Hai semalam tehaa dengar cerita pasal kawan tehaa dapat berjumpa dengan seorang wartawan Sinar Harian.Wah, dah glamour kawan tehaa ini.Dia merupakan kawan jauh tehaa sebab dia duduk kat Kedah, so kawan jauh larh kan?
Tehaa kenal dia sebagai seorang dj di FortuneFM.Mesti ramai yang radio apa itu, kalau nak tahu lebih lanjut - SILA ke FortuneFM,
tehaa dah tulis di situ.Dia dikenali sebangai Dj Pen atau lebih mesra dengan abe pen (;
-------------------------------------------------------------------------------------------
BALING- Walaupun cacat penglihatan sejak kecil, tidak menghalang Azman Rejab,35, ‘berfacebook’ bagi mengisi masa lapangnya berkenalan dengan lebih ramai pengguna seterusnya bertukar buah fikiran.
Kemudahan komputer yang membolehkan setiap perkataan yang ditulisnya berbunyi membuatkan Azman begitu yakin ketika melayari laman sosial nombor 1 dunia ini.
Azman yang tinggal di Kampung Bawah Gunung Baling berkata, selain berfacebook, dia turut aktif dalam suntingan audio yang menjadi pendapatan sampinganya sehingga kini.
Azman mengayuh basikal sambil dikawal oleh anak lelakinya.
“Pekerjaan utama saya adalah urutan refleksologi. Namun, saya gemar melakukan akviti dalam talian bagi membolehkan saya berinteraksi dengan lebih ramai orang termasuk dari uar negara.
“Walaupun saya tidak nampak, saya boleh bercakap dengan rakan-rakan menggunakan aplikasi dalam talian ini. Lebih menarik, saya turut dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang berkeadaan seperti saya,” katanya.
Berikutan mendapat pelbagai ilmu dan maklumat, Azman tekad membina blog dan membeli aplikasi Juruhebah untuk membolehkan dia bersiaran langsung bersama pengguna internet yang menyalari laman blognya.
“Saya tidak melihat kepada kekurangan diri dan akan sentiasa berusaha untuk memastikan saya juga mampu hidup seperti manusia lain,” katanya kepaada Sinar Harian.
Menurutnya, dia pernah menjadi juruhebah majlis perkahwinan tetapi berhenti selepas tidak mendapat pulangan yang sepatutnya dari pihak penganjur.
“Saya hanya dapat sehelai kain pelekat semasa mengacarakan sesuatu majlis perkahwinan. Bukan saya tak bersyukur, tapi, saya pun ada anak bini. Sehubungan itu, saya lebih selesa mengacara di dalam talian kerana secara tidak langsung dapat menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada Sinar Harian.
Berpegang kepada prinsip hidup ” Kalau tidak boleh senangkan diri, jangan susahkan orang’ menjadikan Azman begitu cekal dalam menjalani kehidupannya bersama keluarga.
Azman sedang berinteraksi dengan rakan-rakanya menerusi laman sosial
“Saya suka mencabar diri saya sendiri. Kalau orang lain boleh buat, mengapa saya tidak boleh. Walaupun saya buta, saya tidak mahu jadikan ia asalan kerana ia akan membuatkan kita menjadi kecewa. Jadi, saya kuatkan semangat lakukan apa sahaja yang diingini.
“Orang kata, orang buta tidak boleh naik basikal. Saya boleh naik, dan kayuh sampai ke pekan Baling. Tiada rahsia, cuma saya yang mengayuh manakala anak saya mengawal steering. Jadi, saya tetap boleh naik basikal dan merasai kenikmatan mengayuh basikal,” katanya.
Katanya, bukan sahaja orang buta, tetapi sesiapa sahaja yang mengalami kecacatan fizikal tidak perlu berasa rendah diri dan perlu bangkit meneruskan kehidupan.
“Allah itu maha kaya, setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Perasaan malu dan takut adalah benteng yang perlu dibuang. Sekiranya benteng ini dipecahkan, saya yakin, kita akan dapat menikmati sesuatu yang baru,” katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Seronok berkawan dengan Dj pen(Azman) sebab dia seorang yang happening dan suka buat lawak.Kami(Peminat2 dan Semua Dj FortuneFM)
selalu berinteraksi antara satu sama lain di Skype FortuneFM.
Kalau ada sesiapa yang mahu dengar dj Pen(Azman) menDJ sila ke FortuneFM (: