September 30, 2011

Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP


Ok, join contest !
sini


Sentapan untuk kamu Miss :

1- Miss, nape hang punya blog warna hitam? Macam buruk gagak Miss.HAHA !
    Cuba tukar warna putih, mesti cantik dan suci seperti Miss :)

2- Eh Miss ! Cuba kecilkan gambar di sidebar.BURUK la bila gambar terkeluar-keluar 
    dari garisan itu.

3-  Tulisan tue bagi sikit Minuman agar tulisan itu cepat membesar. Sakit mata tehaa
     nak baca.

4- Header Miss cuba tukar. Bagi nampak sikit menarik perhatian orang ramai.

5- Live Traffic Feed dah ada? perlu ke lagi total pageview? Bagi tehaa tak perlu larh.

6- Template Blog. Nampak buruk sangat bila sidebar satu kotak, satu kotak. Ia buat
    tak menarik sebab ada kotak kecil, memanjang , kecil semula.Pandangan agak 
    merimaskan.Cuba pilih templet yang gabungkan sidebar gadget dengan entri Miss.

7- Banner Contest. Kenapa pilih warna itu? ARGGHH, buruk. next times tukar ye, Miss :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wah !! Sudah-sudah larh Tehaa, blog anda pun tak sempurna !

P/S : maaf Miss !

Giveaway LuvBunny House



Ok, join GA !
SEBAB di jemputkan? so tehaa join dgn senang hatinya...






Harap-harap bertuah larh ye? :)


Tarikh Tutup: 1 Nov 2011 (mungkin diubah pada bila2 masa)

Tag pada semua yang membaca ! 


SINI utk JOIN !

Senarai blog untuk di review


Tehaa dah maklumkan kepada anda tentang GIVEAWAY kan?
Ok, pada sesiapa yang belum baca.Plz, baca SINI DULU.


Dah baca? ok,. tehaa dah siap buat Random.org bagi 
blog-blog untuk di review.Untuk senarai Blog, boleh CHECK SINI!


-------------------------------------------------------------------------------------------------







Blog :  fatin-95






Blog :  ceritera-sicasha



---------------------------------------------------------------------------------------------------


Kepada Pemilik Blog yang bertuah ;


   Sila Hantarkan :
     - Nama blog dan Link.
     - Bgtahu blog anda senarai no berapa.
     - Link entri yang nak tehaa promote (Fan Pages/vote gmbr/Banner).
     - 3 Entri yang BEST bagi anda.(Dari blog anda)
     - 3 Entri yang pupolar bagi pembaca blog anda (banyak visited).


 Kepada ; 
     - FACEBOOK Tehaa 


Tarikh Tamat Penghantaran Maklumat : SABTU (01/10/2011), 12tghhari.


#Maaf xle lama sebab nak study for exam !

KERJASAMA ANDA AMAT TEHAA HARGAI.
*kalau tak hantar, tehaa akan review simple jerx!
      

"Aku Gila PrintScreen! Giveaway"


Yeah ! join GA !



http://mentega-terbang.blogspot.com
http://aienhermionie27.blogspot.com/
http://www.tengkunizam.com/
http://teyhasahaje.blogspot.com/
http://kay-akam.blogspot.com http://khairilmazri.blogspot.com/ http://mid-sayang.blogspot.com/http://zestpurple.blogspot.com/

 Ok, nie Tehaa punya desktop :


Kenapa tehaa letak gambar nie? sure jangan GELAK okeyh !

        - Sebab Nickhun seolah-olah tunjukkan sign Love You tue pada Tehaa !
          itu yang tehaa suka sangat ! :D 
        - Folder tehaa kat desktop pun tak banyak sangat, coz xnak tergangu bila 
          tengok gambar Nickhun ~

I LOVE YOU TOO, Nickhun :)
Ok ! done ! 

NAK JOIN > KLIK SINI


Tuto's : Cara Check Berat Blog !



Ok , sape yang  tak faham lagi.. tehaa tunjukkan satu persatu.


1- Tulis URL blog anda + kawan-kawan anda (rujuk gamabr)




KLIK utk gemok !

