Pada awalnya, pembedahan 12jam memang akan di jalankan kerana doktor sendiri datang berjumpa dengan adik(
blogger Shah ) dan mak tehaa dan mengatakan :
Alhamdullilah, Shahrull Hasmizi barang-barang semua dah ada ditangan saya.Awak takperlu risau, esok pembedahan akan berjalan seperti dirancang.Syukur sangat bila dengar. RM38K mana nak cari sekelip mata kan?! Syukur sangat sebab dapat bantuan daripada orang-orang tertentu.Tersenyum gembira.
1 Hari sebelum pembedahan ,
Doktor datang dengan wajah yang agak serius.Hati berdebar.Apa yang tak kena lagi?
Doktor : Shahrull Hasmizi, maaf barang awak masih tak cukup untuk buat pembedahan tersebut.Orang itu bagi pinjam hanya rm28K sahaja.Macam mana ini? Nak taknak mak kena cari wang lagi RM10K dalam masa 24jam, Sebab saya nak uruskan pembayaran dengan pihak supplier.
WHAT!!24HOURS?!! RM10K?!!
hello?!!
nak cari RM1K Sebulan pun payah.Inikan pula nak kena cari RM10K dalam masa 24jam.Doktor ini cakap macam "petik Jari RM10K yang datang tau!!"
------------------------------
Hari pembedahan ,
Sepatutnya pembedahan 12jam itu akan berjalan pada jam 8pagi.Tetapi disebabkan masalah RM10K lagi, waktu pembedahan ditangguhkan pada jam 9pagi.Nasib 1jam je. Dengan syarat kami perlu usaha mendapatkan duit itu secepat mungkin.
Doktor pun dah bagi semua surat-surat, supaya senang pihak KWSP itu buat keputusan.Yela, kata pun duit kan? Duit sebanyak RM10K ingat senang-senang nak bagi.Terlalu banyak procedurnya.
Kami pun cuba minta dengan pihak zakat Melaka.
Tapi buat masa sekarang , kedua-dua tempat yang kami pinjam masih belum memberi apa-apa respon. Doakan dapatnya., dapat separuh-separuh pun kira ok dah. Kami tak mampu untuk cari RM10K dalam sekelip mata :)
Alhamdullilah blogger Shah selamat menjalani pembedahan selama 12jam itu.Dia dimasukkan ke dalam wad biasa semula pada jam 12tghmalam, mybe doktor tahan lama sikit sebab dia masih tak sedarkan diri.
Cuma, RM10K masih belum di selesaikan.Doakan kami agar kami dapat selesaikannya :)
2 comments:
semoga adq awak cepat chat :)
@Syuhada Nasyaterima kasih atas doanya :)
Post a Comment