May 1, 2013

Driving Alone


Hai semua,

Wah!! 'driving alone' , tau?! nak tahu ceritanya bagaimana? marilah baca, hehehe.... macam iklan tak?

ok, jom teruskan!
Tadi kami sekeluarga baru balik berjalan-jalan.. semasa dalam perjalanan, ayah bertanya :

Ayah : along, kau punya lesen P tamat bulan berapa? 

Tehaa : Bulan 9

*actually, tehaa ambil lesen kereta dan motor.. tetapi nak dijadikan cerita, tehaa tak teruskan lesen kereta, sebab takut! -.-'

Ayah : kalau bulan 9, kau kena ambil lesen dengan bini kawan ayah.

Tehaa : Ok! no problem :)

 -----------------------------------------------------

Tapi kami tak terus ke rumah, kami berhenti di tempat kerja ayah untuk solat maghrib. Disebabkan saya berada dalam "bulan mengambang" saya terpaksa duduk di dalam kereta dan menjaga adik-adik...

tetiba............................
Ayah : "along, nak bawa , bawalah! slow-slow!"

What?????!!

tapi ayah nak pergi sembahyang, so that's mean tehaa drive seorang diri dengan adik-adik di belakang TANPA ayah di sebelah!!

Dubdapdubdap , jantung!

*dalam hati* 
- Boleh ke aku bawa seorang-seorang?
- Boleh ke jalan kereta ini?
- Macam mana kalau enjin ini termati sendiri?
- Macam mana tetiba terlaju?

aku pun tersedar! "aihhhh! sampai bila nak takut! aku boleh! AKU BOLEH!!!"

then terus,
turunkan handbreak, tekan clutch, masuk gear, tekan minyak dan jalan :D

Ya Allah, kereta ini berjalan! setelah 2, 3x pusing.. bestnya dapat kereta sendiri :) *tetiba*
hope nanti nak ambil lesen, takde lagi perasaan takut gementar semuanya ! aminnn~

*fyi , kereta ayah tehaa adalah kereta Toyota Unser , bukan kereta kecil macam viva or kancil yang di bawa semasa latihan memandu.. Kereta besar tu yang buat takut! -.-"

Tapi makcik tehaa kata 
"Kalau belajar kereta besar, bila bawa kereta kecil.. takde masalah!"
APA PENDAPAT anda dengan penyataan diatas? setuju atau tidak?!

ok, sampai sini sahaja... bye! 

4 comments:

Amirah. said...

bestnya bawak kereta... heheh betul la kot pernyataan tu c:

Cik T said...

@princess syazliyana : best! hehe, kalau betul bagus la, senang amik lesen nanti :D

ZULHILMI TEMPOYAK said...

relax. beza sbnrnya.. sbb tu perlu hadir latihan memandu tu..:)

Cik T said...

@Zulhilmi tempoyak : tq. Tu hanya latihan luar bersama ayah. Ltihan memandu tetap kena pergi ;) insyaallah akn lebih rilek :)