          *MAKSIMUM URL = 10 URL sahaja
2- Klik check ! (RUJUK GAMBAR)



kLIK utk gemok !

Nak cuba check ? TEKAN SINI!!

SELAMAT MENCUBA :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ternyata blog tehaa memang berat antara senarai ni larh !

Blog yang terlibat :

           APIT !  EYQA !  CIK KASUT !
              
blog anda memang AWESOME :D

Tuto's : Timbang Berat Blog


Ingat anda sahaja boleh timbang berat badan anda?
oh ! TIDAK sama sekali,


Kini, blog anda juga boleh menimbang berat !
Ha ! MESTI ada yang pelik kan? tak perlu pelik2 kawan , 
jom cuba timbang blog anda dengan blog tehaa atau
dengan blog kawan-kawan anda :)


                                  |
                                  |

                                  |
                                  V


Mudah sahaja !


1- Masukkan Link URL anda ke dalam kotak dibawah !


2- Masukkan Link tehaa [http://www.tehaalarh.blogspot.com] dibawah link anda.


3- Klik Check Berat!


4- DONE :)




Domain(s)anda: masukkan setiap alamat URL dalam baris yang berlainan (Maximum 10)




(Penimbang berat blog by Cik Tehaa)



* URL maksimum adalah 10, OKEYH ?


NAK PASTE? tekan CTRL+V


TAK FAHAM ? tengok sini !!


SELAMAT MENCUBA ! Kongsi-kongsi larh lepas check, komen kat bawah :)

Tuto's : Paint Tool SAI



Jom, Try nie pulak !




DOWNLOAD HERE !

Tuto's : GIMP 2.6

  
Yeah ! Download lagi :)




Hhehe, comel betul gambar atas nie :)


OK ----> DOWNLOAD HERE !

Tuto's : Download Photoscape


Bagi tehaa Photoscape banyak kegunaannya.


untuk sesiapa yang belum mendownload , baik anda download sekarang !


Pada mulanya, memang tehaa tak reti nak guna.
But lama-lama dah boleh guna sehingga boleh buat doodles sendiri :)






OK ---> DOWNLOAD HERE !

Pemberitahuan Peserta Giveaway IniHanyaSebuahCerita[Sep'2011]


Pemberitahuan  !!
Peserta-Peserta Giveaway IniHanyaSebuahCerita[Sep'2011]


Sila maklum, 
dengan SUKACITA tehaa ingin memaklumkan Giveaway telah ditutup.
YEAH !! :)


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Tapi DUKACITA juga tehaa nak maklumkan Giveaway TERPAKSA di BATALKAN !
kerana jumlah penyertaan tidak mencukupi.




Jumlah penyertaan = 16 orang sahaja.


Sedih sangat ~~
#Maaf.Maaf.Maaf.Maaf.


Mesti anda semua kecewa kan? ermm.. macam mana eik !
Disebabkan tehaa tak dapat nak extend tarikh tamat Giveaway tersebut,
kerana tehaa akan menduduki peperiksaan Trial STPM 3.


So, tehaa rasa tehaa akan buat random.org sebanyak 6kali.
Untuk pilih blog untuk di review.


Means;Random.org = 6 kali = 6 blog 
Ok, kan?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Senarai Nama :


1- pinkliciousme


2- fatin-95


3- ladydianablog


4- ceritera-sicasha


5- pinkygurly


6- gengggkapak


7- darlingninie-cgl


8- litelitecra2y


9- fatinnursyairah


10- karimahabdhamid


11- sayangsyeeda


12- hairulizacontestga


13- alongnidar


14- iluvcontest212


15- fesyenistafiacute


16- doublelollipopministory

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. tunggu tehaa random.org untuk tentukan blog sape utk di review
Maaf. blog saya tak populak..HAHA :D


TERIMA KASIH KERANA SUDI JOIN DAN MENYOKONG GA TEHAA :)

September 29, 2011

Spontaneous Thursday

Adik tehaa no 3 nak masuk Sekolah Agama  !

heehe.. macam tak percaya.

