December 30, 2014

PORTFOLIO EDIT BLOG

 

                                           
   




October 14, 2014

DEAR SELF




Dear self,
PLEASE BE STRONG because you're not wrong at all. mistakes from other people  make you became stress and you're became worse and there are some people still look into your mistake worse,It's maybe take few time to calm yourself. keep silent and be invisible.


                            #beyourselflahhh 
                                 -tehaalarh-













 photo signature_zpsda3435b3.png

September 20, 2014

10 DAYS CHALLENGE!


Hi, Assalammualaikum...

Harini nak buat cabaran sikit, untuk 10 hari. Cabaran untuk apa? Cabaran ini adalah untuk kesihatan diri namanya.. 



Aik! bukan main kan tehaa nak "be beautiful".., nak kahwin dah ke? Hahaha.. sebenarnya itulah persoalan yang keluar dari mulut kawan baik tehaa. 

Katanya "KAU INI KENAPA, TETIBA JE NAK JADI CANTIK.. NAK KAHWIN KE?" 

Sebenarnya bukanlah nak kahwin, tapi cemburu tengok perempuan lain kurus, cantik, muka flawless je. ishh! jealous! TAPI takde lah sampai mendengki. Cemburu sebab tak jadi macam mereka je. 

Siapa ada tips nak muka jadi  flawless? 
Apa yang akan berlaku sepanjang 10 hari? nantikan update seterusnya ye..

WISH ME LUCK! *wink*
 photo signature_zpsda3435b3.png

September 7, 2014

TEMPAHAN DESIGN DESKTOP(WALLPAPER) LAPTOP.

Hai, Assalammualaikum...


Gambar atas ini adalah DESKTOP WALLPAPER tehaa. Letak satu gambar then tak boleh dah letak gambar family atau kawan-kawan. Letak gambar sendiri je mampu. Lepas itu, apps yang kita ada atau memang ada.. contoh computer, dustbin, etc. BERSEPAH!

Rimaskan?

So, sekarang tehaa nak buka tempahan untuk edit DESKTOP WALLPAPER anda. Seronok kan? SILA LIHAT GAMBAR BAWAH .....




See~
Sangat kemas semua apps bila tersusun begini boleh juga masukkan gambar family, rakan-rakan dan juga gambar anda sendiri. Maaf, sebenarnya bunga-bunga itu gambar family tehaa.. sorry. hihi

Setelah ditambah tolak bahagi darab segala masa dan tempoh masa yang akan digunakan. 

HARGANYA : RM20-RM50 (based on design)

Murah kan?

SYARAT-SYARAT NAK TEMPAH? 

   1. Urusan melalui email sahaja nfahtehaa@gmail.com
   2. Hantarkan :
  • NAMA, NO TELEFON DAN LINK BLOG ANDA.
    **for advance FB or INSTA.
  • WARNA PILIHAN, LAKARAN DESIGN, GAMBAR ATAU LAIN-LAIN. 
    **Lakaran design anda SANGAT DIGALAKKAN (nak letak apa,dimana,etc..)
  • Size screen laptop anda. Sila check di SCREEN RESOLUTION.
    3. Tempahan akan siap dalam masa 2-3 hari.
    4. Pembayaran perlu dibuat melalui BANK-IN (BANK ISLAM DAN BSN) sahaja.
   

RISAU KALAU TAKUT ANDA TAK CHECK EMAIL?
JANGAN RISAU sebab tehaa akan mesej anda untuk suruh anda check ur email.. sebab itu tehaa minta no telefon.

Settle kan? 

FIRST COME, FIRST SERVE. 
Ok. see u next post, bye~
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 15, 2014

TERLEBIH CONFIDENT.

Hai, Assalammualaikum...

Ceritanya begini, semalam sibuklah mengisi borang-borang yang bakal di hantar ke Head Of Program (HOP) unisel bila mulanya semester baru. Borang itu sebenarnya adalah borang untuk graduation/convo.

So, tengah isi tetiba ada 1 page ini.. takde pula dia tulis "OFFICE ONLY". confiuslah kan.. so tehaa decide nak tanya senior. Korang baca whatsapp(ws) bawah ini....


