December 26, 2013

Isteri Aaron Aziz kini berhijab





Isteri Aaron Aziz kini berhijab


"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," kata Aaron Aziz kepada mStar.

Diyana, 30, berkata, dia mula mengenakan selendang di kepala ketika berada di dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk berhijab.

"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.


"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, Cuma hati masih belum benar-benar bersedia."
 sumber : Yahoo
-------------------------------------------------------------
kata tehaalarh - 
Mana ada suami, tak gembira bila melihat isterinya sendiri berubah menjadi lebih baik kan? Tehaa pun suka sangat tengok perubahan Kak Diana, harap taklama lagi anak-anak mereka pun bertudung. In Shaa Allah. Alhamdullilah :)

See you in next post! xoxo

Baju Muslimah, END YEAR SALE!!


Hello semua,

Sebelum itu , KLIK LIKE dahulu :


Anda masih ingat lagi dengan Sissy Closet?
yang pada suatu ketika dahulu, tehaa telah review.. >Sissy Closet 1st review<

NOW! 
its END YEAR SALE!!


Awak boleh dapat potongan harga sehingga 18% diatas pembelian melebihi 10helai  atau potongan 15% dengan pembelian 5-10helai. and more things, beli sehelai pun akan dapat potongan tahu tak. potongan sebanyak 10% untuk setiap sehelai baju yang anda shopping di Sissy Closet.

Tak percaya. take a look, gambar tehaa capture dari album Sissy Closet





Baju muslimah yang Sissy Closet jual memang sangat cantik, dan mempunyai pelbagai corak yang menarik dan berpadanan dengan ciri-ciri seorang muslimah.

Macam mana nak tengok facebook Sissy Closet ni, hah! mari klik >FACEBOOK<

Apa lagi yang di tunggu-tunggu, jom shopping wahai muslimah sekalian di Sissy Closet.


December 25, 2013

Johan As'ari, Lana Nordin PUTUS CINTA





Gelombang KPOP


Marilah kita bincangkan, apanya bahana KPOP ini?
tehaa pun salah seorang peminat KPOP *tutupMuka*

Nak dijadikan cerita, adik-adik tehaa yang berumur 9tahun dengan 10tahun. 
Boleh tahu satu persatu nama ahli kumpulan artis-artis korea. Kalau kumpulan macam 
A PINK, SISTAR itu memang diorang minat betullah. 

Bukan kata lagu sahaja dia hafal, setiap step tarian itu dia boleh hafal satu persatu-satu. *tepukdahi*

Bila suruh baca sifir 12, senyap mereka berdua.

Adik tehaa, angah.. ada simpan video diorang menari lagu Sistar-So Cool. Tengok video bawah ini, ini versi Sistar. Versi adik tehaa itu, tak sampai hati pulak nak tunjuk. Orang terdekat sahaja dapat tengok. maaf.



Family tehaa, semuanya perempuan. so adik-adik tehaa ini berangan yang diorang nak jadi secantik mereka. Aihh.. ahli kumpulan SISTAR dengan A PINK., kan cantik-cantik semua. *beranganJeLebih*

Kalau kumpulan lelaki, tehaa selalu nampak diorang layan lagu dari EXO-GROWL. 

Tehaa minat, minat lah juga. BIG BANG, 2PM, LEESSANG .kalau kumpulan perempuan SISTAR, CRAYON POP, 2NE1. tapi rasanya tidaklah sehingga hafal step tarian macam adik-adik tehaa.. banyak lagi benda nak di hafal . hahaha


So, Anda minat KPOP? share sikit.


See you next post!xoxo

Fublic Holiday


Hello semua?

Today is PUBLIC HOLIDAY! hey,.. P U B L I C H O L I D A Y!!! 

Gembiranya lahh kan? awak pergi mana harini? 

