May 26, 2014

Segmen : DAILY AHMAD by NIL




Hai, Assalammualaikum..

Harini tehaa nak masuk satu segmen yang dianjurkan oleh Blogger Nil. Segmen ini, dinamakan SEGMEN: DAILY AHMAD BY NIL dan segmen ini, akan dimasukkan dalam slot REVIEW sekaligus. So, nanti bila nak cari lagi sekali senang kan?

Siapakah DAILY AHMAD?
Menurut Nil, DAILY AHMAD merupakan seorang student di UITM SHAH ALAM, seorang pensyarah di Kolej Technology MEA dan artis youtube. WOW! it's superb awesome. kan? Hah! Nil pun ada bagi Facebook: DAILY AHMAD. Yeah! not bad exactly. Pastinya ada students yang terpikat dengan DAILY AHMAD ini, kan? CONFIRM! 

To DAILY AHMAD students: DAILY AHMAD garang tak? eh! hehehe :D
DAILY AHMAD berasal dari MELAKA? eh! kita satu kampung.. hah! malu! *tutupmuka*

Sekarang tehaa, beralih kepada bakat DAILY AHMAD pula..
Dia seorang artis youtube, well known kan? HAH! ni Youtube: DAILY AHMAD. Jangan lupa subsribe, Ok?! Then korang dengar lagu dia hasilkan. Tehaa start lagu dia cover, lagu "Dengarlah Bintang Hatiku" 

                                     


Aduhh! rasanya mesti students, DAILY AHMAD berulang kali dengar lagu "PENCURI" ini. hah! sweetnya lahai.. hahaha :D Tak habis dengan lagu "PENCURI" ini, DAILY AHMAD hasilkan karya dia yang bertajuk "SI MANIS". Amboi!! *feelinglebih*



Congratulation, DAILY AHMAD! you make me smile sepanjang Music Video ini dimainkan. Aww! sweetnya *behaveTehaa* :)

Cukuplah, sampai disini sahaja.. BTW,
To DAILY AHMAD: Teruskan perjuagan anda sebagai artis youtube dengan hasilkan pelbagai lagi video klip atau lagu-lagu yang boleh meningkat naik, INSYAALLAH. and marilah jadi lecture part time UNISEL SHAH ALAM, jadi lecture tehaa. hahaha.. *menyempatpromote*

For last but not least, KEEP SMILE Si Manis :)

May 21, 2014

MANA PERGINYA?


Hai, Assalammualaikum...

Karya TehaaNFM

Hah! nampak ke tidak kegigihan tehaa menaip entri pada waktu petang begini. Ala biasalah, bukan senang nak dapat perhatian daripada mr.nuffnang *menangis* 

Ok. back to story..
Ramai yang mesej tehaa menerusi facebook dan fanpages facebook, bertanyakan tentang dimanakah karyaku yang selama ini tehaa taip. kenapa takde sambung untuk cerita yang bertajuk "MAMA". Kenapa? kenapa? bla bla bla bla.....

Pertama sekali, walaupun tehaa dah balas mesej korang dan mohon kemaafan. Kali ini, tehaa nak mohon maaf lagi dekat blog ini sebab tak sambung episod seterusnya untuk cerita "MAMA". Insyallah, tehaa akan teruskan penulisan itu pada malam ini. 

Untuk makluman, tehaa akan campur juga dengan beberapa sajak hasil nukilan tehaa sendiri. Tapi apa yang penting selepas tamatnya cerita "MAMA". 

Segala yang nukilan yang tehaa hasilkan hanya sekadar keseronokkan, untuk menghasilkannya dan tiada bersangkut-paut dengan sesiapa. Alhamdullilah, satu cerita pendek yang bertajuk "AKU BUKAN MILIKMU" sudah selesai. 

Kalau sesiapa yang belum lawat, boleh klik banner kat bahagian atas post atau klik >KARYAKU< harap korang komen setiap cerita, mengenai jalan cerita dan dll. Tehaa tak kisah even negatif sekalipun.. ianya untuk pengalaman tehaa sendiri. 

Ok! See next post...

BACKPACKER.


Hai, Assalammualaikum..


Backpacker atau lebih senang pengembara. Mengembara ke negara orang dengan bajet rendah.. atau menurut kata wikipedia “form of low-cost, independent international travel" 

So, kiranya kalau sesiapa nak mengembara ke luar negara dengan kos yang redah.. korang kena survey tempat-tempat yang korang nak pergi. *pss : kalau nak pergi, kena yakin baru boleh jalan* even korang takde bajet lagipun.Cuba survey dulu, then kumpul untuk ke sana. hah! kan? barulah best.

tapi pastikan duit korang lebih 80%-100% dari bajet korang. Bajet yang korang buat, mesti masukkan total shopping yang korang mahukan. Kenapa kena sediakan 80%-100%? sebab andai kata terjadi apa-apa. At least, korang ada backup.. btw, yang penting jangan sesekali korang guna! walaupun, korang dah nak naik flight untuk balik ke tempat asal. Dah sampai, barulah boleh guna duit itu sesuka hati.