Alkisah, tersangatlah confiden masa menaip ws tersebut. Disebabkan button ENTER di setting-kan sebagai SEND. jadi taip, send, taip, send. Selesai puas taip then send. Tehaa baca balik dari awal.

Ya Allah, malunya. teruknya lahai BI aku, rojak habis -.- 

Ok. malu sangat ok. malu sangat.. rasa macam taknak jumpa atau terserempak dengan senior ini (hanya sebab malu je). But, bila cerita kat senior yang sorang lagi, dia sempoi.. layan je BI aku teruk ni. Dia kata at least ada effort. tapi cuba kalau taip BI, semua taip BI. ermmm.. blog aku pun rojakkan? emm.. baiklah saya cuba :D

apapun, ehem ehem *batuk sopan* TEHAA DAH SEMESTER AKHIR!!! :)

Ok. see you next post.bye~
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 12, 2014

DULU ATAU KINI?

Hai. Assalammualaikum..

Beberapa hari dah kan, tak meng-update blog ini. Sorry ye.. sebab tehaa tak berapa sihat sekarang ini. Badan bila malam saja panas. Perut je asyik memulas. Orang kata biasalah musim sekarang ini, lebih-lebih lagi baru lepas raya ini. Macam-macam disumbatnya. emmm..

Dahulu..
Pastinya zaman persekolahan, in fact ramai yang bila lalui peringkat itu akan kata "bila nak habis sekolah ini, bosanlah, dan bla bla bla..." membebel kononya tak seronok waktu ini, termasuklah tehaa. Lebih-lebih lagi lepas kantoi sebab ponteng kelas *jangan tiru sikap ini* 

Kini..
Rindunya zaman persekolahan. Kalau difikirkan dahulu, hanya pergi dan balik dari sekolah. simple cuma kerja sekolah yang perlu difikirkan. Tapi sekarang, even tak habis study lagi.. dok fikir. esok nak buat apa? nanti habis ini, nak kerja apa? kalau boleh, nak study jee. huh! tapi penat woooo study ini. 

Kalau yang ambil bidang photography, design.. itu mungkin sedikit keseronokan. Sebab boleh berjalan mencari idea. Tehaa bidang business law, ekonomi, akaun.. perhh! kadang-kadang nak termuntah semuanya balik! 

Apa pendapat korang pula? 
sekarang atau dahulu kala?

Ok. see you next post.bye ~
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 6, 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
  • Cash RM30
  • Cash RM20
  • Cash RM20
  • 1 Naskah al-Quran
  • Buku terbitan Ana Muslim 
  • Buku Agama x 1 Pemenang
  • Kain Ela 2Meter Warna Plain
  • Wallet Sophie Paris
  • Wallet
  • Widescreen Sticker
  • Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
  • Brooch
  • 2 Car Perfume
  • Keychain Sarawak
  • EXO-M Postcard
  • Bookmark dan Keychain
  • Topup RM10 x 2 
  • Topup RM10 x 2
  • Topup RM10 x 2 
  • Topup RM10 x 1 
  • Topup RM5 x 1 
  • Topup RM5 x 1
  • Topup RM5 x 1 
  • Topup RM5 x 1 
  • Topup RM5 x 2 
  • Topup RM5 x 2 
  • Header Blog x 2 
  • Watermark x 5 
  • Review Blog x 2
  • Hadiah Misteri x 2 


 photo signature_zpsda3435b3.png

HUKUM MAKAN MAKANAN YANG DISPONSOR

Hai, Assalammualaikum..

Pagi ini, sekadar perkongsian untuk korang. Tehaa dapat gambar-gambar dibawah di dalam facebook, wechat dan instagram. Maaf kalau gambar kurang jelas.

#GAMBAR 1:



Soalan: 
Assalamualaikum Ustaz, Ada kemusykilan sedikit.Apakah hukum makan burger yang disposor pihak israel ini?

Jawapan Ustaz:
Wasalam..bergantung kepada perasaan seseorang..jika sekumpulan orang datang sembelih anak2 kita kelmarin lepas itu, hari ini dia buat kenduri percuma, kita makan tak?

------------------------------------------------------------------------

Allahu Akhbar. Jawapan ustaz itu memang sudah terang lagi bersuluh, andai ada manusia yang tak faham lagi.. taktahu lah nak cakap macam mana lagi.Mungkin bila sudah terantuk baru terngadah agaknya. 

