Def Jam.

Pihak berkuasa berkata, seorang rakan Bieber berada di belakang kereta Ferrari terbabit ketika pegawai Peronda Lebuh Raya California menahannya kerana memandu laju.

“Jurugambar berkenaan kebetulan berada di atas pagar untuk merakam gambar keadaan trafik ketika itu dan dia dilanggar ketika berlari menyeberangi lebuh raya berkenaan untuk ke keretanya semula,” katanya. - AP

----------------------------------------

hah! 
lain kali kita semua kena berhati-hati di jalan.. sama ada perjalan kaki mahupun pemandu.
Jangan terlebih "EXCITED" sangat ye?   Ingatlah orang tersayang <--- ceihhh :]

sumber : Berita Harian