November 2, 2015

CONVOCATION PART 2: SETTLEMENT FEES

Hi & Assalammualaikum semua,

p/s: agak lama juga cerita ini, tapi nak cerita juga 😂

Harini nak cerita konvo part 1 dulu okay. Sebenarnya konvo ini ada step by step.. so just follow the steps, korang takkan salah apa-apa. TRUST ME!


STEP 1: Confirm kan kedatangan.
Hah! Ni korang buka je, pakai handphone.. sekarang most of people pengguna smartphone kan? Takde lah susah mana. p/s: part ini, kalau nak pergi ke taknak pergi ke.. STILL korang kena confirm kan.


STEP 2: Paid the fees.
Ini pastilah kena bayar kan? Semua UNIVERSITI atau kolej yang ada konvo semua kena bayar.. cuma bezanya adalah MAHAL ATAU MURAH. UNISEL? Mahal ke Murah? Soalan cepumas ni *buatmuka*

Yuran konvo unisel, bagi student Diploma (untuk tahun 2015) adalah RM350. hah?! Mahal ke murah.. mesti ada kata mahal, ada yang kata murah. Bagi tehaa, boleh tahan mahalnya TAPI BERBALOI.. kenapa?


Sebab :
✅ baju lengkap topi untuk Diploma. Ada kolej, bayar kadang2 lebih RM350 tapi tiada topi.
✅ Include gambar onstage by profesional photo.
✅ Ofcourse baju. Takde cacat cela. Cantik sangat design tu. Orange+Black.


Itu sebab-sebab tehaa rasa berbaloi sangat. TAPI kalau korang pernah bayar insurans masa awal semester dulu sebanyak RM250, untuk konvo korang just bayar RM100. Hah! Oklah kan? 

Taknampak sangat duit tu keluar.. hahaha
Sebaik-baiknya korang asingkan tepat jumlah yuran. Bila sampai kaunter nak bayar, cakap nak potong apa yang ada.. then dia akan bagitau jumlah korang kena bayar. 

Sebab ada member tehaa, kena bayar RM120 tapi tehaa bayar RM100 je. So tengok korang punya statement la.. berapa balance yang ada.


Cerita settlement fees ini, sampai disini sahaja. Nanti tehaa sambung lagi Part 2- Collect a robe & Rehearsal .. okay 👌😊


much love,
tehaalarh 😘

August 23, 2015

CONVOCATION PART 1: SAVE-A-DATE


Assalammualaikum.. hye? 

Haritu tehaa ada cerita pengalaman "PENGALAMAN SEMASA DIPLOMA" thats means as student, right? So harini tehaa dan seterusnya tehaa akan update proses sepanjang nak ke CONVOCATION DAYS *claps* *prouds* 
                           
                         
KONVOKESYEN? SERIOUSLY... seronoknya! dah nak konvo cepat sangat masa berlalu. Atas ini adalah konvokesyen tehaa akan hadir, tarikh seperti tertera 24-26 Oktober 2015. Tehaa dapat tahu pun minggu lepas, sebabnya tiba-tiba ada group whatsapp "KONVOSYEN KE-10" *jumping* *jumping*

So sekarang dah bulan 8. Convocation will be held on month of October. Kalau nak ditambah tolak bahagi darab ada lagi 1 bulan je.. sebabnya bulan 8, ada lagi seminggu sahaja.  Konvo memang tak berlangsung awal bulan 10 ianya pada akhir bulan 10. Tapi baju, kasut, nak bayar yuran konvo, nak ambik jubah.. 

its takes time! seriously. please jangan sesekali ambil sambil lewa tentang hal begini. nanti kelam kabut masa hari kejadian. Orang kata sediakan pajung sebelum hujan. Duit semua kena simpan untuk konvo. Janganlah berjoli sakan sampai nanti satu tahap nak bayar yuran konvo pun takde. takdapat konvo. 

Date itu tehaa memang dah pesan awal-awal kat parents tehaa, "ayah, ibu.. jangan pergi mana-mana 24 sampai 26 oktober 2015 ini along konvo" kena bagitahu awal-awal. nanti takut tak dapat cuti. Kira macam "SAVE A DATE" lahh ala-ala nak buat kenduri besar-besar. ehem. belum ada lagi nak buat majlis. hahaha 

You know what? Tehaa akan berusaha juga untuk update proses konvo ini.. cuma tehaa belum confirm nak cerita straight-A-to-Z dalam satu entri atau satu entri untuk satu proses. Itu belum decide lagi. So tunggu ~~

Bye :D

August 5, 2015

PENGALAMAN DIPLOMA

Hai, Assalammualaikum..

30 minute lagi. Ok! Saja cuba update blog around 30min dalam masa office break. Mana tahu menjadi.. bolehlah update 2 entri satu hari. *berangan*

Pengalaman sambung belajar(diploma)?
Tetiba nak kongsi macam kisah tehaa sambung belajar ini. Semua tahu, yang tehaa sambung belajar di UNISEL Shah Alam. Well known! Now saya sekarang EX-STUDENT for UNISEL SHAH ALAM *proud* *clap*  seronok tak? Mesti lah sangat seronok.. ada kawan baru. Hehehe.


Ok! Sekarang bukan cerita pasal kawan. Nak share macam mana tehaa harungi selama 2 tahun setengah bulan. Masa tehaa daftar diri,  pada bulan July.. jadi first semester tehaa adalah semester panjang. Selama 2 tahun setengah bulan tehaa ada 6 semester panjang dan 2 semester pendek. Seronok. 

Nak masuk satu semester ke satu semester. Tapi kebiasaannya korang akan rasa perit dengan 4 perkara :
(1) dateline assignment
(2) Quiz 
(3) Test
(4) Duit


Wahh! Mungkin ada penambahan lain.. tapi bagi tehaa 4 perkara atas memang perjuagaan dia habis-habisan.. stress setiap kali. Dah lah duduk rumah sewa. Bayangkanlah macamne nak study.. kalau asyik terfikir duit. Kan? Hahaha. Tapi orang pernah kata.. jangan kata kita takde duit sebab kata itu satu doa. Bayangkan kalau betul-betul takde duit.. tak ke lagi stress dibuatnya kan?