#GAMBAR 2:

Semuanya atas diri anda sendiri. Korang nilai lah yang mana baik dan yang mana buruk. Okay? :}

#PRAYFORGAZA

Ok.see you next post.bye~
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 5, 2014

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!

Hai, Assalammualaikum,


Pagi ini, tehaa nak join Giveaway dahulu. Giveaway dari Blog JINDRISSKA.. tapi sebelum itu just for information Blogger Siti, tehaa dah jadi follower twitter yang ke-12 (@TehaaNFM) dan follower blog yang ke-55.


So, apa yang best sangat dengan blog JINDRISSKA ini?
MESTILAH TRAVELOGnya! Jealous, seronoknya dapat pusing-pusing London. huh! Tehaa punya impian sehinggakan sanggup nak jadi BACKPACKER. Mohon blogger Siti kemaskini link di pages TRAVELOG.. sebab senang nak klik, tehaa puas cari di Post List.. semua dibukanya (january, feb, march, april.......) 


dan akhirnya.. jumpa satu link! KLIK THIS LINK TO READ, Ok! So much jealous. Kalau tehaa sampai sana, boleh tak bawa tehaa pusing-pusing? hahaha *tahun bila nak sampai agaknya* 


Tehaa ini adalah orang yang sangat suka melawat tempat orang. In Fact, kalau dalam Malaysia pun tehaa punya teruja lain macam.. seriously! Contohnya, Langkawi.. tehaa dah pergi 2x, tapi bila ada yang mengajak lagi. Confirm nak pergi lagi. Lagi satu, tehaa jenis suka pergi tempat orang sebab setiap tempat ada sejarah tersendiri.So tehaa nak tahu kenapa? bagaimana? semuanyalahh! 

Pernah sekali itu, tehaa tanya kepada tuan yang bawa kami pusing tasik di Langkawi. Habis semua soalan ditanya.. sampai ayah tehaa cakap "kau ini along, pergi lawatan sambil belajar ke?" hahahaha

Macam panjang je entri ini. Maaf, kalau dah menaip susah nak stop. Akhir kata dari saya, sila cepat-cepat taip entri travelog anda untuk menjadi inspirasi saya untuk mengumpul duit dan travel.


LINK GIVEAWAY! 
GOOD LUCK SEMUA :)
Ok.see you next post.bye.
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 4, 2014

PESERTA DAN PEMENANG GIVEAWAY RAYA.

Hai. Assalammualaikum..

Seperti anda semua, sedia maklum. Tehaa telah menganjurkan GIVEAWAY RAYA pada akhir bulan lepas dan tamat pada awal bulan ini(Ogos). Giveaway yang memang dibuat dalam jangka masa yang pendek sahaja oleh kerana sebab-sebab tertentu.

Walaupun sambutan memang tak meriah.Tapi Alhamdullilah masih ada peserta, yang masih menyertainya. Dua peserta atau lebih senang dipanggil dua blogger telah sertai GIVEAWAY ini. Dibawah ini, tehaa letakkan link 2 blogger tersebut. Jemput-jemputlah baca ye? :)

Tujuan GIVEAWAY RAYA ini sebenarnya, nak bagi korang join giveaway sambil-sambil taip entri. Yelah, tak kisah lah macam mana pendek atau panjang pun cerita raya korang tehaa tetap baca. SEBELUM ITU, jemputlah baca entri CERITA RAYA 2014 yang tehaa taip sempena GIVEAWAY RAYA tehaa anjurkan. Selamat membaca.

So, dengan ini tehaa umumkan 
kedua-dua 2 blogger yang linknya tersenarai diatas akan mendapatkan duit raya dari blog ini sebanyak RM20. ALHAMDULLILAH, rezeki mereka.

KEPADA blogger Husna dan blogger Siti

Sila mesej Nama, Alamat, No Telefon dan Link Blog anda di facebook atau twitter atau fan pages atau lebih senang E-MAIL sahaja tehaa untuk tuntut duit raya korang. Sila lihat sidebar untuk berhubung dengan tehaa. Terima Kasih atas penyertaan anda :)

Kepada blogger lain. Maaf kali ini GIVEAWAY tak berapa meriah, insyaallah next time giveaway kita bagi perhh! dan waktu giveaway berlangsung sangat panjang. okay :D



Ok.see you next post.bye
 photo signature_zpsda3435b3.png

CERITA RAYA 2014.