  • jalan-jalan kemana? 
  • spend time dengan family kat rumah atau pergi tengok wayang?
  • ehemehem jumpa teman speacial ke? 
  • atau bersendirian di rumah?
  • atau TERPAKSA duduk di rumah kerana awak tidak sihat seperti Tehaa?
Nampak tak banyak sangat option bila PUBLIC HOLIDAY, lagi-lagi cuti sekolah. ibu dan ayah pun cuti sekali.,, memang cenggini lahh ---------> (Y) *pengguna FB pasti tahu simbol apa kan?*

Tapi option yang terakhir tu kesian betul kan? *muka sedih* 

Nak berjalan, confirm tak larat. Tapi alhamdullilah, makin kurang sikit demam tehaa. Hari ke-2 demam, tehaa gagahkan diri pergi ke klinik.walaupun tehaa, adalah mahluk satu-satunya paling susah makan ubat. sebab nak pergi klinik? sebab kawasan rumah tehaa, ramai dah kena denggi. tehaa takut juga kan? so before makin teruk pergi juga klinik . 


orang kata "LEBIH BAIK MENCENGAH DARIPADA MENGUBATI"



Now, dah sihat sikit. Siapa nak bawa tehaa jalan-jalan *senyum lebar* hihihi



Happy holiday semua, see you next post! xoxo

December 9, 2013

2 months without any post

*Insyaallah , before new year (2014) . I will come back (^ム^) *

October 16, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini











September 29, 2013

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Hai, assalammualaikum, Happy weekend guys! 

Weekend pergi mana? rehat-rehat je ke sambil usha-usha blog , facebook dan etc. now nak bagi sedikit petua melebatkan rambut, bestlah kan?



PETUA 1 : 
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.



PETUA 2: 

Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. 


PETUA 3:

Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.


PETUA 4:

Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasilnya.

PETUA 5:

Sediakan Bahan-bahan seperti berikut.

2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2 biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa


CARANYA:



1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih kerana terdapat telur.

2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Boleh diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.


GOOD LUCK :D

credit to : saripetua

September 26, 2013

Sissy Closet - Review






Assalammualaikum,

Kali ini, nak review sebuah blogshop. Yang diberi nama Sissy ClosetSissy Closet ada jual apa? Jom kita terjah!



Ini adalah Baju Wafiyya terbaru daripada Sissy Closet . Nak beli kain cotton, hey! dekat Sissy Closet pun ada.. hah! cantik tahu tak kain-kainnya. Jom kita tengok~

 


Banyak lagi, jenis corak kain cotton yang anda boleh dapatkan di Sissy Closet.

Macam mana nak order?


Double klik > Sissy Closet < untuk ke Page Facebook.


HAPPY SHOPPING GUYS!! ;D



September 21, 2013

Yeah! No More P


Hai, assalammualaikum,


Happy weekend guys! ok, harini tehaa just nak kongsi yang tehaa dah habis lesen P. yeahhhh! congrate to me :)


Cewahhh! tapi lesen motor sahaja, lesen kereta? insyaallah, akan datang.. hahahaha , cerita macam ada lesen kereta sekali, huh!

btw ok apa.. Ingat senang nak habiskan P?
Sangat berhemah tahu tak, masa tehaa lesen P.. hehe :] *Ada orang cakap!*


Tehaa dapat lesen baru, keras punya! macam kad bank + sangat cantikk! dan tempoh tamat pun, ikut birthday date. Senanglah nak ingat, ingat birthday, ingatlah lesen tamat.. hehe :]


See ya, in next post  :] BYE!



September 18, 2013

LAPTOP di REPAIR atau apa?!


Assalammualaikum,

sorry to say guys, memang setelah sekian lama tak ber-update memang sangat bersawang blog tehaa ini. Ok! now story, pasal laptop.. aihhh mengeluh nak mengeluh saja rasa . kenapa?

Ini dia ceritanya, 
Tehaa dah hantar hampir nak masuk 3 bulan laptop, tapi still tak siap-siap. Adakah teruk sangat laptop tehaa itu? Atau apa? ermmm.. yang tehaa tahu, dia cakap "Motherboard rosak" eh! macam tu lah yang dia cakap.. subahannallah lamanya siap. 

Tapi tehaa memang tak puas hati, dahlah bab laptop rosak tehaa tak tahu sangat apa benda.. aihhh tension nya!

Macam mana tehaa meng-update entri ini? disebabkan assignment, disebabkan perkara yang tak dapat nak dielakkan.. makcik tehaa bagi pinjam dia punya laptop. dan bak kata pepatah sambil menyelam minum air kan? itulah yang tehaa sedang lakukan.

So, apa pendapat korang semua pasal laptop tehaa ini? atau mmg kalau benda itu (motherboard) rosak, memang susah nak betulkan? I NEED EXXPLAINATION :(

Btw, ini logo tehaa buat for event Finance Manangment , ok tak?