Kalau bab dateline assignment tu pandai2 lah.. janganlah buat kerja last minute kan? Lagi susah kan.. test dan quiz kebiasaanya memang mengejut! Pandailah nak hidup.. hahahaha

Faham-faham sahaja lah kan?

Cukuplah rasanya cerita bab ini. Ada apa-apa nak tanya.. boleh sahaja tanya. Saya ok. Hehe. Bye.

August 4, 2015

11 STREET ADDICTED

Hai. Assalammualaikum..

Siapa Shopahollic kat sini? *angkat tangan* Korang semua kena baca entri kali ini.. sebab apa? Sebab tehaa confirm korang akan addicted dengan satu ini. Hehehe..

Actually, tehaa pernah cuba membeli di 11Street ini.. So nak cerita sikit pengalaman membeli di 11 street ini :) 


Memula takut sebab takpernah beli macam ini, risau itu mestilah ada kan? But.. tahu tak? Lepas sahaja payment guna CIMB CLICK. Sudah tentu CIMB CLICK mesej yang bagitahu ada buat transfer2 ini.. Tapi jangan risau 11 street akan terus email dan mesej kat korang yang korang dah transfer duit untuk produk itu (rujuk gambar diatas) .

Then esoknya korang akan dapat email yang Seller dah hantar barang korang. Dalam email itu akan ada kurier apa yang digunakan dan tracking number sekali. So korang boleh lah track kat mana barang korang pergi.. hehehe. 

Lepas dah dapat korang pergilah kat 11street dan sahkan yang korang dah dapat barang itu. Sekali gus korang bagilah feedback sikit. Supaya orang lain boleh dapat keyakinan untuk membeli produk itu. 



Kalau korang nak tahu macam mana proses dalam 11street ini, boleh rujuk gambar atas ini. Ada 05 step sahaja. Mungkinlah step 04 ke step 05 agak lambat bergantung barang yang ada beli itu. Seller mungkin jauh. Kan shopping barang Korea.. hehe. So sabar ye?

Untuk tehaa, barang yang tehaa beli itu. Seller berdekatan sahaja, so barang sampai hari ketiga after tehaa order. Barang memang TERBAIK! sampai dalam keadaan sangat selamat. Seronok sangat! Dan sekarang dalam proses tunggu next item sampai.. hehehehe :D 

Kan tehaa cakap kalau dah terjebak sekali confirm akan terjebak terus. Hahaha.. Selamat bershopping semua. Byeeeee ~

HILANG TANPA DIKESAN

Hai. Assalammualaikum..
Apa yang HILANG? terus straight to the point malas nak kias-kias. Hahaha. Nanti kalau dah berkias-kias gerenti 200% HILANG semuanya. Walaupun tehaa rindu blog 200%. Okfine!


Pada suatu pagi yang cerah, dengan bunyi hon dan ambulan (almaklum rumah tepi highway).. Kini bermula lah Al kisah seorang  blogger yang ingin berkongsi apa yang tercatat di kepalanya, untuk di karangkan atau ditaip di dalam blog agar dapat dibaca oleh semua orang. Lalu dia membuka blog dengan kadar segera.. sesudah sahaja menekan "New Entry". Apa yang difikirkan tadi, apa yang dibayangkan tadi tiba-tiba HILANG dan AKHIRNYA blogger tersebut menutup semula blognya tanpa menaip apa-apa

-TAMAT-

Tamat sudah cerita ini. Siapa pernah kena. tehaa memang selalu dah kena. Rasa nak menangis. Kecewa. Semuanya ada.. hahahaha.

Punyalah bangga dapat menaip sepanjang entri harini.. walaupun bukan banyak sangat. Tapi saya paksa. Sebab lama sangat. Dan tehaa still mencuba supaya update sekurang-kurangnya 1x seminggu? Okay tak? Ahahaha..

Banyak yang nak dikongsi sebenarnya. Tapi itulah bila dah buka HILANG segalanya.. memanglah tersangat kecewa kan? Takpela. tehaa cuba yang terbaik. Okay? Mungkin 1x sehari.. tehaa cuba :)

May 28, 2015

LIDAH BUAYA @ ALOE VERA


Hai Assalammualaikum,

Haritu tehaa ada update gambar lidah buaya kan? harini nak bagitahu apa kelebihan lidah buaya tersebut.. ehemm. percaya tak, lidah buaya yang usually tehaa guna ada lidah yang tehaa petik sendiri dari pasu. maksudnya taman sendiri lah.. eh2, bukan tehaa yang tanam tapi nenek yang taman.

MANFAATNYA....................................

Lidah buaya yang kaya manfaat

Ala.. taknak lah cerita panjang-panjang. kalau korang nak tahu. google je. mesti ramai dah update pasal khasiat lidah buaya ini. Lagipun lidah buaya ini, dah ada pun di pasaran. guardian, watson.. banyaklah. Tapi teha tak pernah beli, memang ambil pati dari pokok sendiri.

best sangat if korang pakai lidah buaya ini. kalau tak percaya, pergi ambil kat pasu rumah korang.. kalau takde, cuba minta sikit kat jiran, satu jadi la.. nak cuba saja kan? tips nak petik lidah buaya, petik paling bawah sekali usually kena potong pakai pisau la.. pakai tangan tak pernah cuba lagi. hahaha

Potong yang paling bawah sebab itu paling tua. kalau kena muka yang berjerawat, puas nak menahan gatal.. hahaha. ok! back to story.. 
  1. Potong paling bawah.
  2. Basuh. (kotor dengan tanah kan)
  3. Potong mana-mana bahagian kulit, Jangan tebal sangat, potong macam potong buah.
  4. Basuh muka, lap sikit, biar lembab-lembab je muka tu.
  5. Tepek kat muka. tekan-tekan sikit, biar lendir lidah buaya keluar. hahaha
  6. Baring, lepak depan tv. = biarkan dalam 30min
WARNING!!
Jangan nak gatal tangan pergi garu muka ye? even, korang baru lepas basuh tangan pun. aku tak kira.. jangan usik!!  sebab kuman. Kalau tak percaya, tengok iklan pencuci tangan, kebanyakkannya gerenti 99%. then mana lagi 1%? still kat tangan kan? hehehe.. so jangan usik! faham?

Lagi nak cerita apa ye?

Oh ye? repeat lah buat perkara yang sama, hari-hari.. barulah ok, elok, cantik wajah korang. and last one, nak jimat, lidah buaya kan panjang, potong suku setiap kali nak pakai, then balut dengan surat khabar, simpan dalam peti. 

PLEASE!! kalau dah balut dengan surat khabar, nak guna esoknya, potong sikit.. baru potong suku sebab lendir yang depan itu mybe dah bercampur dengan ink newspaper. takut bahaya lak kan?

Semoga menjadi cantik semua,
kbai... 

May 13, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-5


Hai, Assalammualaikum...



Apa ni? Hah..atas ini adalah Lidah Buaya. Nak tahu apa ceritanya.. esok tehaa post.

May 4, 2015

ANGKUT BARANG PINDAH PULA.

Hai, Assalammualaikum, semua..



HAPPY HOLIDAY!!! 

wahh. Seronok kan.. Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin cuti. Mestilah seronok.. dan tehaa tahu mesti yang berharap, banyakkan lah holiday begini. 4 hari deret. Hahaha. Seriously talk! 


Apa korang buat masa cuti 4hari? Takkan duduk kat rumah, lepak depan tv, pegang remote, tukar channel sahaja? Sama macam tehaa buat? Hehehe.. itu barulah cuti. Rehat. Kalau berjalan takcuti lah namanya. Kan?



Tapi tehaa bukan 24hrs depan tv. Bila petang. Tehaa merayau dengan family. Dinner kat luar. Hello hola. Jalan tak jem tau.. hai warga KL, kamu semua kemana? Hahahaha. Mesti ramai balik kampung kan?



Tehaa sekeluarga tak boleh balik kampung. Hari ahad(semalam) ada job. Ayah minta tolong angkat barang kawan dia nak pindah. Wahh! Tehaa angkat barang. Please lah percaya. walaupun tehaa angkat then letak kat troli then angkut dalam lori. Hahahaha



Alhamdullilah. Dapatlah sikit duit buat job itu. Pemurah sangat bos ayah itu. *tumbs up* berbaloi sangat bila peluh-peluh menitik semalam. Yes. Tehaa takde adik beradik lelaki. Lelaki dalam rumah, ayah seorang sahaja. Yang lain perempuan. So kerja angkat barang pindah ini, small matter. Memang dah biasa. Walaupun tehaa tak boleh tunduk then angkat barang berat. 



Tehaa tolong apa yang boleh lah. Angkat barang yang paras pinggang tehaa boleh. Kalau dari lantai. Suruh orang pass kan. Baru boleh. lagipun troli ada. Orang letak dlm troli byk2. tehaa tolak. Susun dalam lori. Senang je kan? 



So, cuti korang kemana?



Sekian, bye..

Xoxo

April 27, 2015

WEEKEND TANPA TV.


Hai, Assalammualaikum..

Apa pula tehaa ini, cerita pasal weekend.. masa semua orang tengah mood Monday Blues. Hahaha... Ok! Ini cerita throwback lah.. weekend lepas. 

BOSAN kot! 
Astro takboleh on langsung. Stress. Sebenarnya memang dah kena hari khamis lepas. Lepas Itu terus call astro. Operator tu mula-mula bagi instruction, kot-kot boleh betulkan sendiri sambil dengar arahan. Tapi takboleh juga. So kena tunggu untuk buka report. biasalah lepas itu kena tunggu 24hours technician datang rumah check atau betulkan apa yang rosak. Satu hari khamis itu memang tak tengok tv la -.-'

Lepas solat jumaat, technician datang rumah. Betulkan. Dia betulkan wayar satelit belakang dekoder, ala yang warna putih.. wayar itu tebal sikit. Lepas dia betulkan. elok! Wahh! Seronoknyaa.. malam boleh tengok Running Man. Fast Five. 

Hari sabtu pagi, nak buka tv.. tetiba on astro. Tak boleh! Duhai... jangan lah. Off kan balik suis. On balik. Sama sahaja. Then aku call astro balik. Ulang balik benda sama. Atlast dia cakap report lama tak tutup lagi. So nak buka report baru mmg lambat sangat. 

Thats means SABTU AHAD. memang takdelah tv.  Dan tersangatlah bosan. In fact, whole family tehaa memang duduk dalam bilik sahaja lah. Ayah ibu tehaa layan game and movie dalam hp masing-masing. Tehaa dan adik beradik lain sama lah. Yang dua orang takde handphone tu, buka laptop layan movie.

nasib tehaa memang jenis simpan movie dalam hp. Movie yang tehaa selalu repeat tengok lah. Dan takpernah bosan.

           

Ini antara movie dalam handphone tehaa. Memang berulanglah movie ini selama 2 hari berturut-turut. Hahaha. But now, astro dah ok. technician kata kena thunderstrom. Yelah lately kan hujan ribut kan..

Oklah. Sekian. Bye :*

April 19, 2015

IBU SEHARI.

hai, assalammualaikum semua..

Happy weekend!! :)

Harini nak ber-throwback sikit. tentang apa? Tentang semalam.. semalam tehaa jadi ibu sehari *tepuk tangan* wahh! Penatnya.. confirm. Baru tahu kan betapa susahnya.

Sebenarnya, tehaa bawa adik tehaa jalan-jalan. Pergi tengok wayang. Haritu dah berjanji so kena lah tunaikan.. nanti tak bawa asyik minta je. Huh! Malas dengar bising. 

kononnya nak pergi the whole family, ayah ibu adik2.. ayah terpaksa bawa ibu dengan makcik pergi tengok nenek saudara tehaa yang sakit kat Lumut. So, tehaa keluar dengan adik-adik sahaja lah.. 

Semalam tengok cerita HOME. meh! sini tehaa cerita dari mula. Sebelum tehaa pergi confirm tengok ada lagi ke tidak cerita HOME itu, sebab dah lama kan..  
takut dah takde pulak cerita itu.  

Sampai situ, sekali tengok ernm.. movie pukul 11:20am dan 5:40pm. Tengok jam 11:40am... whatthe *menangis* adik-adik nak tengok juga cerita HOME. Then tehaa kata beli tapi balik dulu dalam pukul 4pm, kita datang balik. Diorang taknak pula itu -.-" 

So, jadi stay kat mall sampai pukul 5:40pm. Korang rasa? Memang macam hado lah merayau satu mall dari pukil 11:40pm sampai 5pm. Memula lepak kat Popular, lepas jalan-jalan tengok live MMA kat hall Mall itu. Lepas itu, pergi masuk surau untuk solat Zohor dan asar. Ok! Masa itu dah pukul 3:50pm, stay je kat surau sementara tunggu asar. kan? Then akhirnya jam menunjukkan 5:15pm setelah penat menunggu. 

5:30pm baru nak beli popcorn. Masuk wayang. Habis wayang. terus balik. Huh! Penat sangat rasanya.. betapa bangga boleh duduk beberapa jam kat mall. Hahaha

Oklah. Untuk rating cerita HOME tehaa 4/5 star. tak rugi kalau korang pergi dengan adik-adik or anak-anak or anak-anak buah.. tak kisah pergi dengan siapa pun.. memang seronok la. Gelak paling besar bila boov menari. Hah? Taktau kan siapa boov? Pergilah tengok. Hehehe .

Oklah. Sekian, bye.

April 17, 2015

CIK NILAM SYAPINA | REVIEW.

Hai, Assalammualaikum semua..

Ehem ehem.. hutang dengan blog, dua hari tak menaip entri.. tuptaptuptap buat review.. pheww *lap peluh* hahaha.. hehehe.. actually dari haritu tau stalk seorang blog ni. Tapi lupa nak taip entri untuk review 😊 *maaf*

So, tadi tehaa private mesej dia.. minta link blog. *lupa* biasalah semut banyak sangat. Lepas itu, dengan faktor usia yang semakin meningkat ini.. faham sendirilah *malu* 
      

Mari sini adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian.. tehaa nak cerita sedikit tentang blogger NS ini. Wahh!! Macam jual barang *gelak besar* korang takkan rugi kalau stalk hari-hari.. tak percaya? Trylah stalk.. hahaha 

APA YANG MENARIK DENGAN BLOGGER NS? 
  1. Cik Nilam Syapina yang sangat friendly dan sangat ceria. Share sahaja pendapat korang. Forsure dia boleh terima pendapat korang yang bagus itu 😃
  2. Blogger NS dah pernah masuk dalam majalah-majalah tahu tak? Salah satu tehaa majalah yang tehaa baca adalah Majalah Remaja. Huh! *tehaa jealous* eh! jealous yang benda yang baik takpe kan? Hehehe 😁 
  3. Cik Nilam Syapina ini adalah seorang novelis tahu tak? Sebab itulah korang takkan rugi baca blog dia hari-hari. Ehem.. novelis tu. Mestilah seronok untuk setiap gaya penulisannya kan? 
  4. Blogger NS pun ada juga share serba sedikit tentang islamic tau.. boleh tambah ilmu sikit. Seronok orang membaca banyak pahala yang blogger NS dapat. 

Panjang tak? Hahaha *gelak besar* kalau nak cerita memang panjang. Kalau korang kenal siapa Cik Nilam Syapina ini.. korang akan tahu macam mana dia. Dia memang sporting dan open minded 😃 

APA LAGI JOM USHA BLOG, BLOGGER NS  >  http://nilamhimawari.blogspot.com

p/s : Cik Nilam Syapina seorang novelis, nanti boleh lah komen short story tehaa.. hehehe *malu* mana tahu boleh perbaiki sikit cara penulisan untuk short story tehaa. Link? ini dia > http://tehaalarh.blogspot.com/2015/04/dari-novel-ke-drama.html

Sekian, bye :*

April 15, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-4


Hai, Assalammualaikum...



Kalau nak tengok semua hasil photography tehaa, boleh follow instagram tehaa @tehaalarh 

April 14, 2015

TUTORIAL CHECK TRACKING NUMBER (POSLAJU).

Hai, Assalammualaikum..

Sesiapa yang baca blog tehaa, mesti dah tahu tehaa memang ada jual online. Dekat instagram namanya @beautifulblossomwhite . So harini nak pendekkan cerita sebab ini adalah tutorial.. taknak lah cerita panjang-panjang, nanti bosan. So terus tengok step di bawah.

1. Tracking number
     - Tracking number ini adalah nombor bungkusan barang anda. Mana nak dapat tracking number? tracking number ini, boleh minta dekat orang yang awak beli barang itu, 
*Contoh tracking number EP 62 347 468 5MY 

2. Buka laman web poslaju > www.poslaju.com.my

3. Klik TRACK&TRACE

4. Masukkan no tracking number anda.
    - Cara isi tracking number adalah JANGAN JARAKKAN number tersebut.
      *contohnya EP623474685MY

5. Tekan "TRACK"

 



SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS INI.
  1. Gambar pertama, itulah adalah cara anda masukkan tracking number dan tekan track.
  2. Gambar kedua, kalau tengok kat bahagian bawah "track" ada kotak kan? itu adalah tarikh, lokasi dan proses penghantaran barang anda. 
  3. Gambar ketiga, nampak tak kotak yang atas sekali itu bagitahu yang korang dah terima barang. Delivered(nama anda) //  Contoh : DeliveredNURIZZATI.