Hai. Assalammualaikum..

Entri ini sempena GIVEAWAY RAYA yang tehaa telah anjurkan. Walaupun penyertaannya memang sudah dijangka tiada sambutan. Jangan risau, yang sertai tetap ada hadiahnya. Okay? :D  entri ini mungkin agak panjang sedikit *bisik*

Hampir seminggu sudah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami(keluarga tehaa) menyambutnya dengan kadar yang sederhana. 

Malam Raya,
Selalunya kami sekeluarga memang sibuk dengan persiapan hari raya pada keesokkan hari dan selalunya malam raya masih lagi kami didapur masak rendang dan lain-lain. Tapi tidak pada tahun ini, tahun 2014 ini.. rendang, nasi impit, dan lain-lain semua dah tersiap sedia sebelum berbuka lagi. See.. bagaimana cepat kami mula masak, cuba bayangkan "KALAULAH TAK JADI RAYA ESOKNYA" hahahaha. So lepas kami mendengar pengumuman raya, apalagi bunga api dan mercun lah. eh! mercun poppop je. hahahaha. Dah puas main bunga api, kemas bahagian dalam pula.. pasang langsirlah, isi kuih dalam balang.Pastinya masuk tidur pun lambat.

Raya Pertama,
Pagi-Tengahhari: Kami berada di PJ lagi, selepas sembahyang raya. Kami ke rumah atuk nenek di PJ untuk beraya dengan mereka terlebih dahulu sebelum bergerak ke tanah perkuburan. Sesudah pulang dari tanah perkuburan, kami akan menjamu selera terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah saudara mara yang berdekatan. *nanti dekat rumah orang takde lah makan banyak sangat* Setelah beraya di semua rumah, balik rehat. Ok! dalam ini tehaa pergi 2 rumah, dan dapat 2 ampau! :}

Petang: Dalam jam 4petang, kami sekeluarga berkemas barang untuk pulang ke kampung! yeahh! Alhamdullilah jalan line clear, tidakah jem seteruk yang disangka. Dalam kereta semestinya semuanya tiada cerita yang menyoronokkan. Dalam pukul 6petang, kami sampai di Teluk Kemang, Port Dickson. Kampung nenek tehaa.. yang sedihnya nenek pergi selama-lamanya pada hari Nuzul Al-Quran 2014 baru-baru ini. Tapi rumahnya masih ada anak-anaknya a.k.a makcikpakcik tehaa. Ok! kat sini ada 2 ampau juga. Totalnya: 4 ampau :}

Malam: Sampai Melaka 8pm, rehat dan pukul 11pm melepak atau orang Johor kata "ngeteh" kat tepi pantai dengan cousin sampai 2-3am.

RAYA KEDUA,
Hujan selebat-lebatnya pada pagi hari, akhirnya berhenti jua jam 2pm. huh! bersiap-siap untuk bergerak ke rumah saudara-mara yang lain. Sebanyak 4buah rumah, yang sempat kami beraya. Jam menunjukkan pukul 7pm, jadi marilah pulang ke rumah. Ok! dalam 4 buah rumah, tehaa dapat 3 ampaun. Totalnya: 7 ampau :}

RAYA KETIGA,
Sama seperti raya kedua, pagi sampai ke tenggahhari hujan selebat-lebatnya. Jadi memang tidak ke mana-mana. Duduk rumah sahaja. Dalam pukul 3pm hujan kembali reda, jadi kami bercadang nak merempit ke rumah sepupu. Sampai rumah sepupu, siap berkaraoke. Itulah kan padahnya sepupu satu kepala.. datang raya sambil karaoke. Petang itu, dalam pukul 5pm, kami putuskan nak mandi pantai. cehhh! acah-acah taknak mandi pantai. Sekali tengok sepupu yang lain seronok saja mandi. Apalagi terjebak juga. huh -.-

Pada jam 10:30malam, kami gerak pulang PJ semula :D

RAYA KEEMPAT 
Duduk rumah, tengok tv cerita raya yang dah terlepas. Makan, tv, makan, tv, tidur! hahaha

RAYA KELIMA
Rumah terbuka- rumah pakcikmakcik di Damansara Utama. Lepak kat sana dari Pagi sampai petang nak ke senja.

