April 27, 2015

WEEKEND TANPA TV.


Hai, Assalammualaikum..

Apa pula tehaa ini, cerita pasal weekend.. masa semua orang tengah mood Monday Blues. Hahaha... Ok! Ini cerita throwback lah.. weekend lepas. 

BOSAN kot! 
Astro takboleh on langsung. Stress. Sebenarnya memang dah kena hari khamis lepas. Lepas Itu terus call astro. Operator tu mula-mula bagi instruction, kot-kot boleh betulkan sendiri sambil dengar arahan. Tapi takboleh juga. So kena tunggu untuk buka report. biasalah lepas itu kena tunggu 24hours technician datang rumah check atau betulkan apa yang rosak. Satu hari khamis itu memang tak tengok tv la -.-'

Lepas solat jumaat, technician datang rumah. Betulkan. Dia betulkan wayar satelit belakang dekoder, ala yang warna putih.. wayar itu tebal sikit. Lepas dia betulkan. elok! Wahh! Seronoknyaa.. malam boleh tengok Running Man. Fast Five. 

Hari sabtu pagi, nak buka tv.. tetiba on astro. Tak boleh! Duhai... jangan lah. Off kan balik suis. On balik. Sama sahaja. Then aku call astro balik. Ulang balik benda sama. Atlast dia cakap report lama tak tutup lagi. So nak buka report baru mmg lambat sangat. 

Thats means SABTU AHAD. memang takdelah tv.  Dan tersangatlah bosan. In fact, whole family tehaa memang duduk dalam bilik sahaja lah. Ayah ibu tehaa layan game and movie dalam hp masing-masing. Tehaa dan adik beradik lain sama lah. Yang dua orang takde handphone tu, buka laptop layan movie.

nasib tehaa memang jenis simpan movie dalam hp. Movie yang tehaa selalu repeat tengok lah. Dan takpernah bosan.

           

Ini antara movie dalam handphone tehaa. Memang berulanglah movie ini selama 2 hari berturut-turut. Hahaha. But now, astro dah ok. technician kata kena thunderstrom. Yelah lately kan hujan ribut kan..

Oklah. Sekian. Bye :*

April 19, 2015

IBU SEHARI.

hai, assalammualaikum semua..

Happy weekend!! :)

Harini nak ber-throwback sikit. tentang apa? Tentang semalam.. semalam tehaa jadi ibu sehari *tepuk tangan* wahh! Penatnya.. confirm. Baru tahu kan betapa susahnya.

Sebenarnya, tehaa bawa adik tehaa jalan-jalan. Pergi tengok wayang. Haritu dah berjanji so kena lah tunaikan.. nanti tak bawa asyik minta je. Huh! Malas dengar bising. 

kononnya nak pergi the whole family, ayah ibu adik2.. ayah terpaksa bawa ibu dengan makcik pergi tengok nenek saudara tehaa yang sakit kat Lumut. So, tehaa keluar dengan adik-adik sahaja lah.. 

Semalam tengok cerita HOME. meh! sini tehaa cerita dari mula. Sebelum tehaa pergi confirm tengok ada lagi ke tidak cerita HOME itu, sebab dah lama kan..  
takut dah takde pulak cerita itu.  

Sampai situ, sekali tengok ernm.. movie pukul 11:20am dan 5:40pm. Tengok jam 11:40am... whatthe *menangis* adik-adik nak tengok juga cerita HOME. Then tehaa kata beli tapi balik dulu dalam pukul 4pm, kita datang balik. Diorang taknak pula itu -.-" 

So, jadi stay kat mall sampai pukul 5:40pm. Korang rasa? Memang macam hado lah merayau satu mall dari pukil 11:40pm sampai 5pm. Memula lepak kat Popular, lepas jalan-jalan tengok live MMA kat hall Mall itu. Lepas itu, pergi masuk surau untuk solat Zohor dan asar. Ok! Masa itu dah pukul 3:50pm, stay je kat surau sementara tunggu asar. kan? Then akhirnya jam menunjukkan 5:15pm setelah penat menunggu. 

5:30pm baru nak beli popcorn. Masuk wayang. Habis wayang. terus balik. Huh! Penat sangat rasanya.. betapa bangga boleh duduk beberapa jam kat mall. Hahaha

Oklah. Untuk rating cerita HOME tehaa 4/5 star. tak rugi kalau korang pergi dengan adik-adik or anak-anak or anak-anak buah.. tak kisah pergi dengan siapa pun.. memang seronok la. Gelak paling besar bila boov menari. Hah? Taktau kan siapa boov? Pergilah tengok. Hehehe .

