June 15, 2014

HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU


Hi, Assalammualaikum,..


Terima kasih kepada Mr.Google kerana menyumbangkan gambar diatas.
*entri ini penuh gambar* HARAP MAKLUM
Harini tehaa nak buat sikitlah review HOTEL YT MIDTOWN ini. Manalah tahu kalau korang berminat nak stay disini beberapa hari kalau datang ke Kuala Terengganu ini. Macam mana tehaa boleh sampai sini, itu lain ceritanya. 

Yang penting sekarang, tehaa duduk dihotel ini selama 2hari 1malam. Tehaa gerak dari KL jam 12am, sampai di HOTEL YT MIDTOWN pada jam 5.30am.. So, kami satu family ambil 2 bilik. Satu bilik ibu dan adik-adik dan satu lagi adalah bilik tehaa, adik tehaa no2 dan no5 atau lebih mudah di sebut bilik "anak dara"... hahaha






Gambar atas ini, kawasan bilik tehaa. Memang cantiklah. puas hati sangat! Bilik tehaa ada dua katil bujang.. so memang muat 2 orang sajalah kan. Adik tehaa no5 itu kecil saja.. so tidurlah sebelah tehaa. 

                            




Ini pula, bilik hotel ibu dan adik-adik tehaa.. not bad lah untuk tidur 3-4orang. sebab bilik ini guna king bed.. besar juga. lagipun adik-adik tehaa kecil saja badan mereka. hahaha..






Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik ini, adalah seperti TV, iron, papan iron, sejadah, aircond, peti sejuk kecil, almari pakaian, penyangkut baju, hairdryer, cerek jag, cawan dan banyak lagi.

Harga? untuk harga, tehaa minta maaf sangat-sangat. sebabnya, tehaa tidak tahu total keseluruhan harga.. kerana penginapan tehaa ditanggung penuh oleh pembawa tehaa dan keluargaa ke sini.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii,....
korang boleh ke laman web www.agoda.com, tengok bahagian hotel search. Then pilih tarikh korang nak pergi. 

Jangan risau, HOTEL YT MIDTOWN memang dekat dengan kawasan pasar. Korang kena berjalan kaki sikit.. tehaa ulang alik ke pasar jalan kaki.. then balik, kalau malas jalan kaki. Tehaa sewa beca. hah! nampak tak? hehehe

                         

Ok. sampai disini sahaja. MASJID KRISTAL will update soon. bye.

N.F.M 

6 comments:

miss fifi said...

cantik gak bilik tu...nantila kalau fifi ade pg ganu fifi try hotel tu :)

TehaaNFM said...

@miss fifi BOLEH2 :)

kusyi said...

ohokhok.welcome to terengganu. btw, hotel sumai lagi menarik. hee. :)

TehaaNFM said...

@kusyiwahh. really? nanti tehaa try Hotel Sumai pula then review. insyaallah :)

siti zawiah said...

Esok dah nak tamat..korang taknak join ke? :) http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/06/2nd-simple-giveaway-szl.html

TehaaNFM said...

@siti zawiahOk2 :D