May 16, 2014

LEMONADE/LEMON JUS




Hai Assalammualaikum,
Tehaa saja letak gambar Jus itu dulu. Aihh.. tengahari begini, lepas lunch perhhh!! pasti terbaik kalau dapat seteguk lemonade kan?

Hari nak cerita sikit, cara buat lemonade ini :




BAHAN-BAHANNYA :

  1. Lemon (beberapa biji, kalau minum sorang.Sebiji sahaja cukup)
  2. Gula
  3. Air Masak/Suam
  4. Blander

CARA MEMBUATNYA :
  1. Basuh buah Lemon terlebih dahulu
  2. Belah 2 buah Lemon tersebut.
  3. Perah buah Lemon kedalam blander + masukkan air suam + Gula.
  4. Blander dan Siap!! :)
Ok. Tehaa guna blander Shake'n'Take , memang mudah sangat. kalau pakai Shake'n'Take ini, korang boleh terus minum sebab dia macam botol air, best kan? Tehaa tukar ke botol air sebab nak sejukkan lemonade itu. 

BTW, Shake'n'Take ini boleh terus blander dengan ais batu. Awesome kan? hah! Tehaa tak blander dengan ais batu sebab takde ais batu. hahaha. Lepas ini, kalau korang nak buat ais blander. Boleh buat sendiri je., takyah susah-susah nak beli kan?

eh! 
Ini cerita pasal lemonade atau Blander ini? hahaha. apapun selamat mencuba ...