Oklah. Sekian, bye.

April 17, 2015

CIK NILAM SYAPINA | REVIEW.

Hai, Assalammualaikum semua..

Ehem ehem.. hutang dengan blog, dua hari tak menaip entri.. tuptaptuptap buat review.. pheww *lap peluh* hahaha.. hehehe.. actually dari haritu tau stalk seorang blog ni. Tapi lupa nak taip entri untuk review 😊 *maaf*

So, tadi tehaa private mesej dia.. minta link blog. *lupa* biasalah semut banyak sangat. Lepas itu, dengan faktor usia yang semakin meningkat ini.. faham sendirilah *malu* 
      

Mari sini adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian.. tehaa nak cerita sedikit tentang blogger NS ini. Wahh!! Macam jual barang *gelak besar* korang takkan rugi kalau stalk hari-hari.. tak percaya? Trylah stalk.. hahaha 

APA YANG MENARIK DENGAN BLOGGER NS? 
  1. Cik Nilam Syapina yang sangat friendly dan sangat ceria. Share sahaja pendapat korang. Forsure dia boleh terima pendapat korang yang bagus itu πŸ˜ƒ
  2. Blogger NS dah pernah masuk dalam majalah-majalah tahu tak? Salah satu tehaa majalah yang tehaa baca adalah Majalah Remaja. Huh! *tehaa jealous* eh! jealous yang benda yang baik takpe kan? Hehehe 😁 
  3. Cik Nilam Syapina ini adalah seorang novelis tahu tak? Sebab itulah korang takkan rugi baca blog dia hari-hari. Ehem.. novelis tu. Mestilah seronok untuk setiap gaya penulisannya kan? 
  4. Blogger NS pun ada juga share serba sedikit tentang islamic tau.. boleh tambah ilmu sikit. Seronok orang membaca banyak pahala yang blogger NS dapat. 

Panjang tak? Hahaha *gelak besar* kalau nak cerita memang panjang. Kalau korang kenal siapa Cik Nilam Syapina ini.. korang akan tahu macam mana dia. Dia memang sporting dan open minded πŸ˜ƒ 

APA LAGI JOM USHA BLOG, BLOGGER NS  >  http://nilamhimawari.blogspot.com

p/s : Cik Nilam Syapina seorang novelis, nanti boleh lah komen short story tehaa.. hehehe *malu* mana tahu boleh perbaiki sikit cara penulisan untuk short story tehaa. Link? ini dia > http://tehaalarh.blogspot.com/2015/04/dari-novel-ke-drama.html

Sekian, bye :*

April 15, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-4


Hai, Assalammualaikum...



Kalau nak tengok semua hasil photography tehaa, boleh follow instagram tehaa @tehaalarh 

April 14, 2015

TUTORIAL CHECK TRACKING NUMBER (POSLAJU).

Hai, Assalammualaikum..

Sesiapa yang baca blog tehaa, mesti dah tahu tehaa memang ada jual online. Dekat instagram namanya @beautifulblossomwhite . So harini nak pendekkan cerita sebab ini adalah tutorial.. taknak lah cerita panjang-panjang, nanti bosan. So terus tengok step di bawah.

1. Tracking number
     - Tracking number ini adalah nombor bungkusan barang anda. Mana nak dapat tracking number? tracking number ini, boleh minta dekat orang yang awak beli barang itu, 
*Contoh tracking number EP 62 347 468 5MY 

2. Buka laman web poslaju > www.poslaju.com.my

3. Klik TRACK&TRACE

4. Masukkan no tracking number anda.
    - Cara isi tracking number adalah JANGAN JARAKKAN number tersebut.
      *contohnya EP623474685MY

5. Tekan "TRACK"

 



SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS INI.
  1. Gambar pertama, itulah adalah cara anda masukkan tracking number dan tekan track.
  2. Gambar kedua, kalau tengok kat bahagian bawah "track" ada kotak kan? itu adalah tarikh, lokasi dan proses penghantaran barang anda. 
  3. Gambar ketiga, nampak tak kotak yang atas sekali itu bagitahu yang korang dah terima barang. Delivered(nama anda) //  Contoh : DeliveredNURIZZATI.