CHECK THIS OUT, GUYS! 
  1. KENAPA PERLU BANGGA JADI PEMILIK KERETA PROTON? 
  2. PERKARA YANG DILEPAS PANDANG OLEH RAMAI WANITA DI MALAYSIA #DoveMahkotaMu


July 8, 2013

Selamat Berpuasa :D

Hai Assalammualaikum,

Hah! mari sini semua adik-adik, nak tanya... 

TADI TENGOK TV tak? 
tak tengok, kenapa tak tengok.. ada apa? ada pengishtiharan raya eh silap PUASA, hahahaha :D


Nampak tak banner atas ni, alhamdullilah.. siap juga banner ini sebelum puasa. Actually , laptop tehaa problem... ini pun pinjam laptop, makcik tehaa. Sebab nak guna untuk buat assignment yang agak berlambak ini kan? aihhh..

Assignment BERLAMBAK, tapi boleh update.. itu namanya sambil menyelam minum air.

Ok! Dah siap sedia nak PUASA ke? INSYAALLAH siap sedia... rabu ini dah start puasa means selasa dah terawih! hah! pergi ke Tidak puasa ni? hahahaha

KAD RAYA?
on going yeeee... so siapa nak?!


 apapun , BACA BAWAH ni......kbye :D

June 27, 2013

Rindu nak Men-Doodle T_T

Hai , Assalammualaikum…

Sementara tunggu waktu nak bersiap ke kelas, tehaa luangkn waktu juga menjengah setelah penat jadi "silent  blogwalking"

Hah! Blog siapa tehaa terjah? Biarlah rahsia, janji dapat naikkan visitor blogger tersebut.

Ok! Back to story,
Sejak laptop masuk ICU, dah lama tak men-doodle…siapa pernah tengok, tehaa publish doodle2 yang tehaa create? Tak banyak pun.

Nak tengok doodle lain? ⇨ KLIK SINI

June 19, 2013

Officially turn 21 - HAPPY BIRTHDAY ツ

Assalammualaikum, hai

Hari ini, 19 JUNE 2013 .... secara sahnya saya sudah berumur 21 tahun, ALHAMDULLILAH !

So nak cerita lah sedikit, eh! Sebelum tu nak bagitahu hari jadi bukanlah hari ini tetapi semalam... semalam? Wow banyak cerita ni.. hahaha

Di Shah Alam :
Housemate buat suprise kat tehaa, huhuhu... housemate buat ala-ala sweeettt gitu kan? (*¯︶¯*) actually tak jangka pun, akan sambut sebegitu kan?

----------

Aihhh.. malu je masa tu, sebab last sambut birthday.. kena tiup lilin ini, seingatnya masa 6/7 tahun. Lepas dah tak sambut , just wish je!

Di Rumah :
hah! Ni pun terkejut! Selalu sambut birthday adik beradik *kecuali dua orang yg kecil lagi* takde kek bagai.. paling ada pun Pizza Hut Delivery or makan luar. Tetiba adik balik, tehaa buka pintu.. diorang cakap 'HAPPY BIRTHDAY!' *malu*

-------

Hah gambar yang bawah ini, yang kek yang keliling lilin and ada sweety note from my housemate . Gambar yang crowded with Pizza Hut and Kek from my family!

and Thanks everyone yang wish birthday tehaa semalam -18 JUNE 2013-

June 15, 2013

Pemenang Anugerah BlokBuster ke-2


1) Anugerah Filem Kelakar Terhebat :
     HANTU KAPCAI

2) Anugerah Filem Takut Terhebat :
    SUMPAHAN KUM-KUM

3) Anugerah Filem Aksi Terhebat :
    HANTU KAPCAI

4) Anugerah Watak Penjahat Terhebat :
     SOFI JIKAN

5) Anugerah Direktor Baru Terhebat :
    DHARMA HARUN ALRASHID - ADIK MANJA RETURNS

6) Anugerah Drama Muzikal Terhebat :
    AKU ADA, KAU ADA?!

7) Anugerah Lagu Tema Terhebat :
     BEGINILAH CARANYA - AKU ADA, KAU ADA?!