RAYA KEENAM
Pagi: Cari bahan-bahan untuk rumah terbuka kecil-kecilan pada esok hari dan selesai semuanya barulah rehat lepak depan tv sambil pegang balang kuih. hahahaha

RAYA KETUJUH
RUMAH TERBUKA! Yeahh! Alhamdullilah, syukur. Walaupun kecil-kecilan tetap meriah, bak kata orang tak menang tangan. Maaf tak dapat nak mengajak semua orang, aihh. Maklumlah, ini hanyalah kecil-kecilan. Insyaallah. Ada majlis yang lagi besar, anda pasti dijemput :)

Kesimpulannya, hari raya pertama dan kedua memang sangat sibuk, sangat penat dan yang paling penting SANGAT KENYANG. Yelah, cuba korang kira berapa rumah tehaa beraya. Sudah pastinya tuan rumah hidang macam-macam. Aih, maklumlah. Baru raya pertama dan kedua :)



Rasanya panjang sangat entri ini sebelum tehaa menekankan titik noktah terakhir untuk entri kali ini, tehaa ingin memohon ampun sekiranya sepanjang penulisan blog tehaa ini ada menyakitkan hati anda, menguriskan hati anda dan apa yang buruklah yang berlaku selama ini. Harap kita 0-0 okay? :)

Ok.see you next post.bye.
 photo signature_zpsda3435b3.png

August 1, 2014

SELAMAT HARI RAYA.

Hai. Assalammualaikum..

SELAMAT HARI RAYA, SEMUA!!!!!!!! *jerit*

Wahh! seronoknya, setahun sekali dan ini adalah masa untuk kita mengumpul duit..haha. Walaupun dapatnya tidaklah seberapa banyak. Kira okay apa dapat duit raya walaupun umur dah duapuluhduatahun. Ingat senang nak dapat. 

Tapi percayalah sekejap sahaja duit itu dalam tangan. Nanti ada sahaja yang mahu dibeli. Ini belum nak masuk semester baru, yuran kemasukkan lagi. huh! Seriously, pening kalau fikir pasal duit ini.

Ok! dah kita cerita pasal perkara lain pula. 

Korang beraya dimana tahun ini? Tehaa? Tehaa seperti biasa, pagi raya masih berada di Petaling Jaya selepas sembahyang raya dan pergi 2-3 rumah sedara mara berdekatan dalam pukul 3pm akan terus gerak ke Kampung Halaman Tehaa di Melaka.

Jem?
Ermm.. setakat beberapa tahun bila kami balik pada jam begitu, jalan tidak begitu sesak tapi masih banyak kereta. Jem mungkin masa kami nak pulang ke Petaling Jaya semula kerana pada masa itu ramai juga hendak pulang atas urusan kerja mungkin. Biasanya cuti raya dalam 4 or 5 hari kan? Yang dapat cuti seminggu itu, bertuah lahh sangat.

Duit Raya?
Kepada sesiapa yang nak duit raya dari Tehaa. Boleh Join GIVEAWAY RAYA , sebelum jam 12am ini>http://tehaalarh.blogspot.com/2014/07/giveaway-raya-by-tehaanfm.html
GOOD LUCK!

See you on next post. kbye~
 photo signature_zpsda3435b3.png

July 25, 2014

GIVEAWAY RAYA BY TehaaNFM

Hai, Assalammualaikum..


TARIKH MULA GIVEAWAY :
25 JULY 2014


SYARATNYA:

▶ Blogger Malaysia.

▶ Buat entri bertajuk "GIVEAWAY RAYA BY TehaaNFM.

▶ Letak banner diatas di dalam entri anda.

▶ Entri mestilah mengisahkan kenangan terindah anda pada hari raya tahun lepas(2013).

▶ Wajib Follow blog: www.tehaalarh.blogspot.com dan www.tehaalarhss.blogspot.com.

▶ Wajib  like Fan Pages dan Follow G+

                                                       



▶ Letak URL blog penyertaan korang HANYA DI ENTRI GIVEAWAY RAYA BY TehaaNFM.




