May 21, 2014

BACKPACKER.


Hai, Assalammualaikum..


Backpacker atau lebih senang pengembara. Mengembara ke negara orang dengan bajet rendah.. atau menurut kata wikipedia “form of low-cost, independent international travel" 

So, kiranya kalau sesiapa nak mengembara ke luar negara dengan kos yang redah.. korang kena survey tempat-tempat yang korang nak pergi. *pss : kalau nak pergi, kena yakin baru boleh jalan* even korang takde bajet lagipun.Cuba survey dulu, then kumpul untuk ke sana. hah! kan? barulah best.

tapi pastikan duit korang lebih 80%-100% dari bajet korang. Bajet yang korang buat, mesti masukkan total shopping yang korang mahukan. Kenapa kena sediakan 80%-100%? sebab andai kata terjadi apa-apa. At least, korang ada backup.. btw, yang penting jangan sesekali korang guna! walaupun, korang dah nak naik flight untuk balik ke tempat asal. Dah sampai, barulah boleh guna duit itu sesuka hati.

Apa yang penting, bagi tehaa.. bukan sahaja bajet atau tempat-tempat yang ingin dituju, tapi list barang yang korang nak bawa semasa travel. hah! macam list nak buat kenduri kahwin.. apa nak dibeli, apa nak ditempah. tapi kalau nak travel tukar sikit lah. Sebabnya, cuba bayangkan.. korang dah siap survey itu ini tempat nak pergi. semuanya settle. bajet pun ok.. sekali dah sampai airport, passport tertinggal. aduh! sakitkan?

So, antara list yang korang kena buat..
  1. Pakaian- Jangan terlalu banyak. *pss: pakaian dalam jangan terlalu sikit.
  2. Passport
  3. Kad pengenalan
  4. Map & Senarai tempat yang ingin dituju
  5. Wang yang ditukar
  6. Alatan mandi- sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi *pss: jangan bawa besar, botol kecil sudah cukup*
  7. Minyak wangi, dedorant, bedak .......
Tak kiralah korang nak travel dalam atau luar negara, senarai di atas pastikan ada dan tick gunakan pencil. So korang boleh gunakan untuk travel ke tempat lain pula. Banyak lagi kalau nak ikutkan, korang buat list lah.. then bila nak kemas atau bersiap sedia untuk perjalanan, baru korang tick apa yang ada. So tak tertinggal.. insyaallah :)

Untuk pakaian, ramai yang kata.. takyah bawa lebih, beli baju sana. tapi bagi tehaa kalau macam lepak negara orang 3hari 2malam.. then nak beli baju kat sana je.. even t-shirt sekali pun, pasti mahal dan membazir. Kalau beli sehelai dua helai itu, kira oklah kott.

So, korang nak ke mana? nah! ini namanya sediakan payung sebelum hujan. So dimana pun tempat yang nak korang tuju.. mesti ada sediakan pekara-pekara di atas. *pss: nanti tehaa update tempat tehaa, nak tuju.

Ok! see you next post....

No comments: