August 17, 2011

Sejarah Nuzul Al-Quran , TAHUKAH ANDA?

Heyp peeps ! Salam 1 blogger ,..


sebenarnya hari ini , saya cuti.. HAHA :)
*bangga giler larh! ok, jom baca sejarah Nuzul Al-Quran 


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada
setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 
malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW..
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ 
bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran 
diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan 
sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali 
digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra 
(terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam
pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam
khidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat 
menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan,
tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka
ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang
serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun
ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat,
 muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering
dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau
‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan
al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam
al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi
penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang
menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara
yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula
diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan
malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 @credit : PanduanPercuma
Sampai disini sahaja ,
SALAM Nuzul Al-quran dari Tehaa
buat semua umat Islam :)

1 comment:

abah khalisha said...

Thanks for the sharing