May 16, 2014

LEMONADE/LEMON JUS




Hai Assalammualaikum,
Tehaa saja letak gambar Jus itu dulu. Aihh.. tengahari begini, lepas lunch perhhh!! pasti terbaik kalau dapat seteguk lemonade kan?

Hari nak cerita sikit, cara buat lemonade ini :




BAHAN-BAHANNYA :

  1. Lemon (beberapa biji, kalau minum sorang.Sebiji sahaja cukup)
  2. Gula
  3. Air Masak/Suam
  4. Blander

CARA MEMBUATNYA :
  1. Basuh buah Lemon terlebih dahulu
  2. Belah 2 buah Lemon tersebut.
  3. Perah buah Lemon kedalam blander + masukkan air suam + Gula.
  4. Blander dan Siap!! :)
Ok. Tehaa guna blander Shake'n'Take , memang mudah sangat. kalau pakai Shake'n'Take ini, korang boleh terus minum sebab dia macam botol air, best kan? Tehaa tukar ke botol air sebab nak sejukkan lemonade itu. 

BTW, Shake'n'Take ini boleh terus blander dengan ais batu. Awesome kan? hah! Tehaa tak blander dengan ais batu sebab takde ais batu. hahaha. Lepas ini, kalau korang nak buat ais blander. Boleh buat sendiri je., takyah susah-susah nak beli kan?

eh! 
Ini cerita pasal lemonade atau Blander ini? hahaha. apapun selamat mencuba ...

May 8, 2014

Jagalah Sikap ..........


hello semua,

macam ini,
semalam tehaa pergi beli kain. untuk apa? tehaa beli kain untuk buat tudung, tehaa ada buat perniagaan online. marilah klik sini > @tdascarfcollection . Tehaa pun ada cerita sedikit sebanyak macam mana tercetusnya perniagaan ini. boleh check disini Online shop-tdascarfcollection .

back to story.

Tehaa bersama rakan tehaa sedang lihat kain satu persatu, actually.. kami dah habis pilih kain but sementara tunggu uncle tu lipat kain-kain yang dipotong dan tulis dalam resit. Seperti biasa, kami berpusing-pusing. Then tehaa terpadang ada seorang mamat..and yeah! dia mengangkat dan mendepakan kain itu dihadapan seorang perempuan. Disebalik itu, dia pandang kami yang sedang merayau-rayau. and we just ignore him.

Tiba di kaunter pembayaran, 
cashier tengah sibuk mengira kain kami then tetiba dia datang and he so angry. Ok!
*cuba bayangkan*

Dia datang meluru ke kaunter, then tanya 
"dik, kain kat sana itu takde stok lain ke? kami nak tengok. saya datang nak beli kain ini. Ingat saya takde duit ke? hah? banyak ini duit saya bawa (sambil dia pukul poket belakang dia) "

No manners. i'm so sorry. i'm must have told you have no manners!

Bila aku terkejut tengok sikap mamat itu, mulalah macam-macam aku keluarkan. Allah, geramnya aku dengan mamat itu. aku rasa nak lempang je muka dia. 

Yes! kalau kau marah salesman or salesgirl sekali pun. Takyah lah nak cakap macam itu. Kalau ada banyak duit, beli lah kedai terus. kau jadi bos. Lagipun aku tengok salesman and salesgirl kedai itu pun tak ramai. 3 atau 4 orang. yang lain mybe pergi rehat.

masa time aku nak minta potong kain itu pun, agak lambat. sabarlah Bro....

Mereka bukannya robot. robot pun kalau di kerah selalu boleh cepat rosak *maybe lah! tehaa tak pernah ada robot*

Akhir kata,
Even duit kau berkepuk sekali pun, even duit kau tak habis walaupun kau guna banyak kali pun, even duit dalam akaun bank kau ber-millions ber-billions. KALAU SIKAP kau begitu, kau terlalu rendah bagi aku! terima kasih :)