June 28, 2014

MACAM MANA NAK BERHUBUNG?


Hi, Assalammualaikum..

Amboi susah sangat kan nak tengok tehaa update entri. 1 week 1 entri, perhh.. sudah cukup sudah sikap ini. arhh.. silalah pergi jauh-jauh sikap malas ini. Buka blog, tapi bila dah buka untuk taip entri... *lost*

Then hold dulu.. biar sahaja terbuka. Manalah tahu tetiba ada terdetik rasa rajin nak menaip. Hah! hampeh.. semuanya palsu belaka *tension*

Tehaa memang boleh dikatakan dalam seminggu mungkin hanya 2/3hari sahaja tidak buka laptop. Hari lain pasti buka laptop, sebab nak tengok email.. siapkan assignment. Kalau takbuka itu, maksudnya memang penat betul lah kan. hahaha

So, blog pun tehaa akan buka juga.. sebab nak login email gmail. Then bila buka, ada komen. Tehaa akan terjah satu-persatu blog korang.. Janganlah korang ingat tehaa, tak balas pun komen. Publish je. 

Hah! please buang jauh-jauh persepi itu. Tehaa memang tak balas. tapi tehaa akan klik nama korang then lepak dan tengok entri korang. "kalau" rajin tehaa komen "kalau" takrajin.. tehaa dah habis baca then follow\.

Korang datang blog tehaa, then confirm tehaa datang balik blog korang. Orang kata apa "GIVE AND TAKE" kan? So Lepas ini, jangan risau kalau tehaa tak balas komen korang. Kalau korang komen contohnya "PERTANYAAN" atau "BUAT TEMPAHAN" atau "MINTA SPONSOR", tehaa akan balas. 

Tapi kalau nak lebih senang terus je Email atau Private Message di Facebook/FanPages atau Twitter. Mana nak dapat link-link itu? Dekat bahagian tepi blog (sidebar) tehaa dah letak semuanya.

Oklah. see you next post.bye
 photo signature_zpsda3435b3.png

June 22, 2014

MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU


Hai, Assalamualaikum...

*GAMBAR DIATAS DITEMUI DI LAMAN MR. GOOGLE*

PERHATIAN! ENTRI INI PENUH DENGAN GAMBAR, TERIMA KASIH :D
Sebelum apa-apa, tehaa bagi amaran dahuLu. Yelah, nanti ada pula yang komen "amboi tehaa, gambar saja penuh dan bla bla bla..........." *malaslayan*

Sedia maklum, minggu lepas tehaa ke Terengganu, tehaa ada singgah ke luangkan 1jam sebelum ayah terpaksa kerja balik di MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU ini. Yes! memang cantik.. seriously!!

Taknak cerita panjang, korang tengok sendiri beberapa gambar yang tehaa dan adik tehaa tangkapkan sebagai kenangan kami disana...
























Huh! memang banyak lagi gambar pemandangan dari luar. Masa tehaa masuk dalam masjid, dia ada letak tali merahputih. dia renovate apa taktahu lah.. tapi memang cantik sangat! Tehaa teruja sangat. Korang yang tak pernah pergi, memang patut pergi. 


Lagi satu, ada satu tempat..Nama tempat itu "TAMAN TAMADUN ISLAM" tapi kalau nak masuk kena bayar. Berapa RM? itu tidak pasti, tapi ayah tehaa cakap dalam RM20 untuk dewasa. kalau nak jalan dalam itu, boleh sewa basikal atau naik bas ala-ala keretapi.  Korang pergi google TAMAN TAMADUN ISLAM, KUALA TERENGGANU. 



Seronoklah kat situ, tapi sayangnya.. tehaa tak dapat masuk situ, sebab ayah dah nak hantar pemain bola ke stadium. Minggu lepas kan, Selangor PKNS lawan T-TEAM, sebab tehaa ke Terengganu pun sebab jadi penonton :D


Oklah.see you next post. bye!
 photo signature_zpsda3435b3.png

Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida


Hai, assalammualaikum...


Pagi ahad ini, tehaa nak sertai satu segmen yang di anjurkan blogger Shida. Syarat dia agak mudah, sebab beberapa syarat pertama. Automatik melayakkan tehaa untuk join segmen ini. hehehe :)


Dalam segmen ini juga, Shida suruh ceritakan pengalaman bersama nuffnang. Ermm.. nak bagitahu ini, tehaa memang suka letak iklan nuffnang. Sebab bagi tehaa, iklan dia sangat strategik. Then tehaa pun, takyah pening-pening fikir nak letak kat bahagian mana. Kalau loading blog pun, takde berat sangat. So totally awesome kalau iklan nuffnang ini! berbanding iklan lain, yang memang kena hari-hari post kat fb, twitter or G+ . 

But, i more things.. yang korang kena tahu. Selama hampir 2tahun tehaa bersama nuffnang, "tehaa tak pernah lagi cashout nuffnang" *bisik*

Seriously! memang takpernah, sebab tak cukup lagi duit nuffnang. Nuffnang ini, memang ramai akui.. sangat susah dapat. Lebih-lebih lagi, blogger yang macam tehaa ini. Satu minggu, satu entri. Hah! kan? hehehe.. BUT IT'S OKAYLAH! sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

So, Kalau korang nak join nuffang ini.. ambil masa atleast satu hari satu kali untuk update blog. Insyaallah berkesan.. dan CUBA BACA TIPS INI, tips itu ditulis oleh Belog Goreng. Agak menarik juga. Korang cubalah satu persatu. BTW, Shida pun ada cerita pasal tips tentang nuffnang ini > TIPS DARI DUNIA SEBENAR SHIDA .

