May 7, 2013

Pendidikan Percuma | UNISEL

Hai semua?

Entri pagi ini agak menarik kan? Tau tak pe..

Tehaa sebagai salah seorang student UNISEL sangat gembira sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada UNISEL ;D

Artikel kat bawah ini, di ambil dari Middle Voice.. ok! Tak nampak kan? Tehaa bagi link terus, klik ni --> Middle Voice ..

Ayat terakhir artikel Middle Voice adalah :

#Pendidikan percuma adalah hak mahasiswa UNISEL, Tunaikan janji manismu

Selamat membaca! ;D

May 4, 2013

Gwiyomi/Kiyomi | Artis Malaysia


Hai semua,

ehem! entri hari ini khas buat peminat Gwiyomi :)

Ada yang tak tahu lagi apa maksud Gwiyomi, 
hah! Gwiyomi/kiyomi bermaksud COMEL!

So, siapa yang buat gwiyomi ini comel lah ye? hehehe... 

OK! taknak taip pajang-panjang, nanti mood anda hilang.. nak tengok video yang comel-comel ini :)

Di bawah ini, senarai artis yang buat Gwiyomi.. 
dalam 3 buah video di bawah, memang comel lah mereka semua :)
 
  1.  Nora Danish 
  2.  Wawa Zainal
  3.  Nazim Othman
  4.  Elfira Loy
  5.  Ezlisa Loy
  6.  Azhar Sulaiman
  7.  Dafi
  8.  Zoey Rahman
  9.  Hairul Azreen
  10.  Abon
  11.  Faizal Bin Ismail
  12.  Adira
  13.  Datuk Siti Nurhaliza






SELAMAT MENONTON!!
BYE~

May 3, 2013

Oggy & The Cockroaches

Kalau tadi cerita Dora, The Explorer... sekarang nak cerita pasal Oggy & The Cockroaches pula.

Amboi pagi-pagi aktif pula, menulis kan? Hehehe...

Apa yang menarik cerita ini? - ENTAH!

Sebabnya dari tehaa kecil sehingga sekarang, cerita ini tetap menjadi pujaan.. hahaha ;D

Tapi serius, family tehaa semua melayan cerita ini. Dulu cerita ini dengan Tom&Jerry.. memang syok gila!

Tapi tehaa membesar dengan cerita Tom&Jerry dulu, baru cerita Oggy & The Cockroaches..

Ibu tehaa cakap si Cockroaches yang jahat, sebab asyik kacau Oggy dan kawannya, Jack..

Tapi bagi tehaa, sama-sama jahat, kadang-kadang Oggy kacau Cockroaches itu dan sebaliknya..

Best, memang best kalau tengok, tengoklah.. hehehe

Oklah, bye :)

Dora, The Explorer

Hai semua,

Pagi-pagi ini layan cerita cartoon lah kan? hehehe, sambil-sambil masak kat dapur.,

Siapa tak pernah tengok cerita "Dora, The Explorer" ? Hah! ada ke, yang tak pernah tengok... hehe

Bagi tehaa , cerita ini sangat friendly. Knp?

kalau pernah tengok, mesti ada time.. dia ajak juga kita join.. contohnya :

Dora : Untuk teruskan perjalanan, kita mesti melompat.. mari sama-sama jerit 'jump!'

*TV pun senyap*

kan? Friendly kan? Hehehe..

Kalau yang tak pernah tengok pergi search kat Youtube. Mesti jumpa :)

Sampai Disini, Bye :)

May 1, 2013

Driving Alone


Hai semua,

Wah!! 'driving alone' , tau?! nak tahu ceritanya bagaimana? marilah baca, hehehe.... macam iklan tak?

ok, jom teruskan!
Tadi kami sekeluarga baru balik berjalan-jalan.. semasa dalam perjalanan, ayah bertanya :

Ayah : along, kau punya lesen P tamat bulan berapa? 

Tehaa : Bulan 9

*actually, tehaa ambil lesen kereta dan motor.. tetapi nak dijadikan cerita, tehaa tak teruskan lesen kereta, sebab takut! -.-'

Ayah : kalau bulan 9, kau kena ambil lesen dengan bini kawan ayah.

Tehaa : Ok! no problem :)

 -----------------------------------------------------

Tapi kami tak terus ke rumah, kami berhenti di tempat kerja ayah untuk solat maghrib. Disebabkan saya berada dalam "bulan mengambang" saya terpaksa duduk di dalam kereta dan menjaga adik-adik...

tetiba............................
Ayah : "along, nak bawa , bawalah! slow-slow!"

What?????!!

tapi ayah nak pergi sembahyang, so that's mean tehaa drive seorang diri dengan adik-adik di belakang TANPA ayah di sebelah!!

Dubdapdubdap , jantung!

*dalam hati* 
- Boleh ke aku bawa seorang-seorang?
- Boleh ke jalan kereta ini?
- Macam mana kalau enjin ini termati sendiri?
- Macam mana tetiba terlaju?

aku pun tersedar! "aihhhh! sampai bila nak takut! aku boleh! AKU BOLEH!!!"

then terus,
turunkan handbreak, tekan clutch, masuk gear, tekan minyak dan jalan :D

Ya Allah, kereta ini berjalan! setelah 2, 3x pusing.. bestnya dapat kereta sendiri :) *tetiba*
hope nanti nak ambil lesen, takde lagi perasaan takut gementar semuanya ! aminnn~

*fyi , kereta ayah tehaa adalah kereta Toyota Unser , bukan kereta kecil macam viva or kancil yang di bawa semasa latihan memandu.. Kereta besar tu yang buat takut! -.-"

Tapi makcik tehaa kata 
"Kalau belajar kereta besar, bila bawa kereta kecil.. takde masalah!"
APA PENDAPAT anda dengan penyataan diatas? setuju atau tidak?!

ok, sampai sini sahaja... bye!