GiveAway IniHanyaSebuahCerita [Sep2011]



 Actually tehaa pernah buat satu contest but tak ada tarikan.
Just 5,6 orang jerx yang join.. Masa tue tehaa bekerjasama
dengan Cik Syra. sebab tak cukup penyertaan contest tue TERbatal !

Hope kali ini ramai yang join :) 
klik to gemok !

Ok, tehaa tahu banner tak cantik kan? hehehe :)

Syarat-syaratnya :

         1- Follow blog tehaa : TAKWAJIB hanya untuk update terkini.
    
         2- Like FanPage Fb   :  Fahtehaa Official [IniHanyaSebuahCerita].

         3- Buat Entri[SIMPLE] : Letak banner .
                                        : Nyatakan satu entri tehaa yang menarik perhatian
                                          anda dan sebabnya.

         4- Link Entri Kamu di Entri ini ! *LINK DI TEMPAT LAIN TAK DITERIMA*


Mudah kan? 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

1- Penyertaan ini terbuka bagi seseorang yang bergelar WANITA sahaja.
    *maaf ye wahai seseorang bernama LELAKI*

2- HADIAH ?? biarlah rahsia dulu, nanti tehaa update okeyh :) 
    *belum fikirkan lagi*

3- Penyertaan KURANG 25 orang , GA ini akan TERBATAL serta-merta okeyh !

4- Pemilihan pemenang menggunakan Random.org :)

5- Akan bermula pada 14/09/2011 , tamat pada 29/9/2011 ~
-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Hadiah-Hadiahnya : DI SINI !
GOOD LUCK =,=
copy banner = Ctrl + C [serentak] / Double Klik 

September 28, 2011

Tuto's : Field Set Box


Nie adalah Field Set Box ;





1- Log in > Dashboard > Layout/Design > Add a Gadget > HTML/Javascript

2- Copy code bawah nie ;

     <fieldset><legend>TAJUK</legend>ABCD</fieldset>

3- Pastekan di dalam HTML/Javascript itu !

4- tukarkan ;
    
    TAJUK kepada tajuk anda.
    ABCD kepada Isi dalam itu.

5- Save, Siap ! :)


Semoga berjaya.SELAMAT MENCUBA ~

Tuto's : icon dalam list


Untuk yang tak tahu faham title itu, lihat bawah nie ;

Sila lihat Box berwarna hitam ye? tehaa gunakan cute icon
di SINI dan SINI pun ada
Mudah je caranya,IKUT step okeyh !

1- Log in > Create New Post
2- Anda cari perkataan Compose|HTML. jumpa?
3- Klik HTML > Copy code bawah nie :
                    
      <ul style="list-style-image:url(URL ICON);">  
      <li>ABCD</li>  
      <li>ABCD</li>  
      <li>ABCD</li>  
      </ul>

4- Sila TUKAR :

      URL ICON kepada icon anda
       ABCD kepada tajuk anda 


5- Preview, dah puas hati save :)

p/s : kalau nak buat banyak list, just tambah <li>ABCD</li> sebelum code </ul>

GOOD LUCK ! selamat mencuba. 

September 27, 2011

Hadiah GiveAway IniHanyaSebuahCerita [Sep2011]

Alhamdullilah.. tehaa dah beli hadiah untuk anda semua !
Ok ! Siapa yang belum join, JOM larh join ramai-ramai..


Hanya Tiga orang pemenang di pilih melalui random.org


Hadiah-hadiahnya ;
Tempat Pertama : Bracelets + earring


Tempat Kedua    : Bracelets

Tempat Ketiga    : Keychain Domokun

3 Saguhati    : Review Blog  



Tehaa akan mengambil 3 orang sebagai Pemenang Saguhati.


Maaf ! Hadiah tak berapa vok the vass kan? mari la, JOIN beramai-ramai :)


kurang 25 penyertaan, giveaway akan
terbatal serta-merta okeyh !




CEPAT2 tinggal lagi 2 hari sahaja :D


HA? nak join? JOM JOIN [klik sahaja]

p/s : ajak kawan-kawan ye?