Faham tak? senang sahaja kan? 
Nowdays, semuanya hujung jari sahaja janji ada smartphone dan data handphone atau wifi. Okay? :D


SEKIAN, BYE.
XOXO

April 13, 2015

TABIAT BILA TENGOK WAYANG.

 Hai, Assalammualaikum..


Sekarang cerita apa yang sedang hangat diperkatakan? ermm.. pastinya semua orang tahu Fast and Furious 7 adalah salah satu daripadanya. Selain itu, Cinderella, HOME dan banyak lagi. Semua cerita ini, memang sangat hangatlah diperkatakan sekarang ini. Even kalau pergi makan dengan kawan-kawan mesti tanya "eh, bila nak pergi tengok cerita dan bla bla bla" 


Buat masa ini, tehaa dah tengok cerita Cinderella dan hari sabtu lepas tehaa baru sahaja tengok Fast and Furious 7(FF7). huh! Mulanya member tehaa cakap, kalau pergi tengok FF7 confirm kau menangis teresak-esak.. *gelakbesar* takpercaya langsung. Then pergilah tengok hari sabtu malam itu, at last scene yang "One Last Ride" itu.. *menangis* lepas itu, macam ok sikit. Sekali bila time flashback balik FF1-FF7 *menangis lagi* sedihnya ~~~

Alang-alang dah bercerita pasal movie kat pawagam, apa habit atau tabiat korang bila waktu sebelum, semasa dan selepas tengok wayang. Mesti setiap orang berbeza-beza.. Yelah, personaliti orang pun taksama setiap seorang. Takkan lah habit boleh sama kan? hehehe

Kalau tehaa, kalau niat nak pergi tengok wayang.. sampai sahaja mall mesti terus ke wayang untuk dapatkan tiket. Serius! 

Sebelum : lepas itu.. tengoklah pukul berapa start, kalau dalam 1 ke 2 jam lagi baru boleh ke tempat mana nak pergi. pergi makan ke. pergi MPH or Popular ke. ataupun window shopping kat kedai-kedai baju. Kalau lagi setengah jam or 45min, lebih baik stay dekat kawasan wayang sahaja lah.. nak beli makan pun, pergilah beli popcorn.. dekat sikit. Sebab panggung kan buka 10min sebelum start.. takpe masuk awal daripada terlepas scene pertama kan? 

Semasa : Hah! ini waktu kemuncak. TOLONGLAHHHH jangan kacau tehaa pada waktu cerita sedang berjalan, sekali sahaja tehaa terlepas atau bercakap dengan orang sebelah sampai habis cerita lah tehaa tak focus, sebab tertanya-tanya scene yang terlepas itu. Kadang-kadang tehaa makan popcorn, tapi kalau before masuk panggung dah makan.. memang taklah beli popcorn kan. *membazir* 

Selepas : Bila habis sahaja cerita, tehaa jenis duduklah dulu. Bukanlah habis sahaja cerita, tehaa terus bangun. Ramai sangat nak turun, so rilek lah sekejap. Jangan lama sangat lepak kat situ nanti kena halau dengan orang kerja kat situ *gelak* Then bila keluar, satu tempat wajib pergi adalah TANDAS. hahahaha.. itu memang wajib sangat bila dah keluar panggung. Yela, masa movie tayang.. aku focus. memang tak bangun lah dari seat itu kan? Hahaha

So, apa habit korang? hehehehe.. 

Sekian. bye..
XOXO

April 12, 2015

REVIEW PADAT DAN BERMANFAAT.


Hai, Assalammualaikum.. 

Semalam pergi lah buka laman web En. Nuffnang.. kononnya nak tengok berapa ramai visitor blog dan hasilnya Alhamdullilah. Ada beberapa visitor yang kerap juga datang terima kasih ye. Semalam tehaa tengok juga kebanyakkan diorang cari apa dekat blog tehaa ini?

huh! 1st ranking adalah KENALI WARNA URINE anda. Macam kelakar kan? yes! teringat masa buat review tentang urine.. Ya Allah, peningnya nak faham. *dizzy* mahu tak nya.. kebanyakkan yang cerita pasal warna urine ini, ditulis di dalam BI. *berpeluh* Bila nak faham satu-satu. 

So, bila banyak visitor ke post itu.. syukurlah sangat even tak seberapa pun tehaa punya review dalam BM itu.. sebabnya tehaa taip pun apa yang tehaa faham tanpa ubah sangat fakta. Hasilnya, ringkas dan tepat.  

Cerita pasal review ini memang tehaa dah lama tak buat tentang review ini, bagi tehaa kalau kita nak review sesuatu.. kita kena kaji dan faham apa yang kita nak review. Bila kita faham, surely! orang baca pun akan faham. Kalau tehaa, apa yang review.. seringkas yang boleh tehaa akan taip. 

Bukan semua orang akan rajin baca satu per satu. So as long as kita boleh pendek kan tanpa buang segala fakta.. WHY NOT pendekkan review itu, kan? Pendek bukan bermaksud "shortform" pendek itu bermaksud ringkaskan review tersebut.