CARA PEMILIHAN PEMENANG:

✔ Entri anda akan dibaca oleh tehaa sebelum dipublish.

✔ Gunakan ayat dan cerita anda sendiri.

✔ Entri yang menarik akan dijadikan pemenang.

✘ DILARANG Copy Paste.

DILARANG Menukar cerita (cerita lebih kurang sama) daripada entri blogger yang telah dipublish.


CARA MENAIP ENTRI:

★ Sila ringkas cerita anda, agar mudah dibaca.

★ Penggunaan video juga dibenarkan (walaupun tanpa menulis apa-apa).

★ DILARANG MENGGUNAKAN AYAT YANG TIDAK SEPATUTNYA ATAU BERUNSUR LUCAH.



TARIKH TAMAT GIVEAWAY :
01 AUGUST 2014
------------------------------------------------------------------------------------------------

*SILA PATUHI SYARAT YANG DITETAPKAN. SELAMAT MENCUBA. GOOD LUCK*
UPDATE 02/08/2014 (1:18PM) - GIVEAWAY RAYA TAMAT!

 photo signature_zpsda3435b3.png

July 24, 2014

HADIAH GIVEAWAY RAYA by TehaaNFM

Hai, Assalammualaikum...



*ENTRI INI ADALAH ENTRI AUTOMATIK(SCHEDULE PUBLISH)*



Seperti yang dijanjikan. Ini adalah hadiah buat giveaway raya kali ini.

Siapa nak duit raya? 
Jangan lupa sertai giveaway yang tehaa jalankan pada 25 JULY 2014. Giveaway kali ini, tiada sponsor. So agak sedikit hadiahnya. Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan raya mereka.

TAPI....
Jangan risau, mungkin lepas ini tehaa akan tambah sedikit hadiah. INSYAALLAH. Buat masa dan ketika ini, tehaa hanya fixed dengan hadiah DUIT RAYA sahaja. Hadiah lain akan difikirkan di lain hari, Okay!


HADIAHNYA :

PEMENANG #1

⇨ Duit raya RM20


PEMENANG #2 

⇨ Duit raya RM15

SAGUHATI (3 orang)

⇨ Duit raya RM5 (setiap sorang)

---------------------------------------------------------------------------------

Hah! lagi 5 minit, entri giveaway akan dipublish SECARA AUTOMATIK! Yeah!! 
siapa yang tidak sibuk dan ada masa terluang jom sertai GIVEAWAY RAYA by TehaaNFM kali ini. Mana tahu nasib anda menang duit raya dari tehaa.

Ok. see you next post. bye.


 photo signature_zpsda3435b3.png

July 21, 2014

COMING SOON GIVEAWAY

Hai, Assalammualaikum..

Hah! nak bagi kejutan sikit. Banner untuk giveaway akan datang dah siap. Sangat simple kan? Ok. Giveaway ini akan berlangsung dalam minggu ini. 

Entri untuk Giveaway ini dalam pembikinan. Hadiah sudah disediakan dan mungkin akan bertambah. 

Giveaway ini hanya berlangsung selama 2 minggu sahaja. Giveaway akan dikeluarkan secara automatik pada minggu ini. Sila ambil perhatian dan sila bersabar :D

*update: 22/7/14*
Entri giveaway selesai di Schedule Publish. Entri tersebut akan automatik publish pada 
25 JULY 2014. Hadiahnya pula akan keluar 5 minit awal sebelum entri GIVEAWAY RAYA keluar secara rasminya. 

Harini tehaa start final exam untuk semester ke-6.Semester ini adalah semester pendek di UNISEL SHAH ALAM, jadi tehaa mengambil cuma 2 subjek sahaja. Pada harini jam 2petang (22/7/14) subjek pertama iaitu subjek Organization Behaviour dan satu lagi Business Communication, pada 24/7/14. 

Then 25/7/14 adalah GIVEAWAY RAYA berjalan secara rasminya. Ok! 



Ok.see you next post.bye ~
 photo signature_zpsda3435b3.png

July 12, 2014

JANGAN MEMBAZIR!

Hai, Assalammualaikum....
Alhamdullilah.. selesai sudah beriftar bersama keluarga tercinta. Sekarang tehaa berada di Kampung (Melaka). Alhamdullilah kenyang.. seronok sebenarnya berbuka beramai-ramai ini..