Apa yang penting, bagi tehaa.. bukan sahaja bajet atau tempat-tempat yang ingin dituju, tapi list barang yang korang nak bawa semasa travel. hah! macam list nak buat kenduri kahwin.. apa nak dibeli, apa nak ditempah. tapi kalau nak travel tukar sikit lah. Sebabnya, cuba bayangkan.. korang dah siap survey itu ini tempat nak pergi. semuanya settle. bajet pun ok.. sekali dah sampai airport, passport tertinggal. aduh! sakitkan?

So, antara list yang korang kena buat..
  1. Pakaian- Jangan terlalu banyak. *pss: pakaian dalam jangan terlalu sikit.
  2. Passport
  3. Kad pengenalan
  4. Map & Senarai tempat yang ingin dituju
  5. Wang yang ditukar
  6. Alatan mandi- sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi *pss: jangan bawa besar, botol kecil sudah cukup*
  7. Minyak wangi, dedorant, bedak .......
Tak kiralah korang nak travel dalam atau luar negara, senarai di atas pastikan ada dan tick gunakan pencil. So korang boleh gunakan untuk travel ke tempat lain pula. Banyak lagi kalau nak ikutkan, korang buat list lah.. then bila nak kemas atau bersiap sedia untuk perjalanan, baru korang tick apa yang ada. So tak tertinggal.. insyaallah :)

Untuk pakaian, ramai yang kata.. takyah bawa lebih, beli baju sana. tapi bagi tehaa kalau macam lepak negara orang 3hari 2malam.. then nak beli baju kat sana je.. even t-shirt sekali pun, pasti mahal dan membazir. Kalau beli sehelai dua helai itu, kira oklah kott.

So, korang nak ke mana? nah! ini namanya sediakan payung sebelum hujan. So dimana pun tempat yang nak korang tuju.. mesti ada sediakan pekara-pekara di atas. *pss: nanti tehaa update tempat tehaa, nak tuju.

Ok! see you next post....

May 20, 2014

RODA FERRIS


Hai, Assalammualaikum...



Lama dah nak ceritakan kisah RODA FERRIS ini.. tapi setiap kali nak taip mesti tergelak sendiri. ITU PASTI !

Begini ceritanya,
pada hari ahad yang lepas.. tehaa pergi dating bersama keluarga tercinta. hah! jangan fikir bukan-bukan ye? Lokasi kami di Shah Alam, pada mulanya kami makan nasi arab di Seksyen 7 di belakang UNISEL then terus gerak ke Icity.

Yeah! Tehaa ini namanya ulang alik, ulang alik seksyen 7, shah alam.. tapi jejak ke I-City pun tidak! memang ulang alik ke kelas sahaja. Nak menyinggah, perhh.. kalau orang teman dan nak merempit sekali, itu takpe! hahaha.. sebab tehaa memang tak reti nak berjalan kalau tak confiden dengan laluan itu. walaupun 10x dah lalu..

So, kiranya bila family date ini.. tehaa jadi excited pula sebab nak ke I-City sahaja. Then berjalan-jalan, tetiba adik tehaa yang last ajak naik roda ferris. tu diaa.. tehaa ini memang takut tinggi orangnya *tutup muka*

Ayah suruh temankan adik pulak tu. ermmm.. *telan air liur*  Adik tarik tangan, sampai kat bawah roda ferris itu.. ermmmmmmm... "TAKNAK LAHH!" *terus lari* hahaha.. last-last kena naik juga. Kononnya boleh lah nak capture gambar.. memang kelakar. mula-mula gambar teruk gila gegar.. mai tengok hasil dari awal sampai dah rasa selamat dalam itu roda ferris.. (gambar start kiri ke kanan)



 


Cuba bayangkan dalam roda ferris itu, mula-mula nak naik itu.. tehaa duduk then pegang pemengang kat tepi tingkap itu.. hahaha. memang kelakarlah. Adik tehaa no 2, siap berdiri nak tangkap gambar. tapi tehaa menjerit-jerit suruh dia duduk diam-diam. aihh.. malu sungguh *tutup muka* 

Ini adalah KALI PERTAMA, tehaa menaiki roda ferris ini. hah!