8) Anugerah Tuan Direktor Terhebat :
    SYAMSUL YUSOF - JALAN KEMBALI BOHSIA 2

9) Anugerah Hero Terhebat :
     ZIZAN RAZAK - HANTU KAPCAI

10) Anugerah Heroin Terhebat :
       YANA SAMSUDIN - 3 TEMU JANJI

11) Anugerah Hero Baru Terhebat :
      IZZUE ISLAM - 29 FEBRUARI

12) Anugerah Heroin Baru Terhebat :
       NEELOFA - HANTU KAPCAI

13) Anugerah PFM :
      DAVID TEO

15) Anugerah Astro First Terhebat ;
      OMBAK RINDU

16) ANUGERAH FILEM TERHEBAT :
       HANTU KAPCAI

*Taniah kepada semua pemenang! Dan yang tak menang, next anugerah blokbuster boleh cuba!

Sangatttttt Hipssssteeerrr!!! ツ

   

May 7, 2013

Pendidikan Percuma | UNISEL

Hai semua?

Entri pagi ini agak menarik kan? Tau tak pe..

Tehaa sebagai salah seorang student UNISEL sangat gembira sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada UNISEL ;D

Artikel kat bawah ini, di ambil dari Middle Voice.. ok! Tak nampak kan? Tehaa bagi link terus, klik ni --> Middle Voice ..

Ayat terakhir artikel Middle Voice adalah :

#Pendidikan percuma adalah hak mahasiswa UNISEL, Tunaikan janji manismu

Selamat membaca! ;D

May 4, 2013

Gwiyomi/Kiyomi | Artis Malaysia


Hai semua,

ehem! entri hari ini khas buat peminat Gwiyomi :)

Ada yang tak tahu lagi apa maksud Gwiyomi, 
hah! Gwiyomi/kiyomi bermaksud COMEL!

So, siapa yang buat gwiyomi ini comel lah ye? hehehe... 

OK! taknak taip pajang-panjang, nanti mood anda hilang.. nak tengok video yang comel-comel ini :)

Di bawah ini, senarai artis yang buat Gwiyomi.. 
dalam 3 buah video di bawah, memang comel lah mereka semua :)
 
  1.  Nora Danish 
  2.  Wawa Zainal
  3.  Nazim Othman
  4.  Elfira Loy
  5.  Ezlisa Loy
  6.  Azhar Sulaiman
  7.  Dafi
  8.  Zoey Rahman
  9.  Hairul Azreen
  10.  Abon
  11.  Faizal Bin Ismail
  12.  Adira
  13.  Datuk Siti Nurhaliza






SELAMAT MENONTON!!
BYE~

May 3, 2013

Oggy & The Cockroaches

Kalau tadi cerita Dora, The Explorer... sekarang nak cerita pasal Oggy & The Cockroaches pula.

Amboi pagi-pagi aktif pula, menulis kan? Hehehe...

Apa yang menarik cerita ini? - ENTAH!

Sebabnya dari tehaa kecil sehingga sekarang, cerita ini tetap menjadi pujaan.. hahaha ;D

Tapi serius, family tehaa semua melayan cerita ini. Dulu cerita ini dengan Tom&Jerry.. memang syok gila!

Tapi tehaa membesar dengan cerita Tom&Jerry dulu, baru cerita Oggy & The Cockroaches..

Ibu tehaa cakap si Cockroaches yang jahat, sebab asyik kacau Oggy dan kawannya, Jack..

Tapi bagi tehaa, sama-sama jahat, kadang-kadang Oggy kacau Cockroaches itu dan sebaliknya..

Best, memang best kalau tengok, tengoklah.. hehehe

Oklah, bye :)

Dora, The Explorer

Hai semua,

Pagi-pagi ini layan cerita cartoon lah kan? hehehe, sambil-sambil masak kat dapur.,

Siapa tak pernah tengok cerita "Dora, The Explorer" ? Hah! ada ke, yang tak pernah tengok... hehe

Bagi tehaa , cerita ini sangat friendly. Knp?

kalau pernah tengok, mesti ada time.. dia ajak juga kita join.. contohnya :

Dora : Untuk teruskan perjalanan, kita mesti melompat.. mari sama-sama jerit 'jump!'

*TV pun senyap*

kan? Friendly kan? Hehehe..

Kalau yang tak pernah tengok pergi search kat Youtube. Mesti jumpa :)

Sampai Disini, Bye :)

May 1, 2013

Driving Alone


Hai semua,

Wah!! 'driving alone' , tau?! nak tahu ceritanya bagaimana? marilah baca, hehehe.... macam iklan tak?

ok, jom teruskan!
Tadi kami sekeluarga baru balik berjalan-jalan.. semasa dalam perjalanan, ayah bertanya :

Ayah : along, kau punya lesen P tamat bulan berapa? 

