Hai semua,
Hah! Rajin tehaa update hari ini kan?! *masuk bakul, angkat sendiri* hahahaha..
Ok, hari ini tehaa nak cerita tentang "OBSES" , hah! Bukan OBES tau.. "Obses" ini bagi tehaa dikaitkan dengan sesuatu. Tak kiralah orang atau benda.... ada setengah orang memang susah nak hilangkan penyakit "OBSES" ini.
*boleh di kategorikan sebagai penyakit juga rasanya..hehehe
Pada mulanya, tehaa rasa... tehaa bukanlah seorang yang terlalu suka sehingga menjadi "OBSES", tapi sebenarnya tehaa adalah salah satu dalam golongan orang yang "OBSES" dengan barang..
Macam mana tehaa boleh perasan , baca situasi bawah ini ;
Bulan Lepas, Tehaa baru sahaja beli beg berharga RM25 sahaja..hehehe, dan semalam tehaa pergi Shopping Mall dengan ibu, dan nampak beg berharga RM 25 juga.....
Tehaa : wahhh! Murahnya, nk belilah!
Ibu : Kau ini, asyik bila beg je! Nanti ayah marah.. baik beli kasut.
Tehaa : Yela.. next month beli beg pulak! *pujuk diri*
Jalan2 tengok kasut, ada kasut RM25 sama harga beg dan CANTIK!
Tehaa : ala, ibu mahal lah kasut ini, tgk tmpt lain.
Jalan tmpt lain, sama juga.. last2 tak beli. -The End-
Berdasarkan situasi di atas, tehaa rasa tehaa sedang obses dengan barang bernama beg terutama handbag.
Korang pulak, macam mana? Ada obses?