Ok! see you next post..

May 19, 2014

Spinal Stenosis


Hai, Assalammualaikum semua,

Korang ingat tak awal tahun 2013, tehaa ada post tentang Minor Surgery. Taktahu mana datang tetiba dah nak surgery kan? Itu pun update selepas pembedahan tersebut.

Tehaa ada post kat facebook, itu pun just post .....


post surat check-in hospital. ermm.. takut sebenarnya macam mana pun perasaan itu sangat lain. Petang sebelum check-in itu kami satu family berjalan. Yela! mybe ayah taknak bagi aku takut sangat kott..

Apa yang tehaa buat bila check-in dan duduk dalam hospital.. semuanya dah tertulis dalam entri Minor Surgery ini. Apa yang tehaa nak cerita sekarang, KENAPA BOLEH JADI BEGITU?

Tehaa main netball, sedia maklum. Mybe masa terlalu seronok bermain, tehaa jatuh dan mungkin ada terhentak kuat di bahagian punggung tehaa.. bila kejadian itu, tidaklah pasti. Kalau bermain, dilanggar orang, jatuh itu perkara biasa sering berlaku. kan?

So, jom kita study sama-sama tentang Spinal Stenosis ini :

     Spinal stenosis terjadi apabila ruang di sekeliling saraf tunjang semakin sempit. Hal ini member tekanan mekanikal kepada saraf tunjuang dan saraf-saraf yang bercabang keluar darinya seterusnya menyebab kesakitan, kebas atau lemah kaki. *ihsan google*

Pada mulanya doktor menjelaskan kesakitan tehaa ini guna MRI, so gambarnya seperti dibawah ini..


Then *dalam hati* apa bezanya? takfaham langsung! then doctor keluarkan lagi satu, seperti gambar dibawah ini.. korang tengok bahagian Spinal Canal itu, kan ada perbezaan normal dengan orang yang hadapi Spinal Stenosis. Disitulah tehaa faham segala-segalanya..


Lepas itu, doktor buatlah beberapa treatment. ermm tak ingat lah.. yang tehaa ingat dia suruh baring then knee up selama 5-10min. tapi tehaa taktahan lama. sebab kebas.. rasanya dalam 1min je tehaa bertahan.

Then doktor terus decide Minor Surgery . Masa itu, sedih sangat.. tehaa palinglah tak suka masuk hospital. Last masuk hospital masa darjah 6 (2004), sila bayangkan tetiba masuk hospital kena operation. Menangis masa doktor kata kena buat Minor surgery itu.

Dengan niat nak baik semula seperti dulu kala, 
Tehaa ikut sahaja masuk hospital dan setuju untuk melakukan Minor Surgery itu. Then sekarang kaki dah elok, Alhamdullilah.. tapi tehaa still rasa ngilu sikit. Yela! sebab masa sakit, bila tehaa baring.. kebas dia subahannallah. Tehaa baring pusing kiri kanan, then sampai sekarang pusing kiri kanan untuk cari posisi yang selesa. 

then lagi satu, kaki mesti nak ditinggikan. emm. sampai bila entah. hope kaki ini pulih sepenuhnya.. Aminnnn :)

Ok!See you in next post...

May 18, 2014

DELETE FANPAGES?


Hai, Assalammualaikum semua,

Susahnya nak taip entri harini, dari pukul 8malam sampai 9:50malam barulah tangan ini nak menaip.. kemain lama nak ambil nafas untuk menaip entri malam ini.

Actually, 
sambil menunggu "mood" nak taip blog ini. Tehaa menghias serba sikit blog ini. step by step kena buat, kalau sekali harung buat.. emmm.. mahu sakit kepala ini. So kalau nak buat perubahan step by step.

kenapa tehaa nak delete fanpages? 

sebabnya tehaa tiada masa untuk meng-"update" di fanpages tersebut. Yeah! fanpages tersebut memang memudahkan if ada blogger yang lain nak minta bantuan apa-apa sahaja. Aihh. maklumlah sejak-sejak dah nak habis Diploma ini.. dia punya sibuk mengalah artis hollywood. kan?

Lagi satu, cuti pun alahai macam tak cuti. Ok. Korang bayangkan, tarikh last paper exam 10/05/2014 dan tarikh masuk untuk semester seterusnya adalah 02/06/2014. See? Adakah itu cuti? *nak menangis*

Sepajang tehaa study, tak pernah tehaa ambil "part time" kalau semester break. Yela.. korang sendiri nak ke ambil pekerja part time yang nak bekerja hanya 3week or 4weeks only? Kalau tehaa jadi majikan pun, tehaa taknak.