So, kepada blogger yang nak try buat review. Sila cuba taip review tersebut secara ringkas dan mudah difahami, Ok? :D

Ok. bye.
XOXO

April 10, 2015

SIDE INCOME ITU PENTING

Hai. Assalammualaikum semua.


susah betul nak dapat cpuv daripada encik nuffnang ni kan? ermm.. takpe berusaha. Itu penting. hari-hari update, insha Allah.. semuanya ok 😘 

Nowdays, kita takboleh harap satu sahaja pekerjaan.. atleast ada satu yang boleh dapatkan income. Takbanyak. Bukan income yang ratus-ratus atau ribu-ribu per week ataupun per month. Maksud income disini, atleast tampung seminggu punya belanja ataupun atleast duit minyak/duit tol.. contohnya per week tu maybe boleh dapat RM50😉

Hah! Banyakkan 'atau' 'atau' dan 'atau' lagi.. ini sebabnya nak bagi faham. Maaflah ye.. 😊


Ok! Mybe pendapat korang.. alah setakat RM50 lepas apa je sekarang. yes! memang betul pun.. kadang-kadang RM50 sekeping taknampak pun, hilang je dalam masa sehari(belanja). Tapi ingat tak tehaa dah buat entri TIPS BILA DAPAT GAJI. Baca tak? ermm.. pi baca sekarang. RM50 pun korang akan rasa syukur Alhamdullilah😊

Eh! per week RM50 kalau darab dengan 3 week? dah dapat RM150.. rasanya kalau tehaa RM150 dah cukup sangat untuk breakfast and lunch dalam masa 3 minggu itu.. Sebabnya adakala breakfast bawa bekal, membeli waktu lunch sahaja. jimat kan? 💁

TAK SEMPAT
Ala breakfast apa sampai tak sempat. Ambil roti, sapu kaya, masuk dalam bekas.. bawa. Senang. Simple. Jimat. 

JANGAN SAMPAI SKIP BREAKFAST. OKAY👆
Breakfast bagi tenaga, kalau tak breakfast macam mana nak buat kerja? Kan. 


Oklah, sekian. 
Bye . 

April 8, 2015

DARI NOVEL KE DRAMA


Hai, Assalammualaikum...

Harini update sambil tengok Sehangat Asmara. Ala.. cerita yang dilakonkan Adi Putra dengan Rita Rudaini. Cerita ini ulangan, tapi entahlah suka sangat tengok cerita ni, tehaa takbaca novel dia lagi. Bila tengah tengok, mesti orang cakap novel lagi best. Tapi bila nak ambil mood baca novel tu takde lagi.. hahaha 😝

Ok2 . Nak cerita sikit pasal drama dari novel. Ermmm.. seronok kan? Tehaa pernah baca novel Adam dan Hawa dan bila tonton drama Adam dan Hawa memang seronok.. yeah as usually novel memang seronok. yelah.. bila nak jadi drama takkan nak ambil 100% dari novel. Mestilah nampak sikit tukar dia kan? 

nowdays, memang banyak sangat cerita yang di adaptasikan dari novel.. as you know, tehaa pun ada lah menulis cerita pendek dekat blog. Eh! Bukan dekat blog ini, ada di link blog lagu satu --> www.tehaalarhss.blogspot.com sama sahaja link cuma di belakang tehaalarh ada 'ss' singakatan untuk short story. Dalam 10 episod je semua cerita tehaa buat.. hahaha. Tak pro lagi macam novelist yang lain. ☺  

Kan seronok, ada orang nak ambil novel tehaa jadi drama.. hahahahaa berangan 😝 

Oklah. Sekian. Bye. 
xoxo 

WORDLESS WEDNESDAY 2015-3


HAI, ASSALAMMUALAIKUM


BERSAMA-SAMA KITA BERZIKIR YE? 😊

March 26, 2015

TIPS BILA DAPAT GAJI

Hai, Assalammualaikum..


Baru balik kerja.
Penat. Seriously memang penat plus panas terik. macam mana nak buat kan? Memang tak tahan betul panasnya. Tadi naik motor, sebaik rumah dekat sahaja dengan sekolah. Kalau jauh, confirm lah aku bawa kereta kan? Hehehe

Semalam gaji kan? 😏
Hah! tehaa tahu dahh.. takyah sorok-sorok. ramai yang dah tahu sebab kebanyakkannya gaji 25 haribulan. Sekarang ini, bukan nak cerita pasal berapa banyak gaji korang dapat! Tapi nak share macam mana, nak belanjakan duit itu. Hello? tehaa bukan one of expert person kalau bab duit, tapi alhamdullilah.. walaupun sometimes ada yang duit kering before cukup bulan tapi Alhamdullilah.. pembayaran lanjar. Cuma ikat perut je.

Kalau tehaa, tehaa terus calculate.. means tehaa dari jumlah gaji, terus tolak apa yang nak ditolak termasuk saving. Hah! Satu syarat kena follow dulu, korang kena buat SEBELUM dapat gaji. sebab apa? Sebab, kalau dah dapat duit for sure! tak ingat apa.. kan? for sure lah 😏

Contoh :
           GAJI : RM300
(-)  Saving  : RM  30
(-) parents : RM  100
(-)  bill        : RM  50
(-)  xxx       : RM   20
                  ------------------
Balance     : RM100
                   -----------------

* RM100 dalam "Balance" boleh lah korang buat belanja lahh 😉😉



Tips tehaa itu boleh guna gak la rasanya... tapi sekarang tehaa tengah study buku atas ini. Tehaa dapat dekat mana tak ingat la. Buku ini dari Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit(AKPK), siapa yang ada buku ini, janganlah simpan dalam almari jee.. cuba baca dan dalami betul-betul tau.. nanti boleh praktik kan ia 👌👏

Korang share la pula, cara saving dalam ruangan komen bawah ini.. mana tahu boleh tukar caranya kan 😉

SEKIAN,
xoxo

March 25, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-2

Assalammualaikum semua,

BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH 😊👏

March 24, 2015

CERITA KACANG GAJUS


Hai Assalammualaikum,


Harini nak kongsi pasal kacang gajus? Siapa pernah makan? . Tehaa pernah makan yang beli kat kedai, senang.. kan? Harini bukan nak pasal how to beli kacang gajus kat kedai..*sumbat earhp* <--- bosanlah kalau cerita macam itu. Hahaha

harini nak cerita sikit pengalaman makan gayus yang dibakar.. hahaha. Serious awesome, kena ketuk dengan lesung. Takle gigit tau. Gigi kuat sebab pakai ubat gigi jenama apapun tklepas hoi *jangan buat iklan ubat gigi pulak ye* kena ketuk juga pakai lesung batu.

