Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,
Hasad dengki bermaksud Penyakit hati dan maksiat batin yang ada dalam diri manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Maknanya sesiapa sahaja boleh terkena dengan penyakit hati ini.
Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain.
Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.
Contoh hasad ialah apabila jiran kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri dan dengki kepadanya, berusaha untuk merosakkannya.
Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.
Sebab timbulnya Hasad dengki :
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
-> Ini memang banyak! bila kita disakiti pasti kita akan mula membeci seseorang.
2) Merasa Diri Mulia
-> Ini satu hal lagi.Bila seseorang itu dah rasa dia punya kepandaian tidak boleh di atasi
oleh orang2 yang berdekatan dengan dia.Dia akan mula benci seseorang apabila mempunyai
kelebihan lebih dari dia.
3) Takabbur
-> Orang yang sering merasakan dia sahaja bagus dari semua orang akan mempunyai sikap
hasad dengki apabila orang terdekatnya lebih daripadanya.
4) Ujub
-> Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam. Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang mereka daripada mendapatkan kebenaran.
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
-> Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
- -> Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan olehnya itu akan timbul hasad dengki.
7) Busuk Hati
- -> Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesan buruk hasad dengki:
- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
- Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.
cc to : Erti Hidup Seketika & Hadithuna
No comments:
Post a Comment