September 25, 2011

Majlis Hari Raya secara Pot-Luck :)


I am so sorry.. sebab dah 2 hari kan, tehaa tak mengupdate blog ini.
tehaa sibuk sangat ! penat lah ~



Tehaa nak cerita pasal Majlis Hari raya Secara Pot-Luck !
hey ! best giler ~~!! HAHA :D "lot's of FOOD"
Majlis ini dijalankan di rumah tehaa - Pangsapuri Kelana Impian, PJ, Selangor.
BEST ! tahun depan buat lagi eik? hihihi






















HAHAHA :D byk giler gambar kan? maaf ~ 


Ok. Stop !
--------------------------------------------------------------------------------------------------



Eh2, hari itu ada dua orang blogger jerit kat tagboard.
Mereka bertanya tentang hadiah GiveAway IniHanyaSebuahCerita..
Maaflah, tehaa belum berkesempatan lagi nak update. Insyaallah,
antara hari isnin atau selasa tehaa akan update ye? sabar ~

Sabarkan SEPARUH DARI IMAN, kan?

September 21, 2011

Wordless Wednesday | Second Doodles


Heyp peeps ! Salam 1 blogger..


this mine doodles :)


Nak lebih jelas , di header ye? :)

My first doodles i make : FIRST DOODLE

September 20, 2011

Surat untuk Anonymous | ANON

Heyp peeps ! Salam 1 blogger..


Surat ini tehaa buat khas bagi anda yang suka menjadi seorang Anon :)
Tehaa tak kesah pun sebab tue, tehaa still akan "publish" comment Anon.
Kalau tak dah lama di delete , HAHA :D

DAH, baca surat nie ;

Dear Anonymous (ANON),
Ini adalah sebagai perhargaan tehaa kepada anda kerana datang ke blog tehaa.Antara sebab tehaa TAK KISAH Anon masuk ke blog dan marah-marah tehaa.
1  Anda seorang yang penakut.    - takut kehilangan followers sebab menegur orang.
2  Anda mempunyai sikap pentingkan diri.    - Tahu komen jerx lebih, ajarkan benda betul tak nak.
3  Anda tiada sikap tolong-menolong.    - Tolong larh sikit, mybe newbies tue tak berapa pandai lagi k, kan?
4  Perasan diri anda terlalu bagus.    - Cakap je lebih, tapi tak nak tunjuk pun blog anda ! (xletak link)
5  Kedekut ilmu.    - HA ! mungkin ! kalau tak, mesti anda letak link anda/ link tutorial anda kan?
Ok larh, setakat ini sahaja.Ini hanya anggapan tehaa tentang ;
"KENAPA ANON TAK NAK LETAK LINK ATAU JEJAKNYA"
Kalau sudi baca nie ye ---> BERHEMAH KETIKA MENEGUR 


sincerely,TEHAA :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

TERIMA KASIH kerana menjengah tehaa DISINI dan DISINI !

- Tehaa tak kesah sebab anda juga akan menaikkan traffic blog tehaa :) -

P/S : Kalau anda rasa tak nak jadi ANON sila komen atau tinggalkan jejak di 
        shoutbox dengan LINK ye? tq.

Berhemah ketika Menegur

Heyp peeps ! Salam 1 blogger..

Nak kongsi sikit Berhemah dalam menegur..



‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan 
taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu.
Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada 
(kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap 
Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.” 

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas 

memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan
atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan,
‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” 
Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan
pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani 
dengan sebijak-bijaknya.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
 “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah 
dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan
cara yang lebih baik.”

Panduan
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur,  
kedua mencari waktu yang tepat
ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku 
tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam 
surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan 
janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu 
kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati 
kamu lalu jadikan ketika kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang 
yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka,
maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya.  Demikianlah Allah 
menerangkan kepadamu ayat-ayat agar  kamu mendapat petunjuk.”


Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun 
untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam
 surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, 
mudah-mudahan ia ingat atau takut.” 

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, 

apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah
 mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

 ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. 
Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya
. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh 
mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. 
Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, 
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.

Bangga

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong(kibr)

dan bangga diri (ujub) - 

kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan 
keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah 
dan bekerja kuat.


Jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan,
 maksudnya;
 “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada 
kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan 
mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih 
sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah 
orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Credit to : I LUV ISLAM