Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,
Hari ini, tehaa nak buat reveiw untuk filem Hafalan Shalat Delissa.Cerita ini, boleh di tonton di Astro First.Ok! ini entri bukan untuk promo eik..sebab tehaa tengok pun dari Astro First.
Cerita ini dari novel, memang sedih.
Bermula dengan kebahagian dalam sebuah keluarga, tiba hari Delisa untuk pergi ke kelas amali.Delisa ditemani oleh ibunya, Ummi Salamah. Saat Ummi Salamah mengambil rantai yang dibeli buat Delisa sekiranya Delisa berjaya dalam amali solatnya, Satu gegaran yang amat kuat berlaku.
Delisa menunggu gilirannya untuk membuat amali solat, Tiur kawannya berjaya lulus dalam amali solat.Tiba giliran Delisa, saat Delisa membaca doa iftitah gegeran berlaku semula.Delisa khusyuk melakukan amali solat sehingga ibunya memanggil tetapi dia masih tidak mendengari.
Babak ini membuatkan airmata tehaa mengalir deras :'( sobsob~ |
Disitu bermula kisah ketabahan seorang kanak-kanak menempuhi kehidupan dengan kaki kudungnya tanpa ibu, kakak-kakak dan teman rapatnya.Bermula dari situ juga, kita dapat lihat seorang bapa yang tabah dalam menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepadanya.
Saat itu juga airmata kita mengalir tanpa disedari.Yes! Sedih!! memang sedih sangat!!Tehaa bagi 5/5 bintang bagi filem ini. Rugi kalau anda tidak menontonnya sendiri.
Ikhlas : TehaaNFM
No comments:
Post a Comment