Hai. Assalammualaikum..
Entri ini sempena GIVEAWAY RAYA yang tehaa telah anjurkan. Walaupun penyertaannya memang sudah dijangka tiada sambutan. Jangan risau, yang sertai tetap ada hadiahnya. Okay? :D entri ini mungkin agak panjang sedikit *bisik*
Hampir seminggu sudah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami(keluarga tehaa) menyambutnya dengan kadar yang sederhana.
Malam Raya,
Selalunya kami sekeluarga memang sibuk dengan persiapan hari raya pada keesokkan hari dan selalunya malam raya masih lagi kami didapur masak rendang dan lain-lain. Tapi tidak pada tahun ini, tahun 2014 ini.. rendang, nasi impit, dan lain-lain semua dah tersiap sedia sebelum berbuka lagi. See.. bagaimana cepat kami mula masak, cuba bayangkan "KALAULAH TAK JADI RAYA ESOKNYA" hahahaha. So lepas kami mendengar pengumuman raya, apalagi bunga api dan mercun lah. eh! mercun poppop je. hahahaha. Dah puas main bunga api, kemas bahagian dalam pula.. pasang langsirlah, isi kuih dalam balang.Pastinya masuk tidur pun lambat.
Raya Pertama,
Pagi-Tengahhari: Kami berada di PJ lagi, selepas sembahyang raya. Kami ke rumah atuk nenek di PJ untuk beraya dengan mereka terlebih dahulu sebelum bergerak ke tanah perkuburan. Sesudah pulang dari tanah perkuburan, kami akan menjamu selera terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah saudara mara yang berdekatan. *nanti dekat rumah orang takde lah makan banyak sangat* Setelah beraya di semua rumah, balik rehat. Ok! dalam ini tehaa pergi 2 rumah, dan dapat 2 ampau! :}
Petang: Dalam jam 4petang, kami sekeluarga berkemas barang untuk pulang ke kampung! yeahh! Alhamdullilah jalan line clear, tidakah jem seteruk yang disangka. Dalam kereta semestinya semuanya tiada cerita yang menyoronokkan. Dalam pukul 6petang, kami sampai di Teluk Kemang, Port Dickson. Kampung nenek tehaa.. yang sedihnya nenek pergi selama-lamanya pada hari Nuzul Al-Quran 2014 baru-baru ini. Tapi rumahnya masih ada anak-anaknya a.k.a makcikpakcik tehaa. Ok! kat sini ada 2 ampau juga. Totalnya: 4 ampau :}
Malam: Sampai Melaka 8pm, rehat dan pukul 11pm melepak atau orang Johor kata "ngeteh" kat tepi pantai dengan cousin sampai 2-3am.
RAYA KEDUA,
Hujan selebat-lebatnya pada pagi hari, akhirnya berhenti jua jam 2pm. huh! bersiap-siap untuk bergerak ke rumah saudara-mara yang lain. Sebanyak 4buah rumah, yang sempat kami beraya. Jam menunjukkan pukul 7pm, jadi marilah pulang ke rumah. Ok! dalam 4 buah rumah, tehaa dapat 3 ampaun. Totalnya: 7 ampau :}
RAYA KETIGA,
Sama seperti raya kedua, pagi sampai ke tenggahhari hujan selebat-lebatnya. Jadi memang tidak ke mana-mana. Duduk rumah sahaja. Dalam pukul 3pm hujan kembali reda, jadi kami bercadang nak merempit ke rumah sepupu. Sampai rumah sepupu, siap berkaraoke. Itulah kan padahnya sepupu satu kepala.. datang raya sambil karaoke. Petang itu, dalam pukul 5pm, kami putuskan nak mandi pantai. cehhh! acah-acah taknak mandi pantai. Sekali tengok sepupu yang lain seronok saja mandi. Apalagi terjebak juga. huh -.-
Pada jam 10:30malam, kami gerak pulang PJ semula :D
RAYA KEEMPAT
Duduk rumah, tengok tv cerita raya yang dah terlepas. Makan, tv, makan, tv, tidur! hahaha
RAYA KELIMA
Rumah terbuka- rumah pakcikmakcik di Damansara Utama. Lepak kat sana dari Pagi sampai petang nak ke senja.
RAYA KEENAM
Pagi: Cari bahan-bahan untuk rumah terbuka kecil-kecilan pada esok hari dan selesai semuanya barulah rehat lepak depan tv sambil pegang balang kuih. hahahaha
RAYA KETUJUH
RUMAH TERBUKA! Yeahh! Alhamdullilah, syukur. Walaupun kecil-kecilan tetap meriah, bak kata orang tak menang tangan. Maaf tak dapat nak mengajak semua orang, aihh. Maklumlah, ini hanyalah kecil-kecilan. Insyaallah. Ada majlis yang lagi besar, anda pasti dijemput :)
Kesimpulannya, hari raya pertama dan kedua memang sangat sibuk, sangat penat dan yang paling penting SANGAT KENYANG. Yelah, cuba korang kira berapa rumah tehaa beraya. Sudah pastinya tuan rumah hidang macam-macam. Aih, maklumlah. Baru raya pertama dan kedua :)
Rasanya panjang sangat entri ini sebelum tehaa menekankan titik noktah terakhir untuk entri kali ini, tehaa ingin memohon ampun sekiranya sepanjang penulisan blog tehaa ini ada menyakitkan hati anda, menguriskan hati anda dan apa yang buruklah yang berlaku selama ini. Harap kita 0-0 okay? :)
Ok.see you next post.bye.