Hai, Assalammualaikum...
Lama dah nak ceritakan kisah RODA FERRIS ini.. tapi setiap kali nak taip mesti tergelak sendiri. ITU PASTI !
Begini ceritanya,
pada hari ahad yang lepas.. tehaa pergi dating bersama keluarga tercinta. hah! jangan fikir bukan-bukan ye? Lokasi kami di Shah Alam, pada mulanya kami makan nasi arab di Seksyen 7 di belakang UNISEL then terus gerak ke Icity.
Yeah! Tehaa ini namanya ulang alik, ulang alik seksyen 7, shah alam.. tapi jejak ke I-City pun tidak! memang ulang alik ke kelas sahaja. Nak menyinggah, perhh.. kalau orang teman dan nak merempit sekali, itu takpe! hahaha.. sebab tehaa memang tak reti nak berjalan kalau tak confiden dengan laluan itu. walaupun 10x dah lalu..
So, kiranya bila family date ini.. tehaa jadi excited pula sebab nak ke I-City sahaja. Then berjalan-jalan, tetiba adik tehaa yang last ajak naik roda ferris. tu diaa.. tehaa ini memang takut tinggi orangnya *tutup muka*
Ayah suruh temankan adik pulak tu. ermmm.. *telan air liur* Adik tarik tangan, sampai kat bawah roda ferris itu.. ermmmmmmm... "TAKNAK LAHH!" *terus lari* hahaha.. last-last kena naik juga. Kononnya boleh lah nak capture gambar.. memang kelakar. mula-mula gambar teruk gila gegar.. mai tengok hasil dari awal sampai dah rasa selamat dalam itu roda ferris.. (gambar start kiri ke kanan)
Cuba bayangkan dalam roda ferris itu, mula-mula nak naik itu.. tehaa duduk then pegang pemengang kat tepi tingkap itu.. hahaha. memang kelakarlah. Adik tehaa no 2, siap berdiri nak tangkap gambar. tapi tehaa menjerit-jerit suruh dia duduk diam-diam. aihh.. malu sungguh *tutup muka*
Ini adalah KALI PERTAMA, tehaa menaiki roda ferris ini. hah!
Ok! see you next post..
1 comment:
dah lama tak naik ferris wheel wuuu
Post a Comment