So. macam ini cerita dia.. disebabkan tehaa rasa macam tak terjaga fanpages itu, tehaa rasa macam nak padam then bila tanya seorang blogger ini. Dia cakap ......

"Carilah second admin yang boleh jaga. Kalau taknak pun, masuk sahaja gambar-gambar photoshot kau. At least, fanpages itu hidup."

Masukkan gambar photoshot tehaa.. emm. idea yang sangat baik.Ok! Idea anda diterima, bro. btw, kalau korang minat nak jadi second admin untuk fanpages tehaa tak seberapa "glamorous" itu. Bolehlah, private mesej di facebook atau twitter tehaa. 

Ok! see you in next entry....

May 16, 2014

LEMONADE/LEMON JUS




Hai Assalammualaikum,
Tehaa saja letak gambar Jus itu dulu. Aihh.. tengahari begini, lepas lunch perhhh!! pasti terbaik kalau dapat seteguk lemonade kan?

Hari nak cerita sikit, cara buat lemonade ini :




BAHAN-BAHANNYA :

  1. Lemon (beberapa biji, kalau minum sorang.Sebiji sahaja cukup)
  2. Gula
  3. Air Masak/Suam
  4. Blander

CARA MEMBUATNYA :
  1. Basuh buah Lemon terlebih dahulu
  2. Belah 2 buah Lemon tersebut.
  3. Perah buah Lemon kedalam blander + masukkan air suam + Gula.
  4. Blander dan Siap!! :)
Ok. Tehaa guna blander Shake'n'Take , memang mudah sangat. kalau pakai Shake'n'Take ini, korang boleh terus minum sebab dia macam botol air, best kan? Tehaa tukar ke botol air sebab nak sejukkan lemonade itu. 

BTW, Shake'n'Take ini boleh terus blander dengan ais batu. Awesome kan? hah! Tehaa tak blander dengan ais batu sebab takde ais batu. hahaha. Lepas ini, kalau korang nak buat ais blander. Boleh buat sendiri je., takyah susah-susah nak beli kan?

eh! 
Ini cerita pasal lemonade atau Blander ini? hahaha. apapun selamat mencuba ...

May 8, 2014

Jagalah Sikap ..........


hello semua,

macam ini,
semalam tehaa pergi beli kain. untuk apa? tehaa beli kain untuk buat tudung, tehaa ada buat perniagaan online. marilah klik sini > @tdascarfcollection . Tehaa pun ada cerita sedikit sebanyak macam mana tercetusnya perniagaan ini. boleh check disini Online shop-tdascarfcollection .

back to story.

Tehaa bersama rakan tehaa sedang lihat kain satu persatu, actually.. kami dah habis pilih kain but sementara tunggu uncle tu lipat kain-kain yang dipotong dan tulis dalam resit. Seperti biasa, kami berpusing-pusing. Then tehaa terpadang ada seorang mamat..and yeah! dia mengangkat dan mendepakan kain itu dihadapan seorang perempuan. Disebalik itu, dia pandang kami yang sedang merayau-rayau. and we just ignore him.

Tiba di kaunter pembayaran, 
cashier tengah sibuk mengira kain kami then tetiba dia datang and he so angry. Ok!
*cuba bayangkan*

Dia datang meluru ke kaunter, then tanya 
"dik, kain kat sana itu takde stok lain ke? kami nak tengok. saya datang nak beli kain ini. Ingat saya takde duit ke? hah? banyak ini duit saya bawa (sambil dia pukul poket belakang dia) "

No manners. i'm so sorry. i'm must have told you have no manners!

Bila aku terkejut tengok sikap mamat itu, mulalah macam-macam aku keluarkan. Allah, geramnya aku dengan mamat itu. aku rasa nak lempang je muka dia. 

Yes! kalau kau marah salesman or salesgirl sekali pun. Takyah lah nak cakap macam itu. Kalau ada banyak duit, beli lah kedai terus. kau jadi bos. Lagipun aku tengok salesman and salesgirl kedai itu pun tak ramai. 3 atau 4 orang. yang lain mybe pergi rehat.

masa time aku nak minta potong kain itu pun, agak lambat. sabarlah Bro....

Mereka bukannya robot. robot pun kalau di kerah selalu boleh cepat rosak *maybe lah! tehaa tak pernah ada robot*

Akhir kata,
Even duit kau berkepuk sekali pun, even duit kau tak habis walaupun kau guna banyak kali pun, even duit dalam akaun bank kau ber-millions ber-billions. KALAU SIKAP kau begitu, kau terlalu rendah bagi aku! terima kasih :)