Tehaa : Bulan 9

*actually, tehaa ambil lesen kereta dan motor.. tetapi nak dijadikan cerita, tehaa tak teruskan lesen kereta, sebab takut! -.-'

Ayah : kalau bulan 9, kau kena ambil lesen dengan bini kawan ayah.

Tehaa : Ok! no problem :)

 -----------------------------------------------------

Tapi kami tak terus ke rumah, kami berhenti di tempat kerja ayah untuk solat maghrib. Disebabkan saya berada dalam "bulan mengambang" saya terpaksa duduk di dalam kereta dan menjaga adik-adik...

tetiba............................
Ayah : "along, nak bawa , bawalah! slow-slow!"

What?????!!

tapi ayah nak pergi sembahyang, so that's mean tehaa drive seorang diri dengan adik-adik di belakang TANPA ayah di sebelah!!

Dubdapdubdap , jantung!

*dalam hati* 
- Boleh ke aku bawa seorang-seorang?
- Boleh ke jalan kereta ini?
- Macam mana kalau enjin ini termati sendiri?
- Macam mana tetiba terlaju?

aku pun tersedar! "aihhhh! sampai bila nak takut! aku boleh! AKU BOLEH!!!"

then terus,
turunkan handbreak, tekan clutch, masuk gear, tekan minyak dan jalan :D

Ya Allah, kereta ini berjalan! setelah 2, 3x pusing.. bestnya dapat kereta sendiri :) *tetiba*
hope nanti nak ambil lesen, takde lagi perasaan takut gementar semuanya ! aminnn~

*fyi , kereta ayah tehaa adalah kereta Toyota Unser , bukan kereta kecil macam viva or kancil yang di bawa semasa latihan memandu.. Kereta besar tu yang buat takut! -.-"

Tapi makcik tehaa kata 
"Kalau belajar kereta besar, bila bawa kereta kecil.. takde masalah!"
APA PENDAPAT anda dengan penyataan diatas? setuju atau tidak?!

ok, sampai sini sahaja... bye! 

April 29, 2013

Final Exam - semester 2 (UNISEL)


Holla semua ?

Sorry lambat pula update hari ini, tadi nak update.. tetiba jadi malas lak.. hahaha *boleh pulak tetiba kan?*
Sebab melayan runningman episod terbaru tadi, dah habis layan.. baru mengadap blog tercinta ini :)

Ok, final exam?
Dah start pun, hari (29/04/2013) ! first paper pukul 9pagi tadi... nak story sikit pasal first paper pagi tadi, hah! Tersedar dari tidur pukul 4pagi, bangun then study... wahhhh! study , sampai pukul 5pagi.. mata rabak weeiii !

Mata rabak tu apa?
Mata rabak itu bermaksud dah tak tahan mengantuklah, tapi still bertahan. Ok, faham? *sambung balik* then tehaa taktahu pukul berapa tertidur semula! sedar-sedar jam telefon pukul 8:50pagi ... mengucap, terus capai tuala , masuk bilik air mandi.

Dan lucky sebab baju dengan tudung dah bergosok.. tapi bayangkan paper pukul 9pagi! Pulak tu, jalan kaki lagi.. aiyoo! nak menangis masa jalan kaki tadi, tapi alhamdullilah., sempat jawab semua soalan :] 

Cerita ini, habis sampai disini :p

Tarikh final exam,

29/4/13 - Business Statistics
7/5/13   - Pengajian Malaysia
10/5/13 - Proficiency English 1
14/5/13 - Managerial Accounting

Lepas habis sahaja final exam, cutilah kan? 24/7 boleh mengadap lappy.. update, buka tempahan edit.. kalau siapa yang tempah, boleh email or PM kat facebook tehaa ye?

Email : fahtehaamaarif@yahoo.com
FB 1 : www.facebook.com/nfahtehaa
FB 2 : www.facebook.com/nfahtehaaII

Akhir kata, 
Kepada semua UNISELIAN (pelajar UNISEL) yang akan menghadapi final exam.. GOOD LUCK ! 

Let make your name in DEAN LIST, insyaallah :)