Amboi, panjangnya segmen ini. hah! alang-alang dah menaip, taip saja terus kan. hahaha...

So, sesiapa yang berminat nak join Segmen I Love Nuffnang by Dunia sebenar Shida boleh klik banner atas itu, atau klik dibawah ini.


GOOD LUCK.

 photo signature_zpsda3435b3.png

June 16, 2014

2nd Simple Giveaway SZL


Hai, assalammualaikum,


Di atas jemputan, maka tehaa ikut serta giveaway ini.. manalah tahu ada rezeki menang. dapatlah hadiah itu sebagai hadiah hari jadi tehaa yang akan datang ini kan? hehehe :)

Jomlah sertai giveaway ini.

See you next post. bye.

N.F.M

June 15, 2014

HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU


Hi, Assalammualaikum,..


Terima kasih kepada Mr.Google kerana menyumbangkan gambar diatas.
*entri ini penuh gambar* HARAP MAKLUM
Harini tehaa nak buat sikitlah review HOTEL YT MIDTOWN ini. Manalah tahu kalau korang berminat nak stay disini beberapa hari kalau datang ke Kuala Terengganu ini. Macam mana tehaa boleh sampai sini, itu lain ceritanya. 

Yang penting sekarang, tehaa duduk dihotel ini selama 2hari 1malam. Tehaa gerak dari KL jam 12am, sampai di HOTEL YT MIDTOWN pada jam 5.30am.. So, kami satu family ambil 2 bilik. Satu bilik ibu dan adik-adik dan satu lagi adalah bilik tehaa, adik tehaa no2 dan no5 atau lebih mudah di sebut bilik "anak dara"... hahaha






Gambar atas ini, kawasan bilik tehaa. Memang cantiklah. puas hati sangat! Bilik tehaa ada dua katil bujang.. so memang muat 2 orang sajalah kan. Adik tehaa no5 itu kecil saja.. so tidurlah sebelah tehaa. 

                            




Ini pula, bilik hotel ibu dan adik-adik tehaa.. not bad lah untuk tidur 3-4orang. sebab bilik ini guna king bed.. besar juga. lagipun adik-adik tehaa kecil saja badan mereka. hahaha..






Antara kemudahan yang disediakan dalam bilik ini, adalah seperti TV, iron, papan iron, sejadah, aircond, peti sejuk kecil, almari pakaian, penyangkut baju, hairdryer, cerek jag, cawan dan banyak lagi.

Harga? untuk harga, tehaa minta maaf sangat-sangat. sebabnya, tehaa tidak tahu total keseluruhan harga.. kerana penginapan tehaa ditanggung penuh oleh pembawa tehaa dan keluargaa ke sini.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii,....
korang boleh ke laman web www.agoda.com, tengok bahagian hotel search. Then pilih tarikh korang nak pergi. 

Jangan risau, HOTEL YT MIDTOWN memang dekat dengan kawasan pasar. Korang kena berjalan kaki sikit.. tehaa ulang alik ke pasar jalan kaki.. then balik, kalau malas jalan kaki. Tehaa sewa beca. hah! nampak tak? hehehe

                         

Ok. sampai disini sahaja. MASJID KRISTAL will update soon. bye.

N.F.M 

June 4, 2014

TRAVELLING LIST


Hai, Assalammualaikum..


Berdasarkan entri yang telah di "publish" kan pada tarikh 21.05.14 >BACKPACKER< tehaa ada tulis pada penghujung entri, bahawa tehaa akan bagi list kemana tehaa nak pergi.

Sebelum tehaa bagi senarai tempat yang ingin dituju atau lebih senang katakan telah dirancang untuk pertengahan tahun 2014 sehingga awal tahun 2015. hah? nampak tak, betul-betul nak travel. hahaha...

Ok. tehaa sediakan benda ini untuk korang yang nak pergi travel.. kalau korang rajin, buka words then taip ikut keperluan korang. Kalau nak senang, buka word.. copy image dibawah then paste kat word. PRINT OUT! lepas itu tulis pakai tangan kat bahagian yang tehaa tinggalkan kosong. 


Hah. senang kan? pss: untuk lelaki, dalam list ada sesuatu yang lelaki tak perlu bawa if nak travel sorang-sorang. hahaha.. pandai-pandai lah padam sendiri. maaf.

Now, kemanakah tempat yang tehaa merancang untuk pergi?
  1. USS, Singapore 
  2. Bandung, Indonesia
  3. Pulau Langkawi, Malaysia
Untuk USS, Singapore.. dalam perancangannya adalah  pada akhir tahun 2014 ini bersama rakan-rakan di UNISEL Shah Alam. Bandung, Indonesia pula adalah perancangan daripada family tehaa sendiri, tarikhnya belum dapat ditentukan lagi. Insyaallah pada tahun 2014 ini, semestinya waktu cuti sekolah kan. hah.

Disebabkan 2 tempat tehaa merancang untuk pergi semasa pertengahan tahun 2014, jadi Pulau Langkawi, Malaysia dirancang pergi pada awal tahun 2015. INSYALLAH! Nak ke Pulau Langkawi ini pun, rancangan bersama-sama sahabat di UNISEL. 

So, apa perancangan korang pula. hah! 

see you in next post...