Cer tengok gambar bawah ni ⇩

Nampak tak batu lesung kat sebelah atas papan pemotong. Oh ye! btw, gambar biji hitam itu adalah biji gayus yang sudah dibakar. Hah! jangan tanya 'how to bakar biji gayus' pula dah ye.. ini diimport dari Melaka (kampung). Saya tahu makan je *jeling dinding* 

Seronoknya. makan gini sebab apa tau, sebab kalau terkuat korang ketuk.. habis. Habis kacang hancur berkecai. Hahaha. Kalau korang ketuk slow2, dapat bentuk kacang yang cantik. Tapi, jangan tertipu... kalau kacang itu warna coklat keperangan.. hah! Try la makan.. pasti pahit. Itu namanya hangus. Hahahaha.. Tehaa banyak kali kena.

Lagi satu kalau makan ni, jenis cekau je. Sambil tengok tv, cekau satu dari dalam plastik pastu ketuk kuat2.. fuhh! Terabur habuk. Sebab korang ketuk arang. Hahaha.. *gelak jahat*

• cekau: main ambil je tanpa tengok apa yang                             di ambil.

Seronok lah, kalau lepak ramai-ramai dengan family kan.. lagi-lagi yang jenis ada halaman especially kawasan kampung kan. Bakar sama-sama, pastu makan sesama. Perhh! Terboik. 😊

Hah! jangan yang duduk bandar dok pi bakar kat halaman lak. Hahahaha. Kalau korang beli kat kedai, rasanya diorang bakar pakai oven.. so temp dia sama, takdelah yang terlampau hangit kan. 

Ok Lah.. ini jelah nak cerita. Bye.

sekian.
Xoxo.

March 22, 2015

Instagram : @beautifulblossomwhite

HAI, ASSALAMMUALAIKUM...

Happy sunday semua, hope weekend korang seronok lagi daripada tehaa.. hahaha. Esok, jangan jadi 'monday blues' sangat ye.. Haha. Rilek la.

Semalam, tehaa ada post entri pasal PPM KONTRAK kan.. ish! Menyampah tau.. bukan menyampah kerja itu tapi menyampah sebab sebenarnya itu entri tehaa draft(hold) kan dulu.. yela, kot kot isnin ada meeting. Tak sempat lak nak update kan.. kalau nak update malam, malas lak nanti. Semalam gi publish pulak *stressssss!!!* 😤

Takpelah.. nak buat macamne kan. Dia saja lah suruh tehaa update, rajin sikit. Barulah nampak. Apa yang dibuat. Hehehe *ayat pasrah* Sebenarnya, harini nak cerita pasal Insta Shop tehaa..

kenapa dengan insta shop tehaa? Ok!
First, dah tukar nama.
Second, tehaa akan update koleksi tudung baru.
Third, Harga lumayan.

Kenapa tehaa tukar nama, sebab dulu nak focus on tudung or seledang sahaja. But now, ada rezeki.. tehaa try jual baju, dress, tops and beberapa produk keluaran DE VENUS. So, korang boleh pergi ke instagram kami @beautifulblossomwhite atau singkatan kami BBW.  Opss! Kenapa KAMI? Sebab ada tiga orang owner of BBW. So, panggil kami Cik BBW. Hehehe.. sebabnya semua belum getting married 😚😊

Yang untuk koleksi baru dan harga, korang kena tengok sendiri.. macam mana. Lepas itu kalau nak order boleh whatsapp terus kami. No telefon ada di BIO Instagram kami. 👌

Apa tunggu lagi, pergi follow cepat instagram kami dan cik BBW akan update bila-bila masa sahaja.

Instagram : @beautifulblossomwhite

Sekian.
Xoxo.

March 20, 2015

PENGALAMAN PPM KONTRAK

HAI, ASSALAMMUALAIKUM..

Harini entri tehaa nak share about pengalaman tehaa jadi PPM PraSekolah. Seronok? Mestilah seronok. Orang kata, jangan memilih kerja sangat.. nanti menganggur. So, apa tehaa dapat.. tehaa cekup je. Tapi sedihnya bila dah cekup, berduyunduyun call masuk kata nak kerja tak. But tehaa dah kerja. So, terpaksa habiskan kontrak dulu 😊

APA ITU PPM?
PPM bermaksud Pembantu Pengurusan Murid. Kalau korang ada adik-adik umur 5 dan 6 tahun, mesti ada pergi tadika.. most of tadika confirm ramai pernah dengar TADIKA KEMAS. So kalau kat tadika kemas, ada seorang makcik yang akan masak kan, 2 orang cikgu akan mengajar dan hanya 1 kelas sahaja= 2sesi(pagipetang). Untuk PraSekolah, kebanyakkannya akan berada di dalam kawasan sekolah rendah. Dan mempunyai min 2 kelas dan ke atas. Setiap kelas akan ada PPM sendiri. 💁

Contoh, 1 kelas= 1 cikgu dan 1 PPM.

Rutin harian PPM setiap pagi adalah bagi breakfast around 7am to 7.15am dan masak makanan berat untuk murid-murid makan around 9am, such as Nasi, bihun goreng, etc... around 10am murid-murid dah habis makan then kemas semua, around 10:30am PPM kena masuk kelas and tolong cikgu. Tolong cikgu dari segi mengawal murid or tolong murid itu supaya lebih mahir dalam memahami apa yang di ajar. 😆

One more things, murid semua akan panggil PPM as "Cikgu". So dont worry murid takkan panggil korang aunty or makcik.. sebab korang kena masak. Hahaha 😂 Tapi ada juga bagusnya tehaa jadi PPM kontrak ini, even sementara.. tehaa seronok. tehaa boleh belajar.
How to improve skill memasak tehaa.. hihi.
How to comunicate with setence murid yg problem bila datang sekolah asyiklah menangis.
How to attract murid yang malas buat kerja supaya buat kerja sampai siap.