Lagi-lagi ada budak kecil, aihh.. 
maklumlah pukul 7pm dah standby depan hidangan.. pastu asyik bertanya "Dah berbuka ke?" "Dah berbuka ke?" Hahahaha.. comel jee kan

Korang berbuka apa pada hari ini? Alhamdullilah.. harap cukup dan tidak membazir. Janganlah membazir ye.. kesian tengok makanan itu dibuang-buang.

Sebab hari itu, tehaa ada tengok satu video.. ada sepasang budak (lelaki perempuan) dia kutip sesuatu. Ada seorang lelaki tanya 'kutip apa?' Dia jawab 'cebisan roti'.

Allah... sedihnya rasa masa tengok video itu. Jatuh air mata tengok video itu. Korang cuba google or tengok youtube video itu.

   JANGAN MEMBAZIR YE?

July 11, 2014

GIVEAWAY- AKAN DATANG!


Hai. Assalammualaikum,..

Tadi tehaa cuba post entri melalui handphone. Memang tak menyoronokkan.. sebab dulu kala pernah cuba, ingatkan dah tukar. Masih sama sahaja..tak seronok *sigh*

Oklah! 
Disebabkan ramai sangat blogger yang dah start nak hantar kad raya. Tehaa rasa nak buat giveaway untuk raya ini. Giveaway itu akan bermula 2/3 hari sebelum hari raya... Sebab hari raya confirm busy kann? atau mungkin lebih awal?

So... tarikhnya akan diberitahu kelak. Sekarang ini, tehaa dalam proses mencari sponsor. Sponsor untuk Giveaway tehaa ini. Dah lama tak buat giveaway.. Giveaway ini pun mungkin tak lama berlangsung. Mungkin seminggu ataupu dua minggu sahaja.

Kalau tehaa buat awal, kemungkinan besar akan lambat habis. Yelah, nak post hadiah.. tapi pejabat post cuti raya.. kalau tehaa mula dalam 2/3 hari before raya, GA akan tamat dalam 2minggu. Pejabat post dah buka. No worry lah kan? :D

Siapa nak jadi sponsor? 
boleh message di Facebook atau Fanpages *sila lihat di sidebar untuk link*

Ok. see you, next post. bye :D
 photo signature_zpsda3435b3.png

BELIEVE

Hai, assalammualaikum...

Tehaa tengah cuba menaip balik blog menggunakan telefon bimbit. 
Ermmm... taklah canggih mana.

Tapi berharap bila ada masa terluang. Even tak buka laptop, blog boleh ber-update.

KAN?

sebabnya handphone hari-hari tengok. So rasanya... lepas ini bolehlah update sikit-sikit 
(^ム^)
         PERCAYAKAN DIRI SENDIRI ✌

July 1, 2014

HELLO JULAI


Hi, Assalammualaikum...


June 2014 telah melabuhkan tirainya semalam dan kini tiba masanya Julai mengeluarkan diri. hah!bombastik tak?hahaha.. 1 Julai 2014 merupakan hari ketiga umat islam berpuasa. Jadi macam mana puasa korang selama dua hari lepas?

Hah! puasa bagi penuh tau... 

Siapa dah menghitung hari untuk ke hari raya?hahaha... amboi, cepat sangat itu. Semalam tehaa balik terawih, dengar adik-adik tehaa buka lagu raya. nampak ketidaksabarannya kan? PUASA KASI PENUH DULU!

Check list Julai korang apa? 
Yeah! for sure ada yang nak pergi shopping baju raya? Buat kuih raya? hantar kad raya? whatever lah yang bersangkut paut dengan raya. kan? 

ermmm.. tahun ini macam nak hantar kad raya jerrr...

Nak design macam takde masa nak buka PS, edit satu per satu. Kalau tempah design, macam membazir pula kan? macam mana ini? Ok! tehaa tengok dahulu. If tehaa boleh siapkan design this weekend. Tehaa boleh HANTAR kad raya, Sebabnya banyak tempat print boleh print kad raya before 08 JULY 2014.

So, nak taknak design kena siap minggu ini juga.

CHECKLIST JULY UNTUK BLOG INI?