Faham tak? senang sahaja kan? 
Nowdays, semuanya hujung jari sahaja janji ada smartphone dan data handphone atau wifi. Okay? :D


SEKIAN, BYE.
XOXO

April 13, 2015

TABIAT BILA TENGOK WAYANG.

 Hai, Assalammualaikum..


Sekarang cerita apa yang sedang hangat diperkatakan? ermm.. pastinya semua orang tahu Fast and Furious 7 adalah salah satu daripadanya. Selain itu, Cinderella, HOME dan banyak lagi. Semua cerita ini, memang sangat hangatlah diperkatakan sekarang ini. Even kalau pergi makan dengan kawan-kawan mesti tanya "eh, bila nak pergi tengok cerita dan bla bla bla" 


Buat masa ini, tehaa dah tengok cerita Cinderella dan hari sabtu lepas tehaa baru sahaja tengok Fast and Furious 7(FF7). huh! Mulanya member tehaa cakap, kalau pergi tengok FF7 confirm kau menangis teresak-esak.. *gelakbesar* takpercaya langsung. Then pergilah tengok hari sabtu malam itu, at last scene yang "One Last Ride" itu.. *menangis* lepas itu, macam ok sikit. Sekali bila time flashback balik FF1-FF7 *menangis lagi* sedihnya ~~~

Alang-alang dah bercerita pasal movie kat pawagam, apa habit atau tabiat korang bila waktu sebelum, semasa dan selepas tengok wayang. Mesti setiap orang berbeza-beza.. Yelah, personaliti orang pun taksama setiap seorang. Takkan lah habit boleh sama kan? hehehe

Kalau tehaa, kalau niat nak pergi tengok wayang.. sampai sahaja mall mesti terus ke wayang untuk dapatkan tiket. Serius! 

Sebelum : lepas itu.. tengoklah pukul berapa start, kalau dalam 1 ke 2 jam lagi baru boleh ke tempat mana nak pergi. pergi makan ke. pergi MPH or Popular ke. ataupun window shopping kat kedai-kedai baju. Kalau lagi setengah jam or 45min, lebih baik stay dekat kawasan wayang sahaja lah.. nak beli makan pun, pergilah beli popcorn.. dekat sikit. Sebab panggung kan buka 10min sebelum start.. takpe masuk awal daripada terlepas scene pertama kan? 

Semasa : Hah! ini waktu kemuncak. TOLONGLAHHHH jangan kacau tehaa pada waktu cerita sedang berjalan, sekali sahaja tehaa terlepas atau bercakap dengan orang sebelah sampai habis cerita lah tehaa tak focus, sebab tertanya-tanya scene yang terlepas itu. Kadang-kadang tehaa makan popcorn, tapi kalau before masuk panggung dah makan.. memang taklah beli popcorn kan. *membazir* 

Selepas : Bila habis sahaja cerita, tehaa jenis duduklah dulu. Bukanlah habis sahaja cerita, tehaa terus bangun. Ramai sangat nak turun, so rilek lah sekejap. Jangan lama sangat lepak kat situ nanti kena halau dengan orang kerja kat situ *gelak* Then bila keluar, satu tempat wajib pergi adalah TANDAS. hahahaha.. itu memang wajib sangat bila dah keluar panggung. Yela, masa movie tayang.. aku focus. memang tak bangun lah dari seat itu kan? Hahaha

So, apa habit korang? hehehehe.. 

Sekian. bye..
XOXO

April 12, 2015

REVIEW PADAT DAN BERMANFAAT.


Hai, Assalammualaikum.. 

Semalam pergi lah buka laman web En. Nuffnang.. kononnya nak tengok berapa ramai visitor blog dan hasilnya Alhamdullilah. Ada beberapa visitor yang kerap juga datang terima kasih ye. Semalam tehaa tengok juga kebanyakkan diorang cari apa dekat blog tehaa ini?

huh! 1st ranking adalah KENALI WARNA URINE anda. Macam kelakar kan? yes! teringat masa buat review tentang urine.. Ya Allah, peningnya nak faham. *dizzy* mahu tak nya.. kebanyakkan yang cerita pasal warna urine ini, ditulis di dalam BI. *berpeluh* Bila nak faham satu-satu. 

So, bila banyak visitor ke post itu.. syukurlah sangat even tak seberapa pun tehaa punya review dalam BM itu.. sebabnya tehaa taip pun apa yang tehaa faham tanpa ubah sangat fakta. Hasilnya, ringkas dan tepat.  