There are more pengalaman bila tehaa jadi PPM. Seronok bekerja dengan cikgu-cikgu, kerani sekolah, akak PPM senior.

So.. korang if dapat kerja as PPM PraSekolah, just grab and try. Ianya seronok. Trust me 👍

CERITA WEEKENDS

HAI, ASSALAMMUALAIKUM....

Harini jumaat, so what plans for your weekends? Huhuhu.. kenduri kahwin. kenduri kahwin. and kenduri kahwin. So bila nak tukar jadi kenduri saya pula.. eh eh... maksud tehaa kenduri kahwin awak. Adoi. Jangan fikir bukan-bukan. Hahahaha 😂

Tehaa takde apa-apa plans.. cuma as usually pagi after subuh and ptg after asar, it's mybe jogging time. Haha. Even notla 100% jogging tak stop. Stamina tak cukup lagi. Penat 😢 but tryla.. if train body ni, boleh je jadi 100% jogging, ye dok? Kita kena kuat 💪💪

Ingat tk? Entri cabaran 3 bulan? Hah! Thats one of salah satu sebab tehaa working hard, its not just about "NAK KURUS" tapi adalah sebab NAK SIHAT.. like others. kalau kurus itu, kira bonus lahh.. hahaha. Teringin nak jadi macam sekolah dolodolo, masuk marathon. merentas desa. Sekarang takde dah semua itu. Ikut effort diri sendiri. Kalau buat, ada hasil. Kalau takbuat, takde lah hasil... kan?

Kalau cite weekends tehaa, memang lah agak bosan.. sebab tehaa bukan jenis suka buang masa kat mall even takde duit 'kononnya' window shopping. Daripada berjalan penatkan diri.. baik duduk rumah, kan? Tak panas. Boleh jaga kulit.. boleh cantik. Hahahaha 😚 so kalau macam tehaa keluar pun maybe dengan family. Itu pun macam ttiba ayah kata 'jom jalan' so jalan lahh.. hehehe

Serious talk. Tehaa memang susah nak keluar even dengan member tehaa. Nak keluar? Boleh! Tapi bukan tibatiba.. set masa. set tempat. Simple. 💁

As conclusion, weekend tehaa most of time with family la. Family First 👆 So weekends korang macam ne? Marilah kongsi sikit 😏

*ermm macam panjang sangat menulis*

SEKIAN.
xoxo.

March 19, 2015

MULA DARI BAWAH SEMULA.

Hai. Asslammualaikum....
Seminggu cuti sekolah dah nak habis, sekarang budak-budak sekolah mesti tak keruan konon nak habiskan betul-betul waktu cuti sekolah ni kan.. hahaha 
Entri ini, tehaa buat nak inform kat korang semua.. yang fanpages blog ini akan di buang, so toksah susah kan diri nak like lagi, okay?
Kenapa nak buang?
Actually, fanpages itu tak sempat ber-update. So, if sesiapa nak bertanya or buat tempahan or review or iklan or nak bagi invitation.. boleh direct terus Email or Private Message di facebook or Twitter.
MANA NAK DAPAT DETAILS CONTACT?
Sila double triples check bahagian sidebar tehaa, ada kotak.. "CONTACT".  Korang klik saja mana-mana tempat korang rasa senang nak contact dengan tehaa. TAPI better korang contact via email. Sebab email senang sikit kan 
BLOG PUN AKAN DI BUANG?
What??!! Ohno!!!! Saya takkan buang blog ini, hanya fanpages sahaja akan dibuang dan mybe blog akan di update secara kerap. INSYAALLAH. bermula dari bawah means kena rajin update macam dolodolo kan? Hahaha.
Sebelum apa-apa, tehaa nak bagi WARNING! blog ini, blog personal.. so most of entri memang taip macam diari je..
JANGAN MERUNGUT OK? 
SEKIAN.
XOXO.

March 18, 2015

WORDLESS WEDNESDAY 2015-1

HAI SEMUA, ASSALAMMUALAIKUM...


sila terjah instagram tehaa untuk banyak lagi gambar #nfmd3200. Link insta amik bahagian tepi. SEKIAN.
XOXO,

March 13, 2015

TARGET 3 BULAN

Hai Assalammualaikum...

Kalau diikutkan memang sudah sekian lama blog ini tiada apa-apa sebarang update. Maaf. Tehaa sampai dicop sebagai salah seorang silence blogger... hahaha.

Tapi takpe, tehaa faham.. yelah. Susah betul nak tengok tehaa update kan? ☺

Ok! Sekarang back to topic. Apa target tehaa? Ermm. For your information (bagi sesiapa yang taktahu lahh), birthday adalah 18/6. Hah! So, targetnya adalah buat diri sendiri.

Ermm.. previous update, tehaa kan dah inform. Hah! Ke ada yang takbaca ini? 😏😏 baik ngaku! Pastu pergi tengok sebelum ini punya post dengan tajuk "6 MONTH CHALLENGING".

Sudah terang lagi bersuluh kan? 😃
Wish me luck semua.

xoxo,
tehaalarh.

January 17, 2015

6 MONTH CHALLENGING.





Hai.
rasanya memang sangatlah lama tehaa tak update blog ini.. kadang-kadang itu adalah rasa nak update tapi apakan daya.. idea membuak-buak hilang satu per satu. sedihkan?


so harini gigihkan nak kongsi wishlist yang perlu diselesaikan SEBELUM 18/JUNE/2015.
huh! bermula pada harini(17/1/2015).


Apa wishlist aka misinya?

(1) NO JUNKFOOD
(2) 2L WATER PER DAY
(3) EAT RICE IN SMALL QUANTITY
(4) NO EATING AFTER 7PM
(5) GYM


MISINYA ADALAH BERDIET! YEAHH! DOAKAN SAYA YE RAKAN-RAKAN.. KALAU ADA TIPS LAIN. BOLEH KONGSI-KONGSI ツ

photo