- Insyaallah, tehaa akan cuba untuk merajinkan diri untuk update blog ini. Harap korang dapat berikan sokongan. ececeh.. taktahan ayat. hehehe...

OK. see you in next post. Bye.
 photo signature_zpsda3435b3.png

June 28, 2014

MACAM MANA NAK BERHUBUNG?


Hi, Assalammualaikum..

Amboi susah sangat kan nak tengok tehaa update entri. 1 week 1 entri, perhh.. sudah cukup sudah sikap ini. arhh.. silalah pergi jauh-jauh sikap malas ini. Buka blog, tapi bila dah buka untuk taip entri... *lost*

Then hold dulu.. biar sahaja terbuka. Manalah tahu tetiba ada terdetik rasa rajin nak menaip. Hah! hampeh.. semuanya palsu belaka *tension*

Tehaa memang boleh dikatakan dalam seminggu mungkin hanya 2/3hari sahaja tidak buka laptop. Hari lain pasti buka laptop, sebab nak tengok email.. siapkan assignment. Kalau takbuka itu, maksudnya memang penat betul lah kan. hahaha

So, blog pun tehaa akan buka juga.. sebab nak login email gmail. Then bila buka, ada komen. Tehaa akan terjah satu-persatu blog korang.. Janganlah korang ingat tehaa, tak balas pun komen. Publish je. 

Hah! please buang jauh-jauh persepi itu. Tehaa memang tak balas. tapi tehaa akan klik nama korang then lepak dan tengok entri korang. "kalau" rajin tehaa komen "kalau" takrajin.. tehaa dah habis baca then follow\.

Korang datang blog tehaa, then confirm tehaa datang balik blog korang. Orang kata apa "GIVE AND TAKE" kan? So Lepas ini, jangan risau kalau tehaa tak balas komen korang. Kalau korang komen contohnya "PERTANYAAN" atau "BUAT TEMPAHAN" atau "MINTA SPONSOR", tehaa akan balas. 

Tapi kalau nak lebih senang terus je Email atau Private Message di Facebook/FanPages atau Twitter. Mana nak dapat link-link itu? Dekat bahagian tepi blog (sidebar) tehaa dah letak semuanya.

Oklah. see you next post.bye
 photo signature_zpsda3435b3.png

June 22, 2014

MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU


Hai, Assalamualaikum...

*GAMBAR DIATAS DITEMUI DI LAMAN MR. GOOGLE*

PERHATIAN! ENTRI INI PENUH DENGAN GAMBAR, TERIMA KASIH :D
Sebelum apa-apa, tehaa bagi amaran dahuLu. Yelah, nanti ada pula yang komen "amboi tehaa, gambar saja penuh dan bla bla bla..........." *malaslayan*

Sedia maklum, minggu lepas tehaa ke Terengganu, tehaa ada singgah ke luangkan 1jam sebelum ayah terpaksa kerja balik di MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU ini. Yes! memang cantik.. seriously!!

Taknak cerita panjang, korang tengok sendiri beberapa gambar yang tehaa dan adik tehaa tangkapkan sebagai kenangan kami disana...
























Huh! memang banyak lagi gambar pemandangan dari luar. Masa tehaa masuk dalam masjid, dia ada letak tali merahputih. dia renovate apa taktahu lah.. tapi memang cantik sangat! Tehaa teruja sangat. Korang yang tak pernah pergi, memang patut pergi. 


Lagi satu, ada satu tempat..Nama tempat itu "TAMAN TAMADUN ISLAM" tapi kalau nak masuk kena bayar. Berapa RM? itu tidak pasti, tapi ayah tehaa cakap dalam RM20 untuk dewasa. kalau nak jalan dalam itu, boleh sewa basikal atau naik bas ala-ala keretapi.  Korang pergi google TAMAN TAMADUN ISLAM, KUALA TERENGGANU. 



Seronoklah kat situ, tapi sayangnya.. tehaa tak dapat masuk situ, sebab ayah dah nak hantar pemain bola ke stadium. Minggu lepas kan, Selangor PKNS lawan T-TEAM, sebab tehaa ke Terengganu pun sebab jadi penonton :D


Oklah.see you next post. bye!
 photo signature_zpsda3435b3.png