Cerita pasal review ini memang tehaa dah lama tak buat tentang review ini, bagi tehaa kalau kita nak review sesuatu.. kita kena kaji dan faham apa yang kita nak review. Bila kita faham, surely! orang baca pun akan faham. Kalau tehaa, apa yang review.. seringkas yang boleh tehaa akan taip. 

Bukan semua orang akan rajin baca satu per satu. So as long as kita boleh pendek kan tanpa buang segala fakta.. WHY NOT pendekkan review itu, kan? Pendek bukan bermaksud "shortform" pendek itu bermaksud ringkaskan review tersebut.

So, kepada blogger yang nak try buat review. Sila cuba taip review tersebut secara ringkas dan mudah difahami, Ok? :D

Ok. bye.
XOXO

April 10, 2015

SIDE INCOME ITU PENTING

Hai. Assalammualaikum semua.


susah betul nak dapat cpuv daripada encik nuffnang ni kan? ermm.. takpe berusaha. Itu penting. hari-hari update, insha Allah.. semuanya ok 😘 

Nowdays, kita takboleh harap satu sahaja pekerjaan.. atleast ada satu yang boleh dapatkan income. Takbanyak. Bukan income yang ratus-ratus atau ribu-ribu per week ataupun per month. Maksud income disini, atleast tampung seminggu punya belanja ataupun atleast duit minyak/duit tol.. contohnya per week tu maybe boleh dapat RM50πŸ˜‰

Hah! Banyakkan 'atau' 'atau' dan 'atau' lagi.. ini sebabnya nak bagi faham. Maaflah ye.. 😊


Ok! Mybe pendapat korang.. alah setakat RM50 lepas apa je sekarang. yes! memang betul pun.. kadang-kadang RM50 sekeping taknampak pun, hilang je dalam masa sehari(belanja). Tapi ingat tak tehaa dah buat entri TIPS BILA DAPAT GAJI. Baca tak? ermm.. pi baca sekarang. RM50 pun korang akan rasa syukur Alhamdullilah😊

Eh! per week RM50 kalau darab dengan 3 week? dah dapat RM150.. rasanya kalau tehaa RM150 dah cukup sangat untuk breakfast and lunch dalam masa 3 minggu itu.. Sebabnya adakala breakfast bawa bekal, membeli waktu lunch sahaja. jimat kan? πŸ’

TAK SEMPAT
Ala breakfast apa sampai tak sempat. Ambil roti, sapu kaya, masuk dalam bekas.. bawa. Senang. Simple. Jimat. 

JANGAN SAMPAI SKIP BREAKFAST. OKAYπŸ‘†
Breakfast bagi tenaga, kalau tak breakfast macam mana nak buat kerja? Kan. 


Oklah, sekian. 
Bye . 

April 8, 2015

DARI NOVEL KE DRAMA


Hai, Assalammualaikum...

Harini update sambil tengok Sehangat Asmara. Ala.. cerita yang dilakonkan Adi Putra dengan Rita Rudaini. Cerita ini ulangan, tapi entahlah suka sangat tengok cerita ni, tehaa takbaca novel dia lagi. Bila tengah tengok, mesti orang cakap novel lagi best. Tapi bila nak ambil mood baca novel tu takde lagi.. hahaha 😝

Ok2 . Nak cerita sikit pasal drama dari novel. Ermmm.. seronok kan? Tehaa pernah baca novel Adam dan Hawa dan bila tonton drama Adam dan Hawa memang seronok.. yeah as usually novel memang seronok. yelah.. bila nak jadi drama takkan nak ambil 100% dari novel. Mestilah nampak sikit tukar dia kan? 

nowdays, memang banyak sangat cerita yang di adaptasikan dari novel.. as you know, tehaa pun ada lah menulis cerita pendek dekat blog. Eh! Bukan dekat blog ini, ada di link blog lagu satu --> www.tehaalarhss.blogspot.com sama sahaja link cuma di belakang tehaalarh ada 'ss' singakatan untuk short story. Dalam 10 episod je semua cerita tehaa buat.. hahaha. Tak pro lagi macam novelist yang lain. ☺  

Kan seronok, ada orang nak ambil novel tehaa jadi drama.. hahahahaa berangan 😝 

Oklah. Sekian. Bye. 
xoxo 

WORDLESS WEDNESDAY 2015-3


HAI, ASSALAMMUALAIKUM


BERSAMA-SAMA KITA BERZIKIR YE? 😊