May 6, 2012

Gambar majlis resepsi SchAwal | PICC







Tepat jam 8 malam 6 Mei 2012, berlangsungnya Majlis Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Alyahya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dekorasi dewan PICC majlis resepsi Awal & Scha adalah ilham kreatif  Encik Razak dari Flora Etcetera yang lebih dikenali sebagai Flower Guru.Tetamu yang hadir pada malam ini juga akan dihadiahkan goodie bag dari Avon Malaysia.
Awal & Scha-Majlis Resepsi PICC
Majlis Resepsi Awal & Scha di PICC

Cenderahati untuk tetamu di majlis resepsi Awal & Scha
Terdahulu, pasangan pengantin ini sempat meluahkan rasa gembira dan syukur kerana akhirnya mereka selamat diijabkabulkan pada 4 Mei 2012. Jelas Awal, dia gembira kerana dapat memperisterikan Scha, seorang gadis yang sudah lama diminatinya. Manakala Scha berasa bertuah kerana mendapat seorang suami penyabar dan mementingkan keluarga.

“Scha di mata saya tidak sama dengan Scha yang dikenali oleh peminat di luar sana. Ramai yang melihat Scha sebagai seorang yang kasar dan kurang sensitif. Bagi saya, Scha juga mempunyai sifat lemah-lembut seperti wanita-wanita lain. Malah, dia juga seorang yang penyayang dan cukup romantik. Satu lagi keistimewaan Scha ialah, dia seorang yang berpegang pada janji. Saya yakin dia boleh membahagiakan saya,” ujar Awal.

“ Kami akan berbulan madu ke New York, Amerika Syarikat. Permohonan visa kami telah pun diluluskan pada dua hari lalu. Jadi, selepas majlis resepsi nanti, kami akan bertolak ke New York. Kami akan habiskan masa kira-kira 10 hari di sana,” ujar Scha teruja. 

Menyentuh tentang perancangan anak, pasangan ini memberitahu mereka tidak punya halangan untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Saya punya sembilan adik-beradik, tapi saya tidak merancang untuk punya sebuah keluarga yang besar sebegitu. Rasanya, cukuplah sekadar dua atau tiga orang untuk menceriakan rumah kami,” ujar Awal.
Scha & Awal di majlis Resepsi PICC

Credit : CTHONEY 

2 comments:

Efa Nur said...

semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hendaknya :)



jemput singgah: http://efagurlz.blogspot.com

Cik T said...

@efa nur Amin :)