May 1, 2013

Driving Alone


Hai semua,

Wah!! 'driving alone' , tau?! nak tahu ceritanya bagaimana? marilah baca, hehehe.... macam iklan tak?

ok, jom teruskan!
Tadi kami sekeluarga baru balik berjalan-jalan.. semasa dalam perjalanan, ayah bertanya :

Ayah : along, kau punya lesen P tamat bulan berapa? 

Tehaa : Bulan 9

*actually, tehaa ambil lesen kereta dan motor.. tetapi nak dijadikan cerita, tehaa tak teruskan lesen kereta, sebab takut! -.-'

Ayah : kalau bulan 9, kau kena ambil lesen dengan bini kawan ayah.

Tehaa : Ok! no problem :)

 -----------------------------------------------------

Tapi kami tak terus ke rumah, kami berhenti di tempat kerja ayah untuk solat maghrib. Disebabkan saya berada dalam "bulan mengambang" saya terpaksa duduk di dalam kereta dan menjaga adik-adik...

tetiba............................
Ayah : "along, nak bawa , bawalah! slow-slow!"

What?????!!

tapi ayah nak pergi sembahyang, so that's mean tehaa drive seorang diri dengan adik-adik di belakang TANPA ayah di sebelah!!

Dubdapdubdap , jantung!

*dalam hati* 
- Boleh ke aku bawa seorang-seorang?
- Boleh ke jalan kereta ini?
- Macam mana kalau enjin ini termati sendiri?
- Macam mana tetiba terlaju?

aku pun tersedar! "aihhhh! sampai bila nak takut! aku boleh! AKU BOLEH!!!"

then terus,
turunkan handbreak, tekan clutch, masuk gear, tekan minyak dan jalan :D

Ya Allah, kereta ini berjalan! setelah 2, 3x pusing.. bestnya dapat kereta sendiri :) *tetiba*
hope nanti nak ambil lesen, takde lagi perasaan takut gementar semuanya ! aminnn~

*fyi , kereta ayah tehaa adalah kereta Toyota Unser , bukan kereta kecil macam viva or kancil yang di bawa semasa latihan memandu.. Kereta besar tu yang buat takut! -.-"

Tapi makcik tehaa kata 
"Kalau belajar kereta besar, bila bawa kereta kecil.. takde masalah!"
APA PENDAPAT anda dengan penyataan diatas? setuju atau tidak?!

ok, sampai sini sahaja... bye! 

April 29, 2013

Final Exam - semester 2 (UNISEL)


Holla semua ?

Sorry lambat pula update hari ini, tadi nak update.. tetiba jadi malas lak.. hahaha *boleh pulak tetiba kan?*
Sebab melayan runningman episod terbaru tadi, dah habis layan.. baru mengadap blog tercinta ini :)

Ok, final exam?
Dah start pun, hari (29/04/2013) ! first paper pukul 9pagi tadi... nak story sikit pasal first paper pagi tadi, hah! Tersedar dari tidur pukul 4pagi, bangun then study... wahhhh! study , sampai pukul 5pagi.. mata rabak weeiii !

Mata rabak tu apa?
Mata rabak itu bermaksud dah tak tahan mengantuklah, tapi still bertahan. Ok, faham? *sambung balik* then tehaa taktahu pukul berapa tertidur semula! sedar-sedar jam telefon pukul 8:50pagi ... mengucap, terus capai tuala , masuk bilik air mandi.

Dan lucky sebab baju dengan tudung dah bergosok.. tapi bayangkan paper pukul 9pagi! Pulak tu, jalan kaki lagi.. aiyoo! nak menangis masa jalan kaki tadi, tapi alhamdullilah., sempat jawab semua soalan :] 

Cerita ini, habis sampai disini :p

Tarikh final exam,

29/4/13 - Business Statistics
7/5/13   - Pengajian Malaysia
10/5/13 - Proficiency English 1
14/5/13 - Managerial Accounting

Lepas habis sahaja final exam, cutilah kan? 24/7 boleh mengadap lappy.. update, buka tempahan edit.. kalau siapa yang tempah, boleh email or PM kat facebook tehaa ye?

Email : fahtehaamaarif@yahoo.com
FB 1 : www.facebook.com/nfahtehaa
FB 2 : www.facebook.com/nfahtehaaII

Akhir kata, 
Kepada semua UNISELIAN (pelajar UNISEL) yang akan menghadapi final exam.. GOOD LUCK ! 

Let make your name in DEAN LIST, insyaallah :)