December 26, 2013

Isteri Aaron Aziz kini berhijab





Isteri Aaron Aziz kini berhijab


"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," kata Aaron Aziz kepada mStar.

Diyana, 30, berkata, dia mula mengenakan selendang di kepala ketika berada di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk berhijab.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.


"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, Cuma hati masih belum benar-benar bersedia."
 sumber : Yahoo
-------------------------------------------------------------
kata tehaalarh - 
Mana ada suami, tak gembira bila melihat isterinya sendiri berubah menjadi lebih baik kan? Tehaa pun suka sangat tengok perubahan Kak Diana, harap taklama lagi anak-anak mereka pun bertudung. In Shaa Allah. Alhamdullilah :)

See you in next post! xoxo

No comments: