Hi you all's :)
Apa yang anda fikir bila sebut sahaja kedai kopi?! ala, mesti ada yang fikir kedai kopi mestilah macam kedai pakmat kat tepi simpang masuk kampung tu.Tapi bukan panggil kedai kopi, orang selalu panggil "warung" je.
Actually,
Kedai kopi sekarang memang ada macam-macam cerita.hah! anda nak kedai kopi yang mana satu? Di sesuatu tempat, pasti lain ceritanya.Jom, kita kasi redah :
Kedai Kopi di sebuah kampung :
Kalau kedai kopi kat kampung mesti kecik, kuit je rupanya. Lagi-lagi yang kayu tu, perhh!! memang syoklah lepak situ minum kopi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.Lagi-lagi lepas hujan, kampungkan? confirm sejuk, kena pulak kopi panas.Walaweh terbaik!! Kalau nak borak pun takyah nak bisik-bisik, kadang-kadang ada pakcik-pakcik bercakap macam nak bagi satu kampung dengar punya lah kuat kan?hahaha... :)
Kedai Kopi di sebuah bandar :
Kalau kedai kopi versi bandar pula, lain ceritanya. Kalau tadi angin sepoi-sepoi bahasa kan?Ini bukan sepoi dah and tak perlu tunggu hujan sebab dah ada aircond..hehe, confirm masuk-masuk saja dah rasa sejuk bila kena kopi panas.Walaweh terbaik!! Kalau nak borak, takleh kuat-kuat macam pakcik-pakcik kat kedai warung sebab ganggu orang lain.'
Tak Percaya?! cubalah ajak kawan anda kuat masuk dalam Starbucks, pastu cakap kuat-kuat.Confirm kena marah..hehehehe :)
Tapi,
Ada satu je persamaan kedua kedai kopi ini? Tahukah apa dia?! Mestilah ada Kopinya..hahaha :D
Ok2 joke, persamaannya dimana sahaja anda minum kopi pasti ada yang sibuk nak jadi macam "MAKNYEMAK" hah! Apa itu? cer baca bawah ini :
Maknyemak versi kedai kopi di kampung :
"Nak tahu tak, tadi maknyemak ada jumpa anak si leha dia yang perempuan naik motor dengan si budak yang tak elok tu, sape namany a..a..ali tak silap maknyemak.Ish! takmalu betul si leha itu, macam mana agaknya dia jaga anaknya"Maknyemak versi kedai kopi di bandar :
"Hei you alls, nak tahu tadi sebelum maknyemak nak datang kedai ini,maknyemak nampak ila dengan boyfriend dia.Huh! Jealous maknyemak, hensem you..Takpatut ila tu dapat hensem-hensem macam lagi tadi, tak layak langsung tau"
Adakah nampak persamaannya?! Persamaannya ada MAKNYEMAK(Penyemak) yang sibuk cerita pasal orang lain. actually BUKAN KAT KEDAI KOPI sahaja,merata tempat pun mesti ada dan tak semestinya semua yang buat perkara di atas.Wahai kawan-kawanku sekalian bacalah bawa ini :
Ok.Terima Kasih semua :)