May 19, 2014

Spinal Stenosis


Hai, Assalammualaikum semua,

Korang ingat tak awal tahun 2013, tehaa ada post tentang Minor Surgery. Taktahu mana datang tetiba dah nak surgery kan? Itu pun update selepas pembedahan tersebut.

Tehaa ada post kat facebook, itu pun just post .....


post surat check-in hospital. ermm.. takut sebenarnya macam mana pun perasaan itu sangat lain. Petang sebelum check-in itu kami satu family berjalan. Yela! mybe ayah taknak bagi aku takut sangat kott..

Apa yang tehaa buat bila check-in dan duduk dalam hospital.. semuanya dah tertulis dalam entri Minor Surgery ini. Apa yang tehaa nak cerita sekarang, KENAPA BOLEH JADI BEGITU?

Tehaa main netball, sedia maklum. Mybe masa terlalu seronok bermain, tehaa jatuh dan mungkin ada terhentak kuat di bahagian punggung tehaa.. bila kejadian itu, tidaklah pasti. Kalau bermain, dilanggar orang, jatuh itu perkara biasa sering berlaku. kan?

So, jom kita study sama-sama tentang Spinal Stenosis ini :

     Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki. *ihsan google*

Pada mulanya doktor menjelaskan kesakitan tehaa ini guna MRI, so gambarnya seperti dibawah ini..


Then *dalam hati* apa bezanya? takfaham langsung! then doctor keluarkan lagi satu, seperti gambar dibawah ini.. korang tengok bahagian Spinal Canal itu, kan ada perbezaan normal dengan orang yang hadapi Spinal Stenosis. Disitulah tehaa faham segala-segalanya..


Lepas itu, doktor buatlah beberapa treatment. ermm tak ingat lah.. yang tehaa ingat dia suruh baring then knee up selama 5-10min. tapi tehaa taktahan lama. sebab kebas.. rasanya dalam 1min je tehaa bertahan.

Then doktor terus decide Minor Surgery . Masa itu, sedih sangat.. tehaa palinglah tak suka masuk hospital. Last masuk hospital masa darjah 6 (2004), sila bayangkan tetiba masuk hospital kena operation. Menangis masa doktor kata kena buat Minor surgery itu.

Dengan niat nak baik semula seperti dulu kala, 
Tehaa ikut sahaja masuk hospital dan setuju untuk melakukan Minor Surgery itu. Then sekarang kaki dah elok, Alhamdullilah.. tapi tehaa still rasa ngilu sikit. Yela! sebab masa sakit, bila tehaa baring.. kebas dia subahannallah. Tehaa baring pusing kiri kanan, then sampai sekarang pusing kiri kanan untuk cari posisi yang selesa. 

then lagi satu, kaki mesti nak ditinggikan. emm. sampai bila entah. hope kaki ini pulih sepenuhnya.. Aminnnn :)

Ok!